BANTUAN B40 KEHILANGAN PENDAPATAN RM500(Bayaran Bermula 26 Oktober 2021)

BANTUAN B40 KEHILANGAN PENDAPATAN RM500(Bayaran Bermula 26 Oktober 2021)

BANTUAN B40 KEHILANGAN PENDAPATAN RM500(Bayaran Bermula 26 Oktober 2021)

Kerajaan telah mengumumkan bantuan terbaharu bagi meringankan beban golongan B40 menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa)

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Pemerkasa yang bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia mendapani cabaran pandemik COVID-19 yang masih melanda negara.

Pelaksanaan Pakej Pemerkasa ini membabitkan peruntukan sebanyak RM20 bilion dengan suntikan fiskal baharu kerajaan adalah berjumlah RM11 bilion.

Bantuan ini akan memberi manfaat kepada hampir 870,000 individu yang telah hilang pendapatan pada tahun 2021.

Kesemua bantuan ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta demi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Bagaimanakah cara nak mohon BANTUAN KELUARGA MALAYSIA(BKM)?

 

5 FOKUS PELAKSANAAN PEMERKASA

Terdapat 5 fokus utama pelaksanaan Pemerkasa yang telah diumumkan iaitu:

  • Mengawal Penularan COVID-19
  • Memacu Pemulihan Ekonomi
  • Memperkukuhkan Daya Saing Negara
  • Memastikan Agenda Keterangkuman Wilayah dan Masyarakat
  • Mentransformasi Ekonomi

 

KADAR BANTUAN PEMERKASA

Bantuan tersebut merangkumi pemberian sebanyak RM500 kepada  yang telah kehilangan pekerjaan.

 

TARIKH BAYARAN BANTUAN B40 KEHILANGAN PENDAPATAN ONE-OFF RM500(PEMERKASA)

Pembayaran bantuan BKP ini bermula 26 Oktober 2021.

 

BAGAIMANAKAH CARA PEMBAYARAN BKP?

Pembayaran adalah secara berperingkat

 

CARA PERMOHONAN BANTUAN B40 KEHILANGAN PENDAPATAN ONE-OFF RM500(PEMERKASA)

Pemberian bantuan B40 ini tidak melibatkan sebarang permohonan baharu yang memerlukan permohonan daripada pemohon.

Penerima yang berumum 21 hingga 60 tahun akan disaring kelayakan mereka oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

 

SOALAN LAZIM

Apa maksud golongan B40 kehilangan pekerjaan?

  • Individu atau isi rumah dalam golongan B40 yang telah kehilangan pekerjaan layak menerima bantuan ini.

Bagaimanakah pihak kerajaan semak status kehilangan pekerjaan?

  • Melalui disaring kelayakan a oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Berapa umur kelaaykan penerima bantuan B40 kehilangan pekerjaan?

  • Penerima yang berumum 21 hingga 60 tahun

Bagaimanakah cara mohon bantuan kehilangan pekerjaan?

  • Tidak perlu permohonan,hanya semak kelayakan anda bila dimaklumkan kelak

Bagaimanakah cara membuat semakan status BKP?

  • Semakan status kelulusan BKP boleh dibuat mulai 26 Oktober 2021 melalui Portal BKP, iaitu https://bkp.hasil.gov.my.

Bilakah duit  BKP masuk akaun bank penerima yang layak?

  • Bermula 26 Oktober 2021

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Maklumat lanjut mengenai bantuan B40,sila rujuk https://bkp.hasil.gov.my

47 thoughts on “BANTUAN B40 KEHILANGAN PENDAPATAN RM500(Bayaran Bermula 26 Oktober 2021)”

  1. Saya tak boleh pergi kerja sbb saya Ada kencing manis sempatmsta saya tak berape nampak… Boss saya suruh berenti kerja driver kilang….

    Balas
  2. saya tidak lagi bekerja mempunyai 5 orang anak,dan saya menjaga ibu Saya yang menghidap sakit buah pinggang….

    Balas
  3. Saya di berhentikan kerja sejak terlibat kemalangan pada 21/1/2021tangan kiri saya patah dan tulang pongong saya retak.dan dah di tinggal kan oleh suami.saya tiada pendapatan.harap pihak tuan dapat membantu saya.terlebih dahulu saya ucap kan terima kasih.

    Balas
  4. Saya adalah baru salin anak ke pertama…baru kahwin lagi…saya berhentikan kerja 3/7/20…

    Balas
  5. Last kerja Bulan April tahun 2020, ada isteri dan 1 anak . Umur baru 27 Tahun , layak tak saya dan boleh kah saya mohon bantuannya .

    Balas
  6. Suami hilang punca pendapatan semnjak pkp . Sebelom ni,suami kerja kedai mkn,yg bergaji kn sehari 50 ringgit.. Byr duit sewa rumah pun.. Kumpul sehari 30..20 ringgit tu la duit belanja kmi..itu pun kadang2 tak cukop ..anak ada 2 org.. Dan sekrg dah nk masok 3.. Isteri dah nk bersalin pada 8hb6 2021 ni.. Dan doktor dh bgthu isteri sy kena bersalin cezer(opret) dengan duit sewa rumah lagi..sekrg ni sy btol2 buntu nk mohon bantuan pada siapa. Sy harap dengan bantuan ni dapat membantu sy serba sedikit..

    Balas
  7. Saya dulu kerja di swm sebagai pra sapu satu hari saya kemalangan waktu balik kerja tangung ibu saya yg OKU dan saya pun OKU saya telah hilang kerja awal bulan June 2021 dan sekarang tunggu dirumah claim mc saya patah dibuka kaki kanan

    Balas
  8. sy dibuangkerja padal april tahun ni dh masuk 2 bulan ni terkial2 cari kerja untuk menyara ank bini serta byr kereta kerja pun ssh nak dapat nak mohon bantuan apa bagai ni x reti sgt… kena online apa bagai kalau org yg tak reti baca dia nak mohon mcm mna… sy nak mohon apa pun xtau

    Balas
  9. salam sejahtera
    saya seorang bapa tunggal sekarang betul saya dalam keadaan yang susah, saya kehilangan kerja sejak tahun 2020 hingga kini tak ada apa income pun saya harap pihak kerajaan akan faham situasi saya untuk beri bantuan terima kasih.

    Balas
  10. salam sejahtera,,saya mula kehilangan pendapatan semenjak adanya covid19 ni & PKP,, sudah berumah tangga & mempunyai 2orng ank yg masih kecil,,Ada kah saya dan sekeluarga akan layak mendapat Bantuan B40 Kehilangan Pendapatan One-Off RM500(PEMERKASA) INI,??

    Reply

    Balas
  11. Saya seorang bapa tunggal mempunyai 2 anak yg masih bersekoalh, buat masa ni saya hilang pendapatan saya kilang pun tutup dgn situasi pkpd harap saya dapat pertolongan dari pihak berkenaan, malah makanan harian pun terputus buat masa ni, sekian terma kasih.

    Balas
  12. Rozi,saya telah diberhentikan kerja pads bulan 3 and sehingg skrg masih belum berkerja,saya mempunyai 2org anak Yang nak ditanggung and rumah nak dibayar and Kereta and boleh lah saya memohon

    Balas
  13. Saya tak bekerja sejak pkp tahun lpas jawatan Saya pun telah digantikan dengan pekerja lain. Saya sekarang mengandung anak ke9 Dan kandunganan sudah berusia 7 bulan. Anak semua bersekolah. Hutang2 banyak tertunggak termasuklah bil2.. terasa sangat tersepit Dan tak mempunyai pilihan bila keadaan kesihatan kesukaran untuk ikhtiar time pkp ni. Desakkan hidup sangat tinggi..

    Balas
  14. Saya Rohani binti Taib, baru seminggu suami saya meninggal dunia kerana sukar bernafas. Saya tidak tahu saluran mana yang harus saya minta pertolongan … kerana saya tidak bekerja dan harus membawa 4 anak tinggal di rumah ibu bapa saya. Bantuan prihatin Rakyat tidak lulus atas alasan saya isteri pengarah syarikat…sedangkan saya nak bagi anak2 makan pun seksa.tolong bantu saya xmakan xapa.Tapi anak2 masih kecil..Tolonglah bantu saya. Saya tidak mahu meminta macam ni ,oleh kerana terpaksa untuk anak² ….

    Balas
  15. Saya diberhentikan kerja pada 31.3.2021,tapi saya tidak layak menerima one-off rm500 .. Suami kerja kena potongan gaji tiap bulan.

    Balas
  16. Saya telah 2 tahun ini tidak ada pekerjaan tetap setelah dilanda covid19 mempunyai tanggungan 3 anak ..setelah disemak nama saya tak ada dalam bkp mengapa??

    Balas

Leave a Comment