SENARAI LATIHAN KEMAHIRAN LEPASAN SPM

SENARAI LATIHAN KEMAHIRAN LEPASAN SPM

SENARAI LATIHAN KEMAHIRAN LEPASAN SPM(BORANG)

Jika anda berminat untuk menjalani latihan kemahiran selepas mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM). Ada beberapa pilihan tempat untuk anda mengikuti latihan kemahiran Berikut  adalah senarai latihan kemahiran lepasan SPM :

anda boleh buat PERMOHONAN KKTM MJII IKM ONLINE 2021(TVET MARA)

1.BELAJAR DI POLITEKNIK

Terdapat program di peringkat sijil atau diploma di Politeknik Konvensional/ Metro di seluruh Malaysia yang anda boleh mohon  melalui permohonan UPU online atau Portal Pengambilan Pelajar bergantung kepada sesi kemasukan.

Permohonan Kemasukan Sesi Jun 2020 Kini Dibuka

SENARAI LATIHAN KEMAHIRAN LEPASAN SPM
Permohonan Kemasukan Sesi Jun 2020 Kini Dibuka

2. INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN(ILKBS)

SENARAI LATIHAN KEMAHIRAN LEPASAN SPM
INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN(ILKBS)

Menawarkan latihan amali serta praktikal bagi menyediakan golongan belia dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk terus menyertai kerjaya terpilih setelah tamat pengajian.

SYARAT UMUM INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN(ILKBS)

  • Warganegara Malaysia
  • Boleh membaca dan menulis
  • Berusia di antara 18 – 30 tahun semasa memohon dan berkelulusan sekurangnya Tamat Tingkatan 5
  • Belum berkahwin @ bujang
  • Sihat tubuh badan
  • Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah
  • Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Awam/Swasta (KECUALI calon yang mempunyai sijil lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) & Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pelajaran)
  • Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan
  • Pemohon yang sedang menjalani latihan dimana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan/belum memperolehi sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan memohon untuk tahap selanjutnya
  • Pemohon yang tidak tamat latihan / disingkir dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awam lain tidak dibenarkan memohon

Baca tentang PROGRAM DERMASISWA B40 TAHUN 2020

MAKLUMAT UMUM INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN(ILKBS)

  • Semua kursus dijalankan mengikut persijilan, tahap dan tempoh latihan seperti dinyatakan dalam ruang SIJIL & TAHAP serta TEMPOH KURSUS
  • Permohonan hanya boleh dibuat secara ‘On-Line’ sahaja iaitu melalui lama web http://www.kbs.gov.my atau http://www.ekbs.gov.my
  • Sebarang kesilapan atau perbezaan menandakan keputusan kelayakan akedemik semasa mengisi permohonan ‘On-Line’ di laman web dengan keputusan sebenar boleh menyebabkan calon disingkir dari IKBN
  • Keputusan permohonan ke IKBN boleh disemak melalui laman web http://www.kbs.gov.my atau http://www.ekbs.gov.my
  • Makan minum dan penginapan akan dibiayai oleh Kementerian Belia dan Sukan sepanjang tempoh latihan di IKBN
  • Permohonan yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh semakan dianggap tidak berjaya
  • Pelajar boleh ditempatkan dimana-mana IKBN seluruh Malaysia
  • Pemohon juga dipelawa mengunjungi mana-mana IKBN dalam tempoh iklan disiarkan bagi mendapat pendedahan awal tentang program kemahiran yang dilaksanakan di setiap IKBN
  • Pemohon yang didapati memberikan sebarang butiran palsu boleh disingkirkan dari mengikuti latihan di IKBN
  • Pihak Kementerian berhak memanggil calon lepasan sekolah ( Tamat tingkatan 5 untuk menghadiri proses temuduga)
  • Tempoh kursus yang dinyatakan pada iklan kemasukan adalah termasuk tempoh latihan industri bagi kursus-kursus tertentu

Untuk mendapat maklumat lanjut layari : http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/

3.INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA (ILJTM)

 

SENARAI LATIHAN KEMAHIRAN LEPASAN SPM
INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA (ILJTM)

JTM diwujudkan untuk melahirkan tenaga mahir negara dari peringkat sijil latihan hinggalah Diploma Lanjutan dalam pelbagai bidang kursus kemahiran

PERMOHONAN KEMASUKAN KE ILJTM SESI JULAI 2020

BERIKUT ADALAH TARIKH PENTING

28 Februari 2020     : Sistem Permohonan JTMOnline dibuka

31 Mac 2020             : Sistem Permohonan JTMOnline ditutup

10 April 2020                       : Semakan Panggilan Temuduga (kursus bertemuduga #)

14 – 15 April 2020    : Sesi Temuduga Bagi kursus bertemuduga

13 Mei 2020              : Hebahan Keputusan Permohonan

18 Mei 2020              : Cetakan Surat Tawaran

22 Mei 2020              : Tarikh Akhir Maklum Balas Tawaran

28 / 29 Jun 2020     : Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi Julai 2020

PERINGATAN: Semua makluman mengenai temuduga dan keputusan permohonan perlu disemak di laman web. Tiada surat menyurat secara manual dikeluarkan.

Untuk maklumat lanjut dan permohonan, layari : http://www.jtm.gov.my/2015v3/index.php/ms/permohonaniljtm

4.PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN PERTANIAN (PLKPK)

SENARAI LATIHAN KEMAHIRAN LEPASAN SPM
PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN PERTANIAN (PLKPK)

Berikut adalah program yang ditawarkan dalam program ini :

Persijilan

Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1

Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2

Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3

Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4

Tempoh Latihan

Tahap 1 (Sijil) – 6 bulan (600 jam)

Tahap 2 (Sijil) – 6 bulan (600 jam)

Tahap 3 (Sijil) – 12 – 24 bulan (1,200 – 2,400 jam)

Tahap 4 (Diploma) – 12 bulan (1,200 jam) + 3 bulan Latihan Industri (LI)

 

Bidang Latihan Kemahiran Pertanian Yang Ditawarkan :

  • Tanaman
  • Pengeluaran Padi
  • Ternakan Ruminan
  • Ternakan Poltri
  • Akuakultur Marin
  • Akuakultur Air Tawar
  • Teknologi Perikanan Tangkapan
  • Pemprosesan Makanan
  • Pemasaran

 

Senarai  Institut Latihan Pertanian :

  • Kolej Pertanian Malaysia, Kedah
  • Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Perak
  • Akademi Perikanan Malaysia, Terengganu
  • Institut Pertanian Bumbung Lima, Pulau Pinang
  • Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang
  • Institut Pertanian Serdang, Selangor
  • Institut Pertanian Titi Gantong, Perak
  • Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor
  • Institut Pertanian Sarawak, Sarawak
  • Institut Veterinar Malaysia, Johor
  • Institut Teknologi Unggas, Melaka
  • Institut Latihan FAMA, Kelantan
  • MADA Rice Training Center (MRTC), Kedah
  • Pusat Latihan MARDI, Selangor
  • Pusat Latihan Perikanan Tangkapan Tg. Manis, Sarawak

Insentif Kepada Pelatih :

  • Yuran pengajian percuma *
  • Elaun RM200-RM300 sebulan
  • Penginapan disediakan
  • Makan dan minum disediakan

* Pelatih hanya perlu membayar sebanyak RM330 untuk bayaran premium insurans, setem hasil surat perjanjian, deposit asrama, baju korporat dan pembukaan akaun Agrobank.

Untuk mandapat maklumat lebih lanjut, layari : https://www.moa.gov.my/web/guest/blkp

5) KOLEJ KOMUNITI

Terdapat 4 program pengajian yang ada ditawarkan di Kolej Komuniti iaitu:

  • Sijil Kolej Komuniti (T)
  • Diploma Kolej Komuniti (DKK)
  • Sijil Kolej Komuniti (M)
  • Sijil Kolej Komuniti (P)

Kursus pendek juga ada ditawarkan di bawah Pembelajaran Sepanjang Hayat. Tiga sesi kemasukan untuk permohonan menjadi pelajar sepenuh masa Kolej Komuniti adalah sesi kemasukan Mac, Julai dan November.

PROGRAM DIPLOMA YANG DITAWARKAN DI KOLEJ KOMUNITI

  • DIPLOMA DANDANAN RAMBUT
  • DIPLOMA IN 3D ANIMATION
  • DIPLOMA IN ARCHITECTURAL TECHNOLOGY
  • DIPLOMA IN CULINARY ARTS
  • DIPLOMA IN CUSTOMER SERVICE MANAGEMENT
  • DIPLOMA IN ELECTRICAL TECHNOLOGY (SOUND & LIGHTING)
  • DIPLOMA IN ELECTRONIC (INSTRUMENTATION)
  • DIPLOMA IN GAMES ART
  • DIPLOMA IN HOTEL MANAGEMENT JOINT CERTIFICATE WITH TAYLOR’S UNIVERSITY
  • DIPLOMA IN HOSPITALITY OPERATION
  • DIPLOMA IN MECHANICAL ENGINEERING TECHNOLOGY (CADD)
  • DIPLOMA IN MOBILE TECHNOLOGY
  • DIPLOMA IN PATISSERIES
  • DIPLOMA IN RAIL SIGNALLING AND COMUNICATION TECHNOLOGY
  • DIPLOMA IN ROLLING STACK TECHNOLOGY (ELECTRIC TRAIN)
  • DIPLOMA IN SECURITY TECHNOLOGY
  • DIPLOMA IN TELECOMMUNICATION TECHNOLOGY
  • DIPLOMA IN AUTOMOTIVE TECHNOLOGY
  • DIPLOMA IN SOLAR PHOTOVOLTAIC TECHNOLOGY
  • DIPLOMA TERAPI KECANTIKAN

Jika anda berminat untuk mengikuti kursus di Kolej Komuniti, anda boleh menghubungi :

Tel: 03 8891 9000

Faks: 03 8891 9300

Email: [email protected]
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Galeria PjH Aras 4-7, Jalan P4W Persiaran Perdana Presint 462100 Putrajaya.

6.LATIHAN KEMAHIRAN DI GIATMARA

SENARAI LATIHAN KEMAHIRAN LEPASAN SPM
LATIHAN KEMAHIRAN DI GIATMARA

Terdapat dua pilihan program di GIATMARA iaitu Sepenuh Masa dan Separuh Masa. Pelajar bumiputera yang berumur 15 tahun ke atas samada lepasan SPM atau bukan dengan syarat mereka boleh membaca, menulis dan minat adalah layak untuk memohon.

Kepada yang memenuhi syarat kelayakan dan mempunyai tubuh badan yang sihat bolehlah membuat permohonan GIATMARA untuk menyertai program latihan sepenuh atau separuh masa di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat Malayisa (MARA) di GIATMARA Malaysia .Untuk maklumat lebih jelas, layari : http://giatmara.edu.my/language/ms/sesi-latihan/#

WISMA GIATMARA
No 39, Jalan Medan Tuanku, 50300 Kuala Lumpur. Malaysia

Tel: 03-2691 2690

Fax: 03-2691 2820

Emel: [email protected]

KESIMPULAN

Semoga SENARAI LATIHAN KEMAHIRAN LEPASAN SPM
memberi manfaat kepada anda yang ingin mengikuti latihan kemahiran di Malaysia.

17 thoughts on “SENARAI LATIHAN KEMAHIRAN LEPASAN SPM”

  1. Saya berminat untuk memasuki institut latihan dalam bidang elektrik tetapi mengalami permasalahan dalam pendaftaran ,jika terdapat pengambilan baharu Januari pada tahun 2021 boleh hubungi atau whatsapp saya 0189103594

    Balas
  2. Assalamualaikum..saya mencari kursus kulinari selepas peperiksaan SPM, iaitu kemasukkan Januari 2021..sila hubungi saya di talian 0196547848..tqvm

    Balas
  3. Saya berminat untuk memasuki institut latihan dalam bidang elektrik tetapi mengalami permasalahan dalam pendaftaran ,jika terdapat pengambilan baharu Januari pada tahun 2021 boleh hubungi atau whatsapp Saya 017 240 2327

    Balas
  4. Assalamualaikum pihak yang berkenaan, saya adalah ibu kepada anak yang sangat berminat untuk mengikuti sebarang kursus berkaitan bidang automotif. Sekiranya masih ada pengambilan untuk sesi 2021, mohon hubungi saya Pn. Padlon di talian 0122053853. Kerjasama dan pertimbangan pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

    Balas
  5. Assalammualaikum. saya berminat ingin memasuki kemahiran hotel management atau kemahiran terapi kecantikan. jika terdapat panggilan baharu boleh menguhubungi saya di 01121668265

    Balas
  6. assalamualaikum, saya berminat dalam bidang jahitan.Sekiranya masih ada pengambilan untuk sesi 2021/2022 mohon hubungi saya(01173055782). Terima kasih.

    Balas

Leave a Comment