DUIT TABUNG HAJI (Cara Keluarkan Duit Di Kaunter ATM & Online Maybank2u)

DUIT TABUNG HAJI (Cara Keluarkan Duit Di Kaunter ATM & Online Maybank2u)

DUIT TABUNG HAJI

 

 

Kepada individu yang menyimpan wang di Tabung Haji(TH),Bagaimakah cara nak keluarkan duit Tabung Haji?Berikut dikongsikan beberapa cara untuk keluarkan duit Tabung Haji:

 

CARA KELUARKAN DUIT TABUNG HAJI DI KAUNTER TABUNG HAJI/BANK ISLAM/BANK RAKYAT

Jika anda ingin keluarkan duit di kaunter/cawangan TH,berikut adalah maklumat penting yang anda perlu tahu:

Had maksimum pengeluaran tunai ialah RM10,000.

Pengeluaran bukan tunai melebihi RM10,000 hanya boleh dilakukan di Ibu Pejabat TH dan Pejabat Cawangan TH melalui cek / Pindahan Telegrafik.

  1. Bawa kad pengenalan (MyKad)
  2. Isi borang
  3. Pihak kaunter akan mencetak penyata ringkas
  4. Had maksimum pengeluaran tunai di kaunter Tabung Haji ialah RM10,000 (Sama juga seperti di Bank Islam dan Bank Rakyat)
  5. Pengeluaran bukan tunai melebihi RM10,000 hanya boleh dilakukan di Ibu Pejabat Tabung Haji dan Pejabat Cawangan Tabung Haji melalui pindahan telegrafik.

 

CARA KELUARKAN DUIT TABUNGHAJI GUNA MESIN ATM BANK RAKYAT

  1. Pergi ke mana-mana mesin ATM Bank Rakyat dan pastikan mesin tersebut dapat mengeluarkan resit
  2. Masukkan kad debit Bank Rakyat dan masukkan nombor pin
  3. Pilih ‘Pengeluaran Wang’
  4. Pilih ‘Tabung Haji’
  5. Pilih nombor akaun Tabung Haji anda
  6. Masukkan jumlah yang dikehendaki
  7. Pilih ‘Ya’ untuk mendapatkan resit urus niaga

Adakah anda telah link Tabung Haji dengan Bank Rakyat? Kalau belum,anda perlu link kan Tabung Haji dengan Bank rakyat terlebih dahulu.Bagaimanakah caranya?

Berikut dikongsikan cara link Tabung Haji dengan Bank Rakyat:

  1. Sila ke cawangan ATM Bank Rakyat
  2. Masukkan kad debit anda
  3. Masukkan nombor pin anda
  4. Pilih Menu ‘Lain-lain’
  5. Pilih Menu ‘Teruskan’
  6. Pilih Menu link ‘Akaun/Pendaftaran TH
  7. Pilih menu link ‘Akaun Sendiri’
  8. Masukkan no akaun TH anda

Nak link kan Tabung Haji dengan Maybank2u,CIMB Click dan bank lain?Rujuk CARA LINK TABUNG HAJI DENGAN CIMB CLICKS/MAYBANK2U/i- RAKYAT/BANK ISLAM

 

CARA KELUARKAN DUIT TABUNG HAJI SECARA ONLINE

Bagaimanakah cara nak keluarkan duit TH secara online?Anda perlu mempunyai membuat akaun perbankan internet/atas talian (online banking) di mana-mana laman web rakan strategik TH terlebih dahulu, iaitu Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat dan juga CIMB

 

CARA KELUARKAN DUIT TABUNGHAJI ONLINE (MAYBANK2u)

  1. Sila layari portal Maybank2U dan login
  2. Klik PAY & TRANSFER
  3. Di ruangan Transfer From,sila pilih Tabung Haji Account.
  4. Di ruangan Transfer To, sila pilih Own Accounts.
  5. Sila pilihan Savings Account-I (disertakan dengan nombor akaun Maybank)
  6. Di ruangan Transfer Amount, masukkan jumlah duit yang ingin dikeluarkan.
  7. Di ruangan Reference, masukkan rujukan contohnya keluar duit bln Mei
  8. Klik Transfer
  9. Kemudian request untuk nombor TAC, yang akan diterima di dalam telefon bimbit anda, masukkan nombor TAC tersebut.
  10. Sila COMFIRM transaksi berjaya.

 

CARA KELUARKAN DUIT TABUNG HAJI ONLINE (BANK ISLAM)

  1. Layari portal Bank Islam IB,sila login guna username dan password
  2. Sila pilih Fund Transfer,kemudian pilih Tabung Haji
  3. Di ruangan Transfer Type, pilih Tabung Haji Account to Own Bank Islam Account
  4. Di ruangan From Account, pilih akaun TH anda yang sudah disertakan sekali dengan nombor akaun TH anda
  5. Sila masukan jumlah transaksi anda di ruangan untuk Transfer Amount. Caj untuk sekali transaksi adalah RM1.00
  6. Sila pilih nombor akaun Bank Islam anda pada ruangan Recipient Account
  7. Masukkan sebarang jenis rujukan sekiranya perlu di ruangan Recipient Reference.Contoh duit TH bln April
  8. Kemudiak klik Transfer dan dipaparkan maklumat transaksi,sila semak
  9. Di ruangan i-Access Code, klik link Request i-Access Code. Kod ini akan dihantar ke nombor telefon anda yang telah didaftar semasa pembukaan akaun Bank Islam anda. Kod ini bertahan hanya selama dua minit dan perlu segera diisi.
  10. Klik COMFIRM dan transaksi berjaya.

 

CARA KELUARKAN DUIT TABUNG HAJI ONLINE(i-RAKYAT)

  1. Sila layari portal i-Rakyat dan login ke akaun anda
  2. Klik Fund Transfer ,kemudian klik butang Own Account.
  3. Di ruangan From Account, pilih akaun Tabung Haji anda.
  4. Di ruangan To Account, pilih akaun Bank Rakyat anda.
  5. Di ruangan Amount, masukkan jumlah duit yang ingin dikeluarkan
  6. Sila masukan remark jika perlu.
  7. Di ruangan Set this as a repeat payment? , buat pilihan anda. Sekiranya anda ingin melakukan transaksi ini lagi dengan jumlah yang sama pada masa akan datang, tekan Yes. Jika tidak, tekan No.
  8. Kemudian klik Submit dan semak status transaksi anda.
  9. Klik COMFIRM untuk sahkan dan transaksi anda berjaya.

 

CARA KELUARKAN DUIT TABUNG HAJI ONLINE (CIMB Clicks)

Tiada perkhidmatan bagi mengeluarkan wang daripada akaun TH ke akaun CIMB anda. Semakan baki semasa akaun TH,pengeluaran duit boleh dilakukan di mesin ATM CIMB.

 

CARA KELUARKAN DUIT TABUNG HAJI TANPA CAJ (JOMPAY TH)

Terkini pendeposit boleh memindahkan dana dari akaun Simpanan atau Semasa pendeposit ke akaun TH melalui Perbankan Internet atau Perbankan Mudah Alih melalui 23 Bank di Malaysia tanpa caj. Berikut adalah caranya:

  1. Log masuk ke perbankan internet pilihan (23 Bank di Malaysia)
  2. Pilih JomPAY
  3. Lengkapkan maklumat transaksi yang diperlukan dan sahkan transaksi:
    • Biller Code – 60228 (mana-mana bank pun sama kod ini)
    • Biller Code Name – Tabung Haji-Deposit
    • Ref-1 – Nombor Akaun TH (15 digit)
    • Ref-2 – jika ada
    • Amaun (RM)
  4. Hanya akaun TH yang aktif akan dikreditkan sebaliknya dana akan dikembalikan.
  5. Pendeposit diminta untuk memeriksa status akaun TH mereka dengan menghubungi THCC di talian +603-6207 1919.

 

SOALAN LAZIM 

Boleh ke keluarkan duit Tabung Haji melalui ATM?

  • Boleh, melalui ATM Bank Rakyat dan Bank Islam

Berapa had pengeluaran duit TH melalui kaunter?

  • RM10,000

Macam mana nak check duit dividen TabungHaji?

TH ada portal online ke?

  • Ye ada, jom daftar THIJARI,lagi senang nak buat urusan Tabung Haji secara online

4 thoughts on “DUIT TABUNG HAJI (Cara Keluarkan Duit Di Kaunter ATM & Online Maybank2u)”

Leave a Comment