CARIAN RASMI TANAH ONLINE (Permohonan WP Kuala Lumpur Selangor Johor)

CARIAN RASMI TANAH ONLINE (Permohonan WP Kuala Lumpur Selangor Johor)

CARIAN RASMI TANAH ONLINE

Kepada anda yang ingin membuat carian rasmi tanah secara online, semestinya ingin mengetahui caranya. Urusan carian tanah terdapat beberapa perkara yang anda perlu tahu. Di sini kami akan kongsikan cara membuat carian bagi WP KL, Selangor dan Johor, semoga membantu

 

APA ITU CARIAN TANAH

Carian tanah merupakan semakan status tentang hak pemilikan seseorang individu tersebut. Carian ini dilakukan bagi mendapatkan sebarang maklumat yang paling terkini berkenaan pemilik, sebarang urusan yang didaftarkan atau sebarang halangan dan sekatan jika ada.

 

KELAYAKAN MEMOHON CARIAN TANAH

Mana-mana orang, agensi, syarikat atau badan yang berkepentingan

 

JENIS CARIAN TANAH

Terdapat beberapa katagori carian tanah secara online iaitu:

  1. Carian Persendirian
    • Carian Persendirian adalah dokumen yang dikeluarkan oleh pihak pejabat tanah negeri masing-masing dengan memberikan maklumat mengenai harta tanah
  2. Carian Rasmi
    • Carian Rasmi adalah satu salinan dokumen yang mempunyai cop pengesahan daripada Pegawai Pentadbir Pejabat Tanah untuk urusan rasmi mengenai harta tanah.

 

MAKLUMAT YANG DIPEROLEHI CARIAN TANAH

Maklumat dalam carian persendirian dan carian rasmi tanah online merangkumi seperti berikut

  • Taraf pegangan harta tanah, sama ada tanah pegangan selama-lamanya atau pajakan
  • Sama ada harta tanah simpanan hak milik Melayu.
  • Sebarang sekatan-sekatan penting.
  • Keluasan tanah.
  • Pemilikan tanah yang terkini berdaftar.
  • Tanggungan dan endorsan-endorsan lain.

 

KADAR HARGA CARIAN TANAH

Berikut adalah merupakan kadar harga bagi membuat permohonanc carian tanah iaitu:

NEGERIHARGA CARIAN
JohorCarian persendirian tanah (RM 40)
Carian rasmi tanah (RM 120)
SelangorCarian persendirian tanah (RM 30)
Carian rasmi tanah (RM 50)
WP Kuala LumpurCarian persendirian tanah (RM 30)
Carian rasmi tanah (RM 50)

 

MAKLUMAT DIPERLUKAN CARIAN TANAH

Pastikan anda sediakan maklumat seperti berikut sebelum membuat carian tanah secara online iaitu:

  • Nombor Hakmilik
  • Jenis-jenis hakmilik
  • Lot no
  • Mukim/Bandar/Pekan
  • Daerah
  • Negeri

 

CARA PERMOHONAN CARIAN RASMI TANAH ONLINE

Kepada anda yang ingin membuat carian tanah secara online, berikut adalah merupakan caranya iaitu:

PAUTAN HARGA CARIAN
JohorPentadbir Tanah Johor
SelangorPejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor
WP Kuala LumpurPejabat Pengarah Tanah dan galian Wilayah Persekutuan

 

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai carian tanah rasmi secara online, anda boleh merujuk portal rasmi Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan (JKPTG) di pautan https://www.jkptg.gov.my/my/

 

ARTIKEL LAIN

CUKAI TAKSIRAN/PINTU (CARA BAYAR ONLINE SETIAP PBT)

10 thoughts on “CARIAN RASMI TANAH ONLINE (Permohonan WP Kuala Lumpur Selangor Johor)”

Leave a Comment