BANTUAN TAMBAHAN RM500(PEMERKASA):SEMAKAN BANTUAN UNTUK B40 & PENERIMA BPR

BANTUAN TAMBAHAN RM500(PEMERKASA):SEMAKAN BANTUAN UNTUK B40 & PENERIMA BPR

BANTUAN TAMBAHAN RM500

Melalui pengumuman Pakej Program Strategik Memperkesa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang diumumkan PM pada 17/3/2021, bantuan tambahan  sebanyak RM500 akan diberikan.

Bantuan RM500 ini merupakan bantuan bayaran diberikan kepada golongan B40 yang kehilangan pendapatan semasa tempoh pemberian bantuan ini.

Selain itu, RM500 juga diberikan kepada penerima sedia ada Bantuan Prihatin Rakyat yang mempunyai pendapatan RM1000 dan ke bawah.

BANTUAN TAMBAHAN RM500(PEMERKASA)

Berikut adalah maklumat lanjut tentang bantuan tersebut:

  • Penerima bantuan adalah mereka yang berumur antara 21 hingga 60 tahun.
  • Penerima juga tidak perlu membuat pendaftaran permohonan.
  • Bantuan akan dibayar ke akaun penerima selepas pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang dibuat melalui sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
  • Individu berstatus bankrap juga akan diberi kelonggaran untuk membuka akaun bank secara dalam talian bagi memudahkan mereka menerima bantuan kerajaan melalui permohonan e-mel kepada Jabatan Insolvensi yang mentadbir kes mereka.
  • Sebarang bantuan tunai yang dikreditkan tidak akan mengalami sebarang potongan ansuran bulanan.

Betul ke ada Rumah Selangorku berhara RM42,000,boleh rujuk RUMAH SELANGOKU 2021

SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN TAMBAHAN RM500(PEMERKASA)

Bantuan RM500 one-off kepada golongan B40 yang hilang pendapatan

Bayaran tambahan RM500 kepada penerima BPR yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah

adakah anda layak BPR TAMBAHAN PEMERKASA PLUS?

PERMOHONAN BANTUAN TAMBAHAN RM500 PEMERKASA

Untuk makluman, tiada permohonan yang perlu dibuat . Ini kerana penerima akan secara automatik menerima bantuan ini jika layak.

Data daripada KWSP, LHDN dan PERKESO diambil kira bagi menentusahkan mereka yang layak menerima bantuan ini.

TARIKH BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN RM500 PEMERKASA

RM500 tambahan ini akan diberikan kepada penerima bermula Jun 2021.

SOALAN LAZIM

Berapakah jumlah tambahan bantuan PEMERKASA 2021?

RM500 bagi B40 dan RM500 bagi penerima BPR dengan pendapatan bawah RM1000.

Bilakah bantuan ini akan disalurkan?

Bantuan khas ini akan dibayar mulai Jun depan ke akaun penerima.

Adakah bayaran ini termasuk BPR yang sedia ada?

Tidak. Ini adalah bayaran tambahan.

Berapakah umur yang layak untuk menerima bantuan ini?

Kedua-dua kategori itu membabitkan penerima berusia antara 21 hingga 60 tahun

Adakah perlu proses pendaftaran permohonan?

Tidak membabitkan proses pendaftaran permohonan.

Bagaimana jika penerima yang layak berstatus bankrap?

Bagi individu berstatus bankrap, Jabatan Insolvensi Malaysia akan memudahkan urusan mereka dengan pihak bank dalam menerima bantuan kerajaan.

Kelonggaran akan diberi untuk membuka akaun bank secara dalam talian melalui permohonan e-mel kepada cawangan Jabatan Insolvensi yang mentadbir kes mereka.

Sebarang bantuan tunai yang dikreditkan tidak akan mengalami potongan ansuran bulanan,

 

65 thoughts on “BANTUAN TAMBAHAN RM500(PEMERKASA):SEMAKAN BANTUAN UNTUK B40 & PENERIMA BPR”

  1. Asslm mlkm tuan/puan sy alexander robert [email protected] mhmd.iskandar abdullah,,,sy berkerja di klinik sebagai personal security night shifft…..sy sebenarnya pesakit pundi kencing “kecacatan organ dalam” oleh kerana smbg pkp dr 10-05-2021…. sy di minta bt mantauan cuma awal 1am-4am bayaran dikurang dr asal rm450 ke rm250 ,,wife x berkerja atas sb masalah tumbuhan di perut area pembedahan waktu bersalin bersama tiga anak perempuan masih kecil umur2-3-4 thn……bayaran ini cukup sewa ja ,,,,nak belanja rumah pn blm apa adakah sy blh bt mohon?????

    Balas
  2. Saya nak bantuan tambahan bpr rm500 saya tidak berkerja saya pencen socso sahaja pendapatan saya sebulan rm482.11 ringgit sahaja inilah pendapatan saya sebulan tagan kanan saya cacat saya dah khawin isteri saya baru bersalin 4bulan dia pun tak berkerja dia nak menjagakan bayi saya pendapatan saya kurang dari rm1000 adakah saya layak mendapat bantuan tambahan rm500 bpr ini

    Balas
  3. Saya nk tnya adakah saya layak terima bantuan tambahan 500,bantuan bpr fasa 1 saya dapat yg fasa 2 nie saya x dapat nie macam mna.

    Balas
  4. Assalamualaikum.Saya Iskandar selaku penerima BANTUAN PRIHATIN RAKYAT nak bertanya adakah saya juga layak untuk bantuan tambahan Rm500 bantuan PEMERKASA tu yea

    Balas
  5. Jika seseorang berumur 20 dia sudah pon mendapat BPR berstatus lulus adakah bantuan rm500 b40 nie dapat jgk sebab dia mempunyai KWSP yg tidak aktif sejak pkp mohon penjelasan

    Balas
  6. Saya Layak untuk terima BPR …TAPI,,, GAGAL KREDIT kerana Akaun BANK HONG LEONG yg telah saya kemaskini awak februari …pada Bulan march kad bank saya hilang Dan saya telah meminta pihak bank untuk bekukan sementara Akaun saya…saya Pula terlupa untuk kemaskini data pada BPR tentang Akaun,,,sebelom ini saya letak Akaun BSN isteri,bagaimana saya nk terima duit BPR fasa ke 2 ni? Adakah sistem akan terus masukkan ke AKAUN BSN isteri saya seperti sebelum ini?

    Balas
  7. Assalamualaikum,adakah saya layak untuk menerima kedua-dua bantuan iaitu untuk B40 dan kemudian bantuan bagi penerima BPR?

    Balas
  8. Saya harap di awalkn la yg tmbahan rm500,saya dah di buang keja,pliss😭😭 klau bolih bg ja besok,senang sya nk plening niaga sndri, pliss la? Dh buntu otak ni🤯☠️☠️👻😇😵😵

    Balas

Leave a Comment