CARA SEMAK & BAYAR BIL TM UNIFI GUNA MyUNIFI

CARA SEMAK & BAYAR BIL TM UNIFI GUNA MyUNIFI

MyUnifi

Adakah anda pengguna Unifi? Masihkah anda bayar bil TM Unifi ni di kaunter? Sudah tentunya untuk pembayaran secara online lebih senang dan mudah. Kini Telekom Malaysia kini telah hadir dengan sebuah aplikasi baru untuk pengguna peranti Android dan juga iPhone, dinamakan sebagai myunifi.

Disini kami kongsikan cara membuat semakan dan membayar bil TM Unifi dengan lebih pantas menggunakan aplikasi MyUnifi, semoga membantu.

 

APA ITU MyUNIFI

Aplikasi MyUnifi dibangunkan oleh pihak TM bagi memudahkan pengguna menguruskan pelbagai perkara berkaitan Unifi dengan hanya menggunakan satu aplikasi sahaja. Melalui aplikasi ini, ia membolehkan pengguna boleh melihat penggunaa, membuat pembayaran, selain menerima notifikasi berkaitan akaun. Disamping itu, pengguna turut boleh menggunakan aplikasi sama untuk mengikuti pelbagai promosi semasa dan juga turut boleh digunakan untuk mengakses khidmat pelanggan dan mendapatkan sokongan dengan pantas daripada pihak TM.

 

MUAT TURUN APLIKASI MyUNIFI

Anda boleh muatturun dan install aplikasi percuma MyUnifi App ini menerusi pautan disediakan di bawah:

 

CARA DAFTAR MyUNIFI

Sebagai pengguna kali pertama, seharusnya anda daftar terlebih dahulu berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka apliaksi tersebut di telefon anda
  2. Masukkan maklumat pendaftaran yang diperlukan seperti:
    • Email
    • Kata Laluan
    • No Kad Pengenalan pemilik akaun
    • Nombor akaun 10 digit.
  3. Sahkan maklumat anda, tick pada terma dan syarat dan klik submit.
  4. Pendaftaran akaun anda selesai

NOTA: Sekiranya anda telah daftar menggunakan laman web MyUnifi sebelum ini, hanya gunakan id dan pasword yang sama.

 

CARA SEMAK BIL TM UNIFI GUNA MyUNIFI

Setelah seelsai proses pendaftaran, berikut adlaah merupakan cara untuk anda membuat semakan bil anda iaitu:

  1. Buka aplikasi tersebut dan log masuk ke akaun anda
  2. Setelah berjaya login, paparan akan menunjukkan semua servis di bawah Telekom Malaysia yang anda langgan.
  3. Pada Dashboard ini juga, Anda juga boleh lihat butiran lengkap mengenai bil TM, samada bil telefon, streamyx mahupun Unifi
  4. Untuk melihat bil yang lanjut, klik pada menu ‘Bill Details’ pada kekotak Billing atau secara ringkas boleh klik ‘more details’.
  5. Anda juga boleh muat turun bil yang lepas melalui dashboard ini.

 

CARA BAYAR BIL TM UNIFI GUNA MyUNIFI

Sekiranya anda ingin membuat  pembayaran bil, berikut adalah emrupakan caranya:

  1. Buka aplikasi tersebut dan log masuk ke akaun anda
  2. Pada dashboard anda, tekan butang PAY NOW. Pada paparan berikutnya, klik pada butang I AGREE & PAY NOW.
  3. Setelah itu, akan keluar pop-up Select Payment Method samada CREDIT CARD atau ONLINE BANKING.
  4. Pilih ONLINE BANKING dan akan tertera kotak FPX. Tekan pada kotak FPX dan tekan PROCEED.
  5. Anda akan dibawa ke paparan Payment Gateway. Pada paparan ini, pilih pada pilihan bank yang anda gunakan. Tekan NEXT untuk langkah seterusnya.
  6. Masukkan Username dan sahkan password untuk login ke banking online anda.
  7. Pop-up butiran pembayaran akan terpapar. Tekan Continue dan tekan Request for TAC. Masukkan nombor TAC yang dihantar melalui telefon bimbit anda. Tekan Confirm jika telah selesai.
  8. Sekali lagi detail pembayaran akan terpapar. Klik pada butang Continue with Transaction dan klik Return to FPX. Pembayaran bil anda selesai!

 

KADAR TEBUS POINTS UNIFI

Untuk makluman anda, kadar tukaran points adalah seperti berikut:

  • 1 Point = 1 Sen

Ini bermaksud, sekiranya anda mempunyai 1000 points anda boleh menebus sebanyak RM10.00.

 

CARA REDEEM POINTS DI MyUNIFI

Sekiranya anda ingin menebus points anda di My Unifi, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi MyUnifi dan log masuk akaun anda. Sekiranya anda pengguna baharu seharusnya mendafar akaun terlebih dahulu
  2. Pada paparan menu utama, akan tertera jumlah points terkumpul anda di bahagian penjuru kanan atas. Klik pada ikoh hadiah yang berada di tepi points tersebut
  3. Paparan maklumat lanjut mengenai points anda akan tertera di bahagian Overview.
  4. Scroll sedikit ke bawah, pada bahagian Redeem Your Rewards, klik pada Unifi Home Bill Rebate
  5. Seterusnya pilih akaun unifi anda dan klik Confirm
  6. Paparan amaun yang boleh direedem akan tertera, klik redeem now dan klik Confirm.
  7. Untuk makluman anda, jumlah reedem ini akan ditolak pada jumlah bil bulan hadapan anda

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment