CARA BAYAR HUTANG PINJAMAN KENDERAAN TOYOTA CAPITAL (Guna TCAP EZ CONNECT)

CARA BAYAR HUTANG PINJAMAN KENDERAAN TOYOTA CAPITAL (Guna TCAP EZ CONNECT)

BAYAR HUTANG TOYOTA CAPITAL

Jika anda pelanggan TOYOTA CAPITAL,TOYOTA CAPITAL akan melancarkan EZ Connect, sebuah aplikasi mudah alih perkhidmatan, yang membolehkan pelanggan menyemak baki pinjaman, membuat bayaran ansuran bulanan, muat turun penyata, menyemak sejarah transaksi dan banyak lagi. Disini kami akan kongsikan kepada cara daftar dan bayar hutang Toyota Capital menggunakan TCAP EZ Connet. Semoga membantu.

 

APA ITU TCAP EZ CONNECT

TCAP EZ Connect ialah sebuah aplikasi mudah alih yang membolehkan pelanggan mengetahui dan meninjau status akaun kewangan mereka bersama kami.

Melalui Aplikasi TCAP EZ Connect, anda boleh menyemak:

  • Produk pembiayaan pinjaman
  • Cawangan di seluruh negara
  • Pengedar – Toyota, Lexus dan Perodua
  • Model kenderaan

 

MUAT TURUN APLIKASI TCAP EZ CONNECT

 Anda boleh muat turun (download) aplikasi TCAP EZ Connet disini:

 

CARA DAFTAR TOYOTA CAPITAL MALAYSIA ONLINE (TCAP EZ CONNECT)

 Toyota Capital telah melancarkan aplikasi Ez Connet untuk memudahkan pengguna. Berikut adalah cara untuk daftar TCAP EZ Connet:

  1. Anda dikehendaki mengisi borang pengesahan maklumat dahulu di pautan: https://www.toyotacapital.com.my/bm/EZconnectapp#section-form
  2. Masukkan butir-butir peribadi anda seperti:
    • Nama (Seperti Kad Pengenalan)
    • No Kad Pengenalan (Seperti Kad Pengenalan)
    • No Telefon Bimbit untuk OTP
    • No Pendaftaran kenderaan
    • Email (pastikan email yang aktif)
  3. Setelah siap mengisi, Tick persetujuan pada Penyataan Privasi
  4. Kemudian klik pada I’M Not robot.
  5. Seterusnya tekan Sent
  6. One Time Password (OTP) dihantar ke nombor telefon yang anda daftarkan untuk memudahkan anda melakukan proses pendaftaran TCAP EZ Connect
  7. Ikuti arahan selajutnya untuk selesaikan proses pendaftaran.

 

CARA BAYAR HUTANG TOYOTA CAPITAL

Kepada anda yang ingin membuat pembayaran pinjaman anda, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi TCAP EZ Connet dan log masuk akaun anda
  2. pada halaman utama, klik pada Pay Now
  3. Anda juga boleh menyemak bayaran pinjaman tertunggak sekiranya anda.
  4. Pada laman ini, pastikan maklumat nombor akaun dan no pendaftaran kenderaan anda adalah betul.
  5. Paparan juga menunjukkan jumlah bayaran bulanan yang perlu dibayar.
  6. Jadi anda isikan saja jumlah amaun bayaran pinajman pada Amaun To paid dan klik pada Retail Internet Banking untuk memilih pilihan bank anda ingin gunakan dan isikan alamat email anda. Setelah selesai klik pada Proceed
  7. Ikuti proses pembayaran sehingga selesai
  8. Paparan status pembayaran pinjaman anda berjaya akan terpapar. Selesai

NOTA: Transaksi pembayaran ini akan dikemaskini dalam aplikasi pada keesokkan harinya atau pada hari bekerja

 

SOALAN LAZIM (FAQ) TOYOTA CAPITAL

 Apa yang perlu dilakukan jika saya mengalami masalah untuk masuk atau mendaftar TCAP EZ Connect?

  • Sila nyatakan perincian lengkap akaun anda (Nama, No, KP, nombor telefon) dan emel kepada kami di [email protected] untuk pengesahan. Sebelum berbuat demikian, sila pastikan anda memasukkan nama penuh dan No. KP seperti didalam MyKad.

Bilakah sepatutnya saya masukkan kod rujukan?

  • Ketika mendaftar, tidak perlu untuk mengisi bahagian kod rujukan sekiranya anda bukan diperkenalkan oleh rakan yang merupakan pelanggan kami bagi pinjaman sewa-beli dengan TCAPM seperti yang telah dinyatakan dalam laman yang sama. Kod rujukan hanya digunakan sekiranya anda menperkenalkan rakan untuk mengambil pembiayaan sewa-beli dengan kami.

Mengapa saya perlu mengemaskini maklumat peribadi di dalam borang khas ini?

  • Ini adalah untuk memudahkan proses pendaftaran TCAP EZ Connect untuk memastikan One Time Password (OTP) dihantar ke nombor telefon terkini anda.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat lanjut cara daftar Toyota Capital anda boleh melayari web rasmi Toyota Capital Malaysia https://www.toyotacapital.com.my/

ARTIKEL LAIN

SEMAK BAKI PINJAMAN TOYOTA CAPITAL(Check Balance Loan)

2 thoughts on “CARA BAYAR HUTANG PINJAMAN KENDERAAN TOYOTA CAPITAL (Guna TCAP EZ CONNECT)”

Leave a Comment