PERMOHONAN TAJAAN BIASISWA/PINJAMAN PENGAJIAN TINGGI YAYASAN SABAH 2022
Kepada pelajar lepasan SPM dan STPM dari Sabah yang ingin melanjutkan pengaajian tinggi boleh membuat permohonan melalui tajaan biasiswa/pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah. Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU YAYASAN SABAH
Objektif penubuhan Yayasan Sabah adalah untuk menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk rakyat Malaysia di Sabah menerusi Tajaan Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah.
JENIS TAJAAN YAYASAN SABAH
Berikut adlah merupakan jenis tajaan oleh yayasan Sabah:
- Biasiswa
Jenis Biasiswa | Peringkat Pengajian | Tempat Pengajian |
Biasiswa Bahasa Arab/Pengajian Islam | Diploma/Ijazah Sarjana Muda | Institusi Pengajian Tinggi Tempatan/Program Berkembar (TTP) ASEAN/Timur Tengah |
Biasiswa Ulum Islamiyah | Ijazah Sarjana Muda | Universiti Al-Azhar Mesir |
Biasiswa Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan Automotif dan Kejuruteraan Perniagaan) | Asasi Keujuteraan | Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KYTS)/Program Kerjasama dengan Universiti Malaysia Pahang |
Biasiswa Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan Automotif dan Kejuruteraan Perniagaan) | Ijazah Sarjana Muda | Universiti Malaysia Pahang |
Biasiswa Pendidikan Awal Kanak-Kanak | Diploma | Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KYTS) |
Biasiswa IPTA/IPTS (Pertanian, Veterinar, Perakaunan, Senibina, Jurukur Bahan, Keusahawanan, Pergigian) | Diploma | IPT Tempatan |
Biasiswa Pelancongan/Perhotelan | Diploma/Ijazah Sarjana Muda | University College Sabah Foundation (UCSF) |
- Dermasiswa
- Dermasiswa YSCT/Politeknik/UiTM
- Dermasiswa Kolej Profesional Baitulmal, Kuala Lumpur (DKPBKL)
- Pinjaman Pengajian
- Pinjaman Pengajian ditawarkan kepada pemohon yang mengikuti kursus yang tidak tersenarai di dalam kursus Dermasiswa /Biasiswa.
SYARAT PERMOHONAN YAYASAN SABAH
Berikut adalah merupakan syarat permohonan yang ditetapkan:
- Pemohon, ibu dan bapa warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah
- Pemohon, ibu dan bapa warganegara Malaysia tetapi salah seorang ibu atau bapa berasal daripada Negeri Sabah
- Pemohon, ibu dan bapa warganegara Malaysia tetapi salah seorang ibu atau bapa mempunyai status Penduduk Tetap di Negeri Sabah.
- Keutamaan diberikan mereka yang berasal dan menetap di Negeri Sabah.
SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK YAYASAN SABAH
Pastikan pemohon menepati syarat kelayakan akademik seperti berikut:
- Biasiswa Bahasa Arab/Pengajian Islam dan Biasiswa Ulum Islamiyah
- Pemohon mestilah memperoleh Sijil Penuh dalam peperiksaan STAM (sekurang-kurangnya Jaid Jiddan/Sangat Baik) dan/atau memperoleh 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Arab dalam peperiksaan SPM.
- Biasiswa Kejuruteraan
- Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya CGPA 3.0 dalam peperiksaan Matrikulasi/Asasi.
- Biasiswa IPTA/IPTS/Pelancongan/Perhotelan/Kursus Asas Kejuruteraan dan Pinjaman Pengajian
- Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.
- Biasiswa Pendidikan Awal Kanak-Kanak (KTYS)
- Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.
- Dermasiswa KTYS
- Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.
TARIKH PERMOHONAN BIASISWA PINJAMAN YAYASAN SABAH
Tarikh tutup permohonan ialah pada 22 Julai 2022 KECUALI bagi BCNS dan BCPLB tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2022
CARA PERMOHONAN BIASISWA PINJAMAN YAYASAN SABAH
Kepada pemohon yang berkelaykaan, berikut adalah merupakan cara membuat permohonan:
- Layari pautan permohonan: https://ysedu-online.net.my/
- Pada menu utama klik Daftar Akaun
- Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan.
- Sahkan kembali maklumat anda dan klik Daftar.
- Semak email untuk mendapatkan ID dan kata laluan yang akan diberikan.
- Klik pautan yang diberikan untuk mengaktifkan akaun.
- Log masuk menerusi ID dan kata laluan.
- Lengkapkan borang permohonan mengikut arahan yang diberikan.
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BIASISWA PINJAMAN YAYASAN SABAH
Permohonan dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tidak mendapat jawapan selepas 30 September 2022.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai Tajaan Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah, sila rujuk:
- Hubungi Bahagian Pembangunan Pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah di talian 088-326402
- Email: [email protected]
ARTIKEL LAIN
PERMOHONAN BAIKS 2022 (Bantuan Industri Kecil Sederhana Sabah)
Tags: #APA ITU YAYASAN SABAH #BANTUAN BIASISWA #BANTUAN BIASISWA YAYASAN SABAH #BIASISWA PINJAMAN YAYASAN SABAH #CARA PERMOHONAN BIASISWA YAYASAN SABAH #CARA PERMOHONAN PINJAMAN YAYASAN SABAH #JENIS TAJAAN BIASISWA YAYASAN SABAH #JENIS TAJAAN PINJAMAN YAYASAN SABAH #JENIS TAJAAN YAYASAN SABAH #PERMOHONAN TAJAAN BIASISWA/PINJAMAN PENGAJIAN TINGGI YAYASAN SABAH 2022 #SABAH #SPM #STPM #SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK YAYASAN SABAH #SYARAT PERMOHONAN YAYASAN SABAH #TARIKH PERMOHONAN BIASISWA YAYASAN SABAH #TARIKH PERMOHONAN PINJAMAN YAYASAN SABAH