Isi Kandungan
INSURAN CERMIN KERETA TERBAIK (Cara Check & Tambah Insurans)
Untuk membuat tuntutan insurans cermin kereta anda, seharusnya anda sudah tambah insurans cermin kereta semasa membuat pembaharuan insurans kenderaan anda. Disini kami kongsikan insuran cermin kereta terbaik dan cara tambah insurans tersebut, semoga membantu.
APA ITU INSURAN CERMIN KERETA
Insurans / perlindungan cermin kereta adalah insurans perlindungan tambahan untuk cermin kereta anda. Tambahan ini hanya boleh ditambah kepada polisi yang baru pada insurans kereta anda, anda perlu mengaktifkan insurans kereta anda untuk mendapatkan perlindungan ini.
KELEBIHAN INSURAN CERMIN KERETA
Anda hanya akan melindungi cermin kereta tanpa perlu mengeluarkan duit yang banyak bagi menggantikan yang baru. Malah, NCD (No Claim Discount) anda tidak akan diganggu atau tidak akan reset kepada 0% selepas claim insurans
SENARAI INSURAN CERMIN KERETA TERBAIK
Kebanyakkan insurans yang terdapat di Malaysia adalah terbaik dan mudah untuk dibuat tuntutan. Anda hanya perlu menambah insurans cermin semasa membuat pembaharuan insurans anda mengikut syarikat insurans pilihan anda inginkan.
CARA SEMAK INSURANS CERMIN
Anda kini boleh membuat semakan harga insurans cermin secara online menerusi Bjak. Berikut adalah merupakan caranya:
- Layari laman web rasmi Bjak,com
- Klik pilihan INSURANS KERETA. Klik Mint Quote Percuma.
- Isikan MAKLUMAT yang diperlukan seperti
- Baca TERMA & SYARAT, kemudian tick pada ruangan yang disediakan
- Seterusnya klik pada DAPATKAN SEBUT HARGA
- QUATATION anda akan dapat melalui email anda atau melaui whattsap. Anda akan diberikan pelbagai pilihan insurans beserta dengan harga.
- Klik pada salah satu insurans yang anda inginkan dan di situ akan tertera harga sekiranya anda ingin tambah insurans cermin
CARA TAMBAH TUNTUTAN INSURANS CERMIN
Untuk membuat tuntutan cermin pecah/retak, anda seharusnya mempunyai tambahan insurans cermin semasa memperbaharui insuran kenderaan anda. Berikut adalah caranya:
- Bawa kereta ke cawangan insurans yang anda langgan.
- Pihak insurans akan melihat sendiri kondisi atau keadaan keseluruhan cermin kereta yang hendak di tambah insurans cermin kereta (wajib bawa kereta tersebut)
- Penambahan akan dibuat selepas branch insurans berpuas hati dengan keadaan kereta (cermin lengkap tidak retak atau pecah)
- Pembayaran dibuat.
- Anda akan diberi surat daftar tambah insuran cermin kereta.
- Selesai
NOTA: Anda juga boleh membuat pembelian secara online menggunakan portal Bjak seperti langkah di atas
HARGA INSURANS CERMIN KERETA
Berikut adalah merupakan anggaran purata harga insurans cermin kenderaan bergantung pada jenis kenderaan dan insurans anda:
JENIS KERETA | HARGA INSURANS CERMIN |
Perodua Myvi | Bermula RM95 |
Proton Wira | Bermula RM111 |
Toyota vios | Bermula RM159 |
Perodua Kancil | Bermula RM79 |
Proton Waja | Bermula RM111 |
Proton Iswara | Bermula RM111 |
Perodua Kelisa | Bermula rm79 |
Honda civic fd | Bermula RM238 |
Perodua Axia | Bermula RM79 |
Perodua Bezza | Bermula RM111 |
Honda City | Bermula RM159 |
CARA TUNTUTAN INSURAN CERMIN KERETA
Anda perlu membawa kenderaan anda ke kedai cermin kereta yang berdaftar sebagai panel cermin yang berkitan dengan polisi insurans anda langgan. Caranya adalah seperti berikut:
- Cari bengkel panel cermin kenderaan anda(insurans yang anda langgan) atau anda boleh call bahagian claim kurnia insurans dan bertanyakan kedai panel yang berdaftar berdekatan rumah anda.
- Buat tempahan di bengkel tersebut.
- Datang bawa kereta di bengkel sekiranya sudah dapat temujanji anda dengan pihak bengkel.
- Bawa dokumen untuk claim insurans cermin
- Proses penuakran cermin kenderaan anda akan ambil masa sejam.
- Setelah selesai tukar cermin kereta, anda akan dinasihati supaya tidak menjemur kereta selama 3 jam bagi melengkapkan proses menguatkan gam cermin hanya dari rumah
Nota: Claim insurans cermin kereta sudah mudah sebab panel cermin insurans sendiri akan berurusan dengan pihak bengkel.
ARTIKEL BERKAITAN:
- CONTOH SURAT PEMBATALAN INSURANS/TAKAFUL (Surat Rasmi Cancel)
- CARA DAFTAR TAKAFUL MALAYSIA:REGISTER LOGIN myTakafulCustomer(takaful-malaysia.com.my)
- CARA DAFTAR My AIA:CARA REGISTER LOGIN ONLINE(aia.com.my)
- REGISTER LOGIN ETIQA (Cara Daftar etiqa.com.my)