CERMIN KERETA PECAH RETAK:CARA CLAIM INSURANS(Tukar Cermin Baru)

CERMIN KERETA PECAH RETAK:CARA CLAIM INSURANS(Tukar Cermin Baru)

CERMIN KERETA PECAH RETAK

Kejadian yang tidak diingini seperti cermin kereta retak atau pecah memang tak boleh dijangkakan. Masa anda tengah elok memandu, boleh jadi tiba-tiba cermin terkena lontaran batu sehingga retak.

Untuk membuat tuntutan claim insurans cermin kereta ini, anda seharusnya sudah tambah insurans cermin kereta. Semasa membuat pembaharuan insurans kenderaan anda. Bagaimana cara untuk membuat tuntutan insurans? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

PUNCA CERMIN PECAH/RETAK

Berikut adalah antara yang menyebabkan cermin kenderaan anda pecah/retak:

  1. Cermin kereta pecah kena percikan batu atau sebagai
  2. Cermin kereta retak sendiri

 

CARA TAMBAH TUNTUTAN INSURANS CERMIN

Untuk membuat tuntutan cermin pecah/retak, anda seharusnya mempunyai tambahan insurans cermin semasa memperbaharui insuran kenderaan anda. Berikut adalah caranya:

  1. Bawa kereta ke cawangan insurans yang anda langgan.
  2. Pihak insurans akan melihat sendiri kondisi atau keadaan keseluruhan cermin kereta yang hendak di tambah insurans cermin kereta (wajib bawa kereta tersebut)
  3. Penambahan akan dibuat selepas branch insurans berpuas hati dengan keadaan kereta (cermin lengkap tidak retak atau pecah)
  4. Pembayaran dibuat.
  5. Anda akan diberi surat daftar tambah insuran cermin kereta.
  6. Selesai

 

DOKUMEN UNTUK CLAIM INSURANS CERMIN

Sediakan dokumen ini untuk anda claim insurans cermin kereta. Dokumen ini adalah untuk keperluan kedai buat cermin kereta yang anda ingin baiki tersebut seperti:

  • Kad pengenalan pemilik (salinan pun boleh)
  • Salinan geran kereta
  • Salinan polisi insurans yang masih valid.
  • Laporan polis berkaitan kejadian cermin kenderaan anda pecah (sekiranya diminta oleh pihak agen)

 

CARA CLAIM INSURAN CERMIN KENDERAAN

Sekiranya anda telah sediakan dokumen seperti di atas, anda hanya perlu membawa kenderaan anda ke kedai cermin kereta yang berdaftar sebagai contohnya panel cermin takaful malaysia, etiqa atau sebagainya yang berkitan dengan polisi insurans anda langgan. Caranya adalah seperti berikut:

  1. Cari bengkel panel cermin kenderaan anda(insurans yang anda langgan) atau anda boleh call bahagian claim kurnia insurans dan bertanyakan kedai panel yang berdaftar berdekatan rumah anda.
  2. Buat tempahan di bengkel tersebut.
  3. Datang bawa kereta di bengkel sekiranya sudah dapat temujanji anda dengan pihak bengkel.
  4. Bawa dokumen untuk claim insurans cermin
  5. Proses penuakran cermin kenderaan anda akan ambil masa sejam.
  6. Setelah selesai tukar cermin kereta, anda akan dinasihati supaya tidak menjemur kereta selama 3 jam bagi melengkapkan proses menguatkan gam cermin hanya dari rumah

Nota: Claim insurans cermin kereta sudah mudah sebab panel cermin insurans sendiri akan berurusan dengan pihak bengkel.

 

HARGA PURATA INSURANS CERMIN

 Berikut adalah merupakan anggaran purata harga insurans cermin kenderaan bergantung pada jenis kenderaan dan insurans anda:

  1. Perodua Myvi
    • Bayaran pada insurans adalah bermula sebanyak RM95 sahaja
  2. Proton Wira:
    • Bayaran pada insurans adalah bermula sebanyak RM111 sahaja.
  3. Toyota vios
    • Bayaran pada insurans adalah bermula sebanyak RM159 sahaja
  4. Perodua Kancil
    • Bayaran pada insurans adalah bermula sebanyak RM79 sahaja.
  5. Proton Waja
    • Bayaran pada insurans adalah bermula sebanyak RM111 sahaja.
  6. Proton Iswara
    • Bayaran pada insurans adalah bermula sebanyak RM111 sahaja.
  7. Perodua Kelisa
    • Bayarab pada insurans adalah bermula sebanyak rm79 sahaja.
  8. Honda civic fd
    • Bayaran pada insurans adalah bermula sebanyak RM238 sahaja
  9. Perodua Axia
    • Bayaran pada insurans adalah bermula sebanyak RM79 sahaja.
  10. Perodua Bezza
    • Bayaran pada insurans adalah bermula sebanyak RM111 sahaja.
  11. Honda City
    • Bayaran pada insurans adalah bermula sebanyak RM159 sahaja.

 

KELEBIHAN MENAMBAH INSURANS CERMIN KERETA

Anda hanya melindungi cermin kereta tanpa perlu mengeluarkan duit yang banyak bagi menggantikan yang baru. Malah, ncd (no claim discount) anda tidak akan diganggu atau tidak akan reset kepada 0% selepas claim insurans cermin dibuat.

 

Baca Artikel lain :

CARA DAFTAR TAKAFUL MALAYSIA:REGISTER LOGIN myTakafulCustomer(takaful-malaysia.com.my)

CARA DAFTAR My AIA:CARA REGISTER LOGIN ONLINE(aia.com.my)

REGISTER LOGIN ETIQA (Cara Daftar etiqa.com.my)

Leave a Comment