CARA MOHON i-SINAR (Pengeluaran melalui i-Akaun & i-sinar.kwsp.gov.my)
Bermula 21 Disember 2020,ahli KWSP bagi kategori 1 boleh mula membuat pengeluaran akaun 1 KWSP melalui i-Sinar KWSP.
Bagaimanakah cara mohon i-Sinar? Pengeluaran akaun 1 boleh dibuat melalui 2 cara sahaja iaitu melalui i-Akaun KWSP dan melalui portal i-Sinar KWSP.
Bermula 23/12/2020, dah boleh SEMAK DIVIDEN ASB ASN 2020
CARA MOHON i-SINAR MELALUI i-AKAUN KWSP
- Layari portal rasmi KWSP
- Log masuk ke dalam i-akaun ahli
- Masuk nama pengguna & kata laluan
- Paparan rumusan baki akaun 1 dan 2 dipaparkan
- Klik butang PENGELUARAN
- Klik PERMOHONAN BARU
- Pilih PENGELUARAN i-SINAR
- Baca syarat dan terma,sila baca
- Klik OK
- Pilih jumlah yang diperlukan dan masukan nombor akaun bank
- Masukan nombor TAC ( 6 nombor) yang berdaftar dengan KWSP.
- Klik HANTAR
Jika terlupa id/password i-akaun,ini CARA RESET ID/PASSWORD i-AKAUN KWSP
CARA MOHON i-SINAR MELALUI LAMAN SESAWANG (i-sinar.kwsp.gov.my)
- Layari laman sesawang i-sinar.kwsp.gov.my
- Isikan nombor kad pengenalan/myPR dan nombor telefon bimbit.Klik TERUSKAN.
- Isikan nombor OTP yang diterima melalui SMS,tekan sahkan OTP
- Jawab soalan keselamatan untuk pengesahan.
- Tetapkan amaun pilihan
- Tetapkan bayaran bulanan pertama dan tekan TERUSKAN
- Lengkapkan maklumat pemohon yang wajib diisi
- Lengkapkan maklumat bayaran dan tekan TERUSKAN
- Semak maklumat pemohon dan maklumat pembayaran dan tandakan BETUL sebelum tekan HANTAR
- Permohonan anda diterima dan diproses
SOALAN LAZIM PENGELUARAN i-SINAR KATEGORI 1
Bilakah tarikh mula permohonan i-Sinar bagi kategori 1?
Bermula 21 Disember 2020
Cara mohon i-Sinar kategori 1?
Hanya 2 cara iaitu melalui i-Akaun atau melalui laman sesawang i-sinar.kwsp.gov.my
Bolehkah masukan nombor telefon baru semasa membuat permohonan i-Sinar?
Hanya nombor telefon yang berdaftar dengan KWSP sahaja boleh digunakan untuk urusan pengeluaran i-Sinar
Bolehkah menggunakan nombor akaun isteri atau ahli keluarga?
Tidak boleh,hanya nombor akaun ahli yang memohon sahaja yang boleh digunakan untuk membuat permohonan i-Sinar
Bolehkah saya membuat permohonan melalui kedua-dua cara tersebut?
Tidak boleh,ahli hanya boleh memilih salah satu cara sahaja sama melalui i-Akaun atau melalui portal i-Sinar.
Bagaimana ingin tahu status kelulusan permohonan i-Sinar?
Status permohonan i-Sinar boleh disemak melalui i-Akaun atau melalui portal i-Sinar selepas dimaklumkan oleh pihak KWSP.
Bagaimanakah ingin tahu status pembayaran i-Sinar?
Semakan status pembayaran i-Sinar boleh disemak melalui i-Akaun atau melalui portal i-Sinar selepas dimaklumkan oleh pihak KWSP.
Pihak KWSP juga akan memaklumkan melalui pesan SMS.
Jika ada pertanyaan tentang i-Sinar,Sila hubungi TALIAN TELEFON i-SINAR dibuka 8 pagi- 8 malam.
Hi, bagaimana jika saya tersalah submit jumlah pengeluaran…. bole edit semula ke
Hai kwsp..saya nak keluarkan semua duit akaun sy itu,mana ada sampai 10k sudah..lagipun saya ni tak dapat keja sudah gara2x exceden motor,ini lah ke lima bulan sudah tak dapat keja,lagipun covid 19 ni kuat membahayakan kita semua..kampung saya kat ulu sungai..jauh betul,itulah saya dtg dari kampung..dtg pasar nak suruh keluarkan semua duit kat akaun sy itu..kan sy ada kena potong 500 sebulan itu..i-akaun kwsp..moga i-sinar kwsp tolong keluarkan semua..
Mohon isinar kwsp akaun 1
mcm mna sya nk edit pegeluaran i sinar tu ye..sya dh tersilap isi amaun tu
Sama lah kita😥
Bagaimana mahu edit semula jumlah pengeluaran…??
Macam mna nak edit amaun die ye…sebab saya tersilap isi amaun die
Saya pn sama tersalah isi amaun..adooiii,mohon pihak kwsp bagi pencerah ye😔😔😔
Macam mana mahu edit semula jumlah pengeluaran.
Saya juga tersilap isi amaun macam mana pembetulan balik amaun 2 , 3 dan seterusnya
Lupa isi amaun bulan berikutnya
Hello, bagaimana jika saya tersalah submit jumlah pengeluaran…. bole edit semula ke?
Macam mana nak edit amaun pengeluaran tersalah masuk jumlah??
Sya tersalah isi amaun,mcm mna cra nk ubah ya amaun nya tu😊
Guna lah bahasa kebangsaan!!
bagaimana jika saya tersalah submit jumlah pengeluaran…. bole edit semula
Saya juga salah tekan jumlah ,boleh tukar tak jumlah 😓
mohon kwsp bagi pencerahan jika saya tersalah isi amount untuk bulan berikutnya adakah boleh mengemaskini borang
Saya trsilap isi amaun xboleh update lg skali ke?😭😭😭😭😭
Bagaimana saya ingin membuat permohonan isinar.. Saya telah cuba melaui i akaun tetapi apabila ketik pengeluaran.. Dan permohonan baru tidak ada pilihan untuk mohon isinar..
Saya pun nak edit , tersalah tekan
I SINAR
Macam mana ye kalau nak edit amount balik, tersalah masuk amount 😔
Bagaimana saya ingin membuat permohonan isinar.. Saya telah cuba melaui i akaun tetapi apabila ketik pengeluaran.. Dan permohonan baru tidak ada pilihan untuk mohon isinar..
Saya silap masuk amaunt..macam mana nak buat ye
MCM mana cara UTK edit pengeluaran UTK bln pertama..Krn sy tersilap..blh perbetulkan semula x
Macam mana kalau saya terslh isi amaun ya
nurul hidayah..mcm mna nak edit. sya tersalah tlis amaun..
Kenapa semua pertanyaan yang dibuat, tiada jawapan? Siapa yang patut menjawab semua pertanyaan ini??
Saya tersalah letak amount. Boleh edit balik tak. Tolong lah
Hi saya tersalah letak macam mana cara nak edit balik
Saya tersalah pilih amaun pengeluaran,tak tinggal baki rm100 dalam akaun kwsp tu.bagaimana nak edit semula??
Macam mana kalau saya tersalah isi amaun. Macam manank edit
RM0.00 KWSP: Bayaran Pengeluaran gagal dikreditkan ke akaun anda dan digantikan dengan Cek Jurubank. Hubungi KWSP di 03-89226000 untuk maklumat lanjut.
Macam mana saya nak tahu no kwsp ?
980415-12-6657
Tolong saya la…phone Number kemas kini.. Maca mana. Number lama 0142464812 number baru 0108827993
saya pon trsalah tekan jumlah. sebab confius dgn coloum dia…
dan saya dh hubungi pihak KWSP, memang mana2 pergeluaran yg dah lulus, tidak boleh di edit semula. mimpi nk buat itu ini, tp hmpeh sbb trsalah pilih amount. dpt rm2.5k je laaaa…
Klu yg salah amount x boleh mohon semula ke.. Kesian kami…
saya salah letak account bank . tapi dah lulus mcm mane nak buat ya kalau salah tulis account bank ?
Saya nak mohon i sinar
Permohonan kategori 1 saya telah diluluskan. Tapi saya tidak mempunyai akaun bank aktif. Jadi ssya telah memilih pembayaran secara (PO.) tapi saya belum menerima notis pemgambilan bayaran dari kwsp. Boleh tolong jelaskan cara saya boleh mendapatkan bayaran pegeluaran ketegori 1 saya 😣