BANTUAN BIASISWA YAYASAN SABAH

BANTUAN BIASISWA YAYASAN SABAH

BANTUAN BIASISWA YAYASAN SABAH


BANTUAN BIASISWA YAYASAN SABAH

Bantuan biasiswa Yayasan Sabah adalah untuk pelajar lepasan SPM dan STPM dari Sabah. Yayasan Sabah memberi peluang biasiswa kepada pelajar dari Sabah.

Selain itu, Yayasan Sabah menawarkan bantuan One-Off untuk pelajar dari Sabah. Di samping itu, Yayasan Sabah juga menyediakan tajaan Dermasiswa, Biasiswa, Pinjaman Pengajian Tinggi untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda bagi sesi 2020.

Baca tentang : https://kekandamemey.com/skim-bantuan-melanjutkan-pelajaran-ke-ipt.html

Tujuan utama bantuan biasiswa Yayasan Sabah adalah untuk menyediakan bantuan kewangan dalam bentuk biasiswa dan pinjaman di peringkat menengah dan pengajian tinggi.

 

SYARAT BANTUAN BIASISWA YAYASAN SABAH

Sekiranya anda layak untuk memohon, anda sangat digalakkan untuk memohon segera. Berikut adalah syarat bagi memohon biasiswa Yayasan Sabah :

  • Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia yang berasal dari negeri Sabah atau;
  • Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia tetapi salah seorang ibu atau bapa berasal dari negeri Sabah atau;
  • Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia yang berasal dari negeri Sabah tetapi salah seorang ibu atau bapa adalah berstatus Penduduk

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

 

  • Surat Beranak/Surat Sumpah dan Kad Pengenalan pemohon.
  • Surat Beranak/Surat Sumpah dan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa/ Penjaga.
  • Sijil-sijil persekolahan.
  • Satu keping gambar berukuran pasport.
  • Slip gaji terakhir pemohon (jika bekerja), atau; slip gaji terakhir ibu dan bapa (bagi pemohon yang tidak bekerja).
  • Surat pelepasan atau surat kelulusan cuti belajar (untuk pegawai kerajaan).
  • Surat tawaran kemasukan ke universiti/kolej (jika ada)
  • Keputusan peperiksaan yang terakhir (jika sedang belajar). 

 

PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN  BIASISWA YAYASAN SABAH

Anda perlu mempunyai email peribadi untuk tujuan memohon biasiswa. Setiap pemohon perlu mendapatkan PIN no untuk membuat permohonan. Sila bawa salinan kad pengenalan bersama semasa hendak membeli PIN no yang berharga RM3.00.

PIN boleh diperolehi dari pejabat-pejabat cawangan Yayasan Sabah seperti di Kota Kinabalu, Sandakan, Keningau, Kota Marudu, Beaufort, Tawau dan Kuala Lumpur.

Bahagian Pembangunan Pendidikan

Yayasan Sabah

Aras 5, Menara Tun Mustapha

Teluk Likas, Peti Surat 11201

88813 KOTA KINABALU

 

Pejabat Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Utara

Blok 27 & 28, Tingkat 1

Langkon Commercial Centre

KOTA MARUDU

 

Pejabat Yayasan Sabah Zon Pedalaman Utara

Tingkat 1, Pusat Kraftangan Sabah

Km 5, Jalan Apin-Apin, Keningau

Peti Surat 104

89007 KENINGAU

 

 

Pejabat Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan

Blok C, Lot 19, Bangunan Beaufort Jaya

Peti Surat 160

89807 BEAUFORT

 

Pejabat Yayasan Sabah Zon Pantai Timur Utara

Lot 10, Blok J, Bandar Ramai-Ramai

Beg Berkunci No. I

90009 SANDAKAN

 

Pejabat Yayasan Sabah Zon Pantai Timur Selatan

Tingkat 3, Bangunan UMNO Kalabakan

Peti Surat 820

91008 TAWAU

 

Pejabat Cawangan Yayasan Sabah Kuala Lumpur

Wisma Yayasan Sabah

5-5E, Lorong Enau, Off Jalan Ampang

55000 KUALA LUMPUR

 

Pejabat Yayasan Sabah

Aras 6, MG-3

Pusat Transformasi Bandar (UTC)

Off Jalan Tunku Abdul Rahman

88000 KOTA KINABALU

Pemohon perlu mengemukakan permohonan secara atas talian di portal yang telah disediakan. Layari web http://www.yayasansabahgroup.org.my untuk memohon.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Yayasan  Sabah :

Nombor telefon : +(60) 88 326300

Fax : +(60) 88 326424

Email : [email protected]

Alamat : Menara Tun Mustapha Kompleks Ibu Pejabat Yayasan Sabah Teluk Likas,Peti Surat 11623

88817 Kota Kinabalu Sabah, MALAYSIA

Tags: #BANTUAN BIASISWA #BANTUAN BIASISWA YAYASAN SABAH #SABAH #SPM #STPM

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    BPTAR 2020:PERMOHONAN BANTUAN PELAJAR B40 IPTA RM300 SEBULAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBPTAR 2020:PERMOHONAN BANTUAN PELAJAR B40 IPTA RM300 SEBULAN Untuk makluman,Yayasan Tuanku Abdul
    GERAN PRA SISWAZAH & PASCA SISWAZAH 2020
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedin GERAN PRA SISWAZAH & PASCA SISWAZAH 2020 PENGENALAN GERAN PRA SISWAZAH
    BIASISWA PENGAJIAN TINGGI YAYASAN PAHANG
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedin BIASISWA PENGAJIAN TINGGI   YAYASAN PAHANG Terdapat 4 jenis biasiswa di peringkat
    BIASISWA SEKOLAH  YAYASAN PAHANG
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedin BIASISWA SEKOLAH  YAYASAN PAHANG Terdapat 3 jenis biasiswa di peringkat sekolah

    Leave a reply "BANTUAN BIASISWA YAYASAN SABAH"