CARIAN RASMI TANAH ONLINE (Permohonan WP Kuala Lumpur Selangor Johor)

CARIAN RASMI TANAH ONLINE (Permohonan WP Kuala Lumpur Selangor Johor)

CARIAN RASMI TANAH ONLINE

Kepada anda yang ingin membuat carian rasmi tanah secara online, semestinya ingin mengetahui caranya. Urusan carian tanah terdapat beberapa perkara yang anda perlu tahu. Di sini kami akan kongsikan cara membuat carian bagi WP KL, Selangor dan Johor, semoga membantu

 

APA ITU CARIAN TANAH

Carian tanah merupakan semakan status tentang hak pemilikan seseorang individu tersebut. Carian ini dilakukan bagi mendapatkan sebarang maklumat yang paling terkini berkenaan pemilik, sebarang urusan yang didaftarkan atau sebarang halangan dan sekatan jika ada.

 

KELAYAKAN MEMOHON CARIAN TANAH

Mana-mana orang, agensi, syarikat atau badan yang berkepentingan

 

JENIS CARIAN TANAH

Terdapat beberapa katagori carian tanah secara online iaitu:

  1. Carian Persendirian
    • Carian Persendirian adalah dokumen yang dikeluarkan oleh pihak pejabat tanah negeri masing-masing dengan memberikan maklumat mengenai harta tanah
  2. Carian Rasmi
    • Carian Rasmi adalah satu salinan dokumen yang mempunyai cop pengesahan daripada Pegawai Pentadbir Pejabat Tanah untuk urusan rasmi mengenai harta tanah.

 

MAKLUMAT YANG DIPEROLEHI CARIAN TANAH

Maklumat dalam carian persendirian dan carian rasmi tanah online merangkumi seperti berikut

  • Taraf pegangan harta tanah, sama ada tanah pegangan selama-lamanya atau pajakan
  • Sama ada harta tanah simpanan hak milik Melayu.
  • Sebarang sekatan-sekatan penting.
  • Keluasan tanah.
  • Pemilikan tanah yang terkini berdaftar.
  • Tanggungan dan endorsan-endorsan lain.

 

KADAR HARGA CARIAN TANAH

Berikut adalah merupakan kadar harga bagi membuat permohonanc carian tanah iaitu:

NEGERIHARGA CARIAN
JohorCarian persendirian tanah (RM 40)
Carian rasmi tanah (RM 120)
SelangorCarian persendirian tanah (RM 30)
Carian rasmi tanah (RM 50)
WP Kuala LumpurCarian persendirian tanah (RM 30)
Carian rasmi tanah (RM 50)

 

MAKLUMAT DIPERLUKAN CARIAN TANAH

Pastikan anda sediakan maklumat seperti berikut sebelum membuat carian tanah secara online iaitu:

  • Nombor Hakmilik
  • Jenis-jenis hakmilik
  • Lot no
  • Mukim/Bandar/Pekan
  • Daerah
  • Negeri

 

CARA PERMOHONAN CARIAN RASMI TANAH ONLINE

Kepada anda yang ingin membuat carian tanah secara online, berikut adalah merupakan caranya iaitu:

PAUTAN HARGA CARIAN
JohorPentadbir Tanah Johor
SelangorPejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor
WP Kuala LumpurPejabat Pengarah Tanah dan galian Wilayah Persekutuan

 

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai carian tanah rasmi secara online, anda boleh merujuk portal rasmi Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan (JKPTG) di pautan https://www.jkptg.gov.my/my/

 

ARTIKEL LAIN

CUKAI TAKSIRAN/PINTU (CARA BAYAR ONLINE SETIAP PBT)

Tags: #APA ITU CARIAN TANAH #CARA PERMOHONAN CARIAN PERSENDIRIAN TANAH ONLINE #CARA PERMOHONAN CARIAN RASMI TANAH ONLINE #CARIAN RASMI TANAH ONLINE #CARIAN RASMI TANAH ONLINE (Permohonan WP Kuala Lumpur Selangor Johor) #JENIS CARIAN TANAH #KADAR HARGA CARIAN TANAH #KELAYAKAN MEMOHON CARIAN TANAH #MAKLUMAT DIPERLUKAN CARIAN TANAH #MAKLUMAT YANG DIPEROLEHI CARIAN TANAH

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    No related post!
    1. author

      zullaika binti lan2 tahun ago

      nk mohon bantuan covid 19 rm200

      Reply
    2. author

      Norashan bin pindi2 tahun ago

      Nak mohon bantuan covid 19 rm200

      Reply
    3. author

      Jamelah Mohammad2 tahun ago

      Mohon bantuan covid-19.syarikat tempat saya berkerja telah memberi saya satu notis cuti rehat tanpa gaji. Saya mohon bantuan. Sekian terimakasih.. Di atas keperihatian.

      Reply
    4. author

      Mohd Asli Bin Nelzaman2 tahun ago

      kami sangat2 mohon bantuan,harap2 pihak bertanggung jawab dapat pertimbangkan

      Reply
    5. author

      NORASHAN bin pindi2 tahun ago

      Harap2 kita dapat bantuan minhah covid-19 rm200 ini.amin.

      Reply
    6. author

      Roziana binti matros2 tahun ago

      Nk mohon bantuan covid 19 mcm mn sy xdpt nk BT kja sm ada penyakit lelah

      Reply
    7. author

      Roziana binti matros2 tahun ago

      Saya ingin mohon bantuan covid 19 disebabkan pkp

      Reply
    8. author

      Juliana binti kaalil2 tahun ago

      Ada ke sy layak bantuan minhah covid– 19

      Reply
    9. author

      NURULSAFWANAH BINTI ABD HAMID KHAN2 tahun ago

      Mohon bantuan minhah

      Reply
    10. author

      walli bin joseph2 tahun ago

      bntun RHB..500.000 kt mphon skg bos

      Reply

    Leave a reply "CARIAN RASMI TANAH ONLINE (Permohonan WP Kuala Lumpur Selangor Johor)"