CUKAI TAKSIRAN/PINTU (CARA BAYAR ONLINE SETIAP PBT)

CUKAI TAKSIRAN/PINTU (CARA BAYAR ONLINE SETIAP PBT)

CUKAI TAKSIRANPINTU (CARA BAYAR ONLINE SETIAP PBT)

Sekiranya anda ingin membuat pembayaran Cukai Taksiran, Lesen Dan Kompaun Secara Online, terkini anda boleh membuat pembayara dengan hanya perlu melayari laman rasmi PBTPay.

Sebagai pengguna kali pertama anda seharusnya mendaftarkan akaun terlebih dahulu, tetapi bagaimana cara daftar, cara pembayaran & cara semakan guna PBTPay? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

KENAPA PERLU GUNA PBTPay

Terkini mulai Januari 2022 tiada pengeluaran dan pengeposan bil cukai ini akan dikeluarkan oleh PBT ke arah bumi hijau dengan menggalakkan pembayaran secara atas talian (online).

 

APA ITU CUKAI TAKSIRAN

Cukai yang dikenakan ke atas pegangan berkadar seperti :

  • Bangunan kediaman, perniagaan, perusahaan dan tanah kosong yang terletak didalam kawasan Majlis Daerah Kinta Barat.
  • Bangunan-bangunan milik kerajaan dan Badan Berkanun juga dikenakan cukai tetapi ia disebut Carum Membantu Kadar

Bagaimana Ia Dikenakan?

  • Ia dilakukan melalui proses nilaian berpandukan nilai tahunan dan kadar peratus yang diwartakan.

Cukai taksiran dikenakan untuk membiayai:

  • Cukai taksiran adalah berdasarkan Nilai Tambah dan Kadar.
  • Nilai Tambah dikira berasaskan aras nilaian bagi tanah dan bangunan pada tarikh nilaian.
  • Manakala, kadar ialah peratus yang dikenakan ke atas nilai harta tersebut yang perlu dibayar.
  • Nilai Tambah bagi pegangan tersebut boleh dipinda sekiranya terdapat perubahan pada harta atau berlaku kesilapan atau ketidakseragaman terhadap pegangan tersebut.
  • Kadar warta semasa adalah berdasarkan jenis hartanah, kawasan pembinaan dan kedudukan harta.

Bila Cukai Taksiran Perlu Dibayar?

  • Cukai taksiran perlu dibayar 2 kali setahun iaitu:
    • Penggal Pertama – 1 Januari hingga 28 Februari bagi tiap-tiap tahun.
    • Penggal Kedua – 1 Julai hingga 31 Ogos bagi tiap-tiap tahun.

Apakah perbezaan Cukai Taksiran Dengan Cukai Tanah?

  • Cukai Taksiran atau juga dikenali sebagai “Cukai Pintu’ dibayar kepada pihak Berkuasa Tempatan dan perlu dibayar dua kali setahun. Bil cukai taksiran berwarna merah.
  • Cukai Tanah adalah cukai yang dikenakan bagi tanah hak persendirian dan wajib dibayar sekali setahun kepada pihak Berkuasa Negeri. Bil cukai tanah berwarna kuning.

 

CARA DAFTAR PBTPay

Berikut adalah dikongsikan cara untuk mendaftar PBTPay bagi pengguna kali pertama:

  1. Layari pautan daftar PBTPay: https://pbtpay.kpkt.gov.my/auth/signup
  2. Pada borang permohonan baru, isikan butiran diperlukan seprti:
    • Nama Penuh
    • Kad Pengenalan
    • E-mel
    • Nombor telefon
    • Kata Laluan
  3. Setelah lengkap semuanya, Tick pada kotak “Saya setuju dengan Terma & Syarat” dan tekan butang “Daftar”.
  4. Anda akan dibawa ke halaman paparan bagi “Aktifkan Akuan Baru”.
  5. Masukkan “No. PIN” yang telah dihantar ke e-mel anda dan klik butang “Hantar”.
  6. Anda akan dibawah ke Paparan utama PBTPay
  7. Selesai, pendaftaran anda telah berjaya.

NOTA: Sekiranya kod tidak dihantar klik pada “Hantar semula Kod Pengaktifan”

 

 CARA BAYAR CUKAI TAKSIRAN/PINTU PBTPay ONLINE

Setelah berjaya mendaftarkan akaun, anda boleh teruskan proses pembayaran bil anda melalui sistem PBTPay. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan PBTPay: https://pbtpay.kpkt.gov.my/auth/signin
  2. Log Masuk menggunakan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan anda
  3. Pilih bil yang ingin dibayar dengan klik pada kotak “Tertunggak” dan klik butang “Bayar” untuk proses pembayaran.
  4. Masukkan Nama, Emel dan tekan butang “Pay via FPX”. Sekiranya ingin batalkan bayaran klik butang “Batalkan Pembayaran”.
  5. Pilih bank dengan klik “Select Bank”. Klik pada butang “Proceed” untuk proses seterusnya.
  6. Teruskan dengan proses pembayaran sehingga selesai.
  7. Semak maklumat pembayaran pada skrin “Rekod Bayaran”

NOTA: Pengguna diingatkan supaya tidak menutup browser/skrin pembayaran sehingga pembayaran selesai dibuat dan sehingga pengguna di bawa semula ke skrin pbtpay bagi mengelakkan kegagalan pembayaran berkenaan.

 

CARA SEMAKAN BIL  CUKAI TAKSIRAN/PINTU PBTPay ONLINE

Anda juga boleh membuat semakan Bil anda, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan PBTPay: https://pbtpay.kpkt.gov.my/home/semak_advance
  2. Tandakan pada jenis semakan and inginkan seperti:
    • Cukai Taksiran
    • Kompaun
    • Sewaan
    • Pelbagai
  3. Masukkan kawasan PBT anda dan juga No akaun.
  4. Tick pada terma dan syarat kemudian tekan Semak
  5. Paparan bagi “Semakan Bil Terperinci” akan terpapar.
  6. Sekiranya anda mempunyai bayaran yang perlu dijelaskan. Klik butang “Log Masuk” untuk proses pembayaran.
  7. Selesai

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai cara bayar cukai taksiran/pintu, anda boleh:

 

ARTIKEL LAIN

E-JANJI TEMU HASIL:CARA TEMUJANJI ONLINE LHDN(Urusan Cukai/Duti Setem & CKHT/BPR)

 

Tags: #APA ITU CUKAI TAKSIRAN #cara bayar cukai pintu pbtpay.kpkt.gov.my/ #CARA BAYAR CUKAI TAKSIRAN/PINTU PBT JOHOR #CARA BAYAR CUKAI TAKSIRAN/PINTU PBT KEDAH #CARA BAYAR CUKAI TAKSIRAN/PINTU PBT KELANTAN #CARA BAYAR CUKAI TAKSIRAN/PINTU PBT MELAKA #CARA BAYAR CUKAI TAKSIRAN/PINTU PBT NEGERI SEMBILAN #CARA BAYAR CUKAI TAKSIRAN/PINTU PBT PAHANG #CARA BAYAR CUKAI TAKSIRAN/PINTU PBT PERAK #CARA BAYAR CUKAI TAKSIRAN/PINTU PBT PERLIS #CARA BAYAR CUKAI TAKSIRAN/PINTU PBT PULAU PINANG #CARA BAYAR CUKAI TAKSIRAN/PINTU PBT SABAH #CARA BAYAR CUKAI TAKSIRAN/PINTU PBT SARAWAK #CARA BAYAR CUKAI TAKSIRAN/PINTU PBT SELANGOR #CARA BAYAR CUKAI TAKSIRAN/PINTU PBT TERANGGANU #CARA BAYAR CUKAI TAKSIRAN/PINTU PBT WP KUALA LUMPUR #CARA BAYAR CUKAI TAKSIRAN/PINTU PBT WP LABUAN #CARA BAYAR CUKAI TAKSIRAN/PINTU PBT WP PUTRAJAYA #CARA BAYAR CUKAI TAKSIRAN/PINTU PBTPay ONLINE #CARA DAFTAR PBTPay #cara semak cukai pintu pbtpay.kpkt.gov.my/ #CARA SEMAKAN BIL  CUKAI TAKSIRAN/PINTU PBTPay ONLINE #CUKAI TAKSIRAN/PINTU (CARA BAYAR ONLINE SETIAP PBT) #KENAPA PERLU GUNA PBTPay #maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai cara bayar cukai taksiran/pintu

author
Author: 
    No related post!

    Leave a reply "CUKAI TAKSIRAN/PINTU (CARA BAYAR ONLINE SETIAP PBT)"