PERMOHONAN BANTUAN TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK (TASPEN)

PERMOHONAN BANTUAN TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK (TASPEN)

TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK (CARA & BORANG PERMOHONAN)

Kepada warga Perak khusus warga ibu bapa boleh membuat permohonan bantuan simpanan pendidikan kepada anak-anak yang diperkenalkan oleh Yayasan Perak yang dikenali sebagai TASPEN. Disini kami akan kongsikan maklumat mengenai bantuan simpanan pendidikan ini, semoga membantu.

 

APA ITU TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK

Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak (TASPEN) merupakan insentif yang diberikan dalam bentuk simpanan pendidikan untuk masa hadapan anak-anak. Bantuan ini di wujudkan adalah bertujuan untuk memberi kesedaran dan menggalakkan rakyat dalam membuat simpanan bagi kegunaan anak apabila melanjutkan pengajian di universiti.

.

KADAR BAYARAN TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK

Kadar simpanan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Perak sebanyak RM200 Secara secara one-off setiap kelahiran anak Perak yang layak

 

TEMPOH PERMOHONAN TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK

Permohonan dibuka sepanjang tahun.

 

SYARAT KELAYAKAN 

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan:

  1. Penerima manfaat (anak) hendaklah warganegara Malaysia dan kelahiran Negeri Perak mulai 1 Januari 2010 selepas jam 12.00 tengah malam.
  2. Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak ; atau
  3. Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak tetapi SEDANG beralamat di luar Negeri Perak dan TELAH bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau
  4. Ibu atau bapa kelahiran LUAR Negeri Perak tetapi TELAH bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
  5. Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak tetapi ANAK LAHIR DI DAERAH YANG BERSEMPADAN dengan Negeri Perak (Hospital Bersalin terletak di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor).
    • Bagi permohonan di para 1.3, dan 1.4, SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN DI NEGERI PERAK LEBIH 10 TAHUN dari Penghulu Mukim / Ketua Kampung.
    • Bagi permohonan di para 1.5, SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN DI NEGERI PERAK LEBIH 10 TAHUN dari Penghulu Mukim / Ketua Kampung diperlukan.
  6. Pendapatan (isirumah) di bawah RM 5,000 sebulan (mulai 1 Januari 2019).
  7. Sila sertakan SALINAN SIJIL KELAHIRAN atau SALINAN MYKID, SALINAN KAD PENGENALAN (MYKAD) IBU atau BAPA yang lahir di Perak dan SALINAN PENYATA PENDAPATAN (isirumah) yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas. Sekiranya bekerja sendiri, sila dapatkan PENGESAHAN PENDAPATAN daripada Penghulu / Ketua Kampung kawasan masing – masing.
  8. Sila sertakan bersama BORANG PERMOHONAN PEMBUKAAN AKAUN SIMPANAN (SSPN) yang siap diisi.
  9. Permohonan yang TIDAK LENGKAP atau TIDAK DISERTAKAN DOKUMEN yang diperlukan akan DITOLAK.
  10. Dokumen yang dihantar tidak akan dikembalikan.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah merupakan dokumen yang anda perlu disediakan untuk membuat permohonan:

  1. Salinan sijil kelahiran atau MYKID, kad pengenalan bapa atau ibu yang lahir di Perak.
  2. Penyata pendapatan (isirumah) bapa & ibu / penjaga yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas dan sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri sila dapatkan pengesahan pendapatan daripada Penghulu / Ketua Kampung kawasan masing-masing.
  3. Sila sertakan bersama borang permohonan pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang siap diisi.
  4. Surat Sokongan/Perakuan – ADUN / Penghulu / Ketua Kampung (Kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja)

 

BORANG PERMOHONAN TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK

Borang permohonan boleh didapati secara percuma di:

 

CARA PERMOHONAN TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan:

  1. Semak syarat kelayakan terlebih dahulu
  2. Muat turun borang
  3. Lengkapkan borang permohonan tersebut
  4. Sediakan dokumen yang diperlukan
  5. Hantar borang & dokumen

 

CARA BAYARAN TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK

Pembayaran adalah dalam bentuk akaun “Simpan SSPN Prime” yang diuruskan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sebarang pertanyaan sila hubungi Yayasan Perak – Rasmi di talian 05 255 2929/253 7779.

 

ARTIKEL LAIN

INSENTIF PERAK PRIHATIN (DAFTAR,LOGIN & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN KAD PERAK PRIHATIN)

Leave a Comment