CARA BUAT TUNTUTAN CLAIM HIGHWAY JIKA KEMALANGAN (Jalan Persekutuan PLUS KESAS LPT)

CARA BUAT TUNTUTAN CLAIM HIGHWAY JIKA KEMALANGAN (Jalan Persekutuan PLUS KESAS LPT)

CLAIM HIGHWAY

Penggunaan lebuhraya amat diperlukan kerana merupakan perjalan yang pantas dan menjimatkan masa. Tetapi tidak mustahil akan terjadi kejadian kerosakan, kemalangan, kecemasan dan sebagainya di lebuhraya di Malaysia atau jalan persekutuan tersebut.

Sekiranya anda sebagai pengguna dan terlibat dalam kemalangan atau kerosakkan disbabkan kecuaian lebuhraya tersebut, anda boleh menuntut jumlah ganti rugi kepada highway atau Jalan Persekutuan tanpa membuat tuntutan insurans dan tanpa kehilangan NCB. Disini kami akan kongsikan cara untuk claim highway, semoga membantu.

 

HAK PENGGUNA LEBUHRAYA DAN JALAN PERSEKUTUAN

Sebenarnya jika berlaku kerosakan pada kenderaan di lebuh raya atau jalan persekutuan ekoran objek asing atau disebabkan keadaan lebuh raya dan jala persekutuan berkenaan, contohnya batu, tayar celup, kayu, binatang liar dan sebagainya, maka pengguna boleh membuat tuntutan ganti rugi kerosakan daripada pengendali lebuh raya berkenaan.

Untuk apa-apa tuntutan akibat daripada kemalangan seperti kerosakan atau kecederaan yang dialami pengguna disebabkan kerja-kerja konsesi, pengguna perlu mengemukakan bukti bahawa kemalangan itu adalah berpunca daripada masalah kerosakan,

 

PUNCA YANG BOLEH DIBUAT TUNTUTAN

Berikut adalah merupakan antara punca yang boleh dibuat tuntutan disebabkan kecuaian lebuhraya seperti:

  • Serpihan tayar lori
  • Kotak
  • Bangkai haiwan
  • Sebarang objek asing
  • Jalan berlubang

 

CARA BUAT TUNTUTAN LEBUHRAYA DAN JALAN PERSEKUTUAN

Berikut adalah merupakan cara untuk claim highway iaitu iaitu:

  1. Sekiranya berlaku kemalangan, pastikan anda
    • Catat waktu kemalangan
    • Catat arah laluan kemalangan
    • Catat kilometer kemalangan (Boleh lihat tag kecil dibesi-besi pembahagi jalan).
  2. Kemudian ambil gambar
    • Kerosakkan kenderaan
    • Gambar tempat kejadian
    • Gambar kilometer kejadian
    • Gambar objek yang dilanggar atau dielakkan
    • Gambar papan tanda jalan (jika ada)
    • Gambar yang berkaitan (sekiranya ada)
  3. Seterusnya telefon hotline lebuhraya untuk aporkan tentang kemalangan. Sebaiknya dapatkan nama petugas lebuhraya dan nombor pendaftaran kenderaan petugas lebuhraya yang membantu.
  4. Buat laporan polis berkaitan dengan kemalangan.
  5. Kemudian pergi ke pejabat lebuhraya berkaitan yang berdekatan untuk dapatkan borang tuntutan kemalangan akibat kecuaian lebuhraya. Lampirkan juga laporan polis berkenaan kemalangan. Isi segala butir-butir kemalangan.
  6. Hantar kenderaan anda untuk dibaiki terlebih dahulu dan anda perlu tanggung kos pembaikian terlebih dahulu.
  7. Kemudian lampirkan resit pembaikian serta gambar kerosakkan semasa kemalangan dan selepas pembaikian dan diserahkan kepada pejabat lebuhraya untuk dilampirkan bersama tuntutan yang telah dibuat sebelum ini. Segala laporan polis, resit-resit atau dokumen betul mesti salinan original.

NOTA: Permohonan tuntutan perlu dihantar sebelum tempoh 2 bulan dari tarikh kemalangan.

 

TEMPOH MASA CLAIM HIGHWAY

Setelah borang permohonan tuntutan diserahkan,berikut adalah tempoh prosedur yang akan dilaksanakan:

  1. Pihak lebuhraya akan menyemak segala butiran dengan memeriksa rakaman CCTV di lebuhraya.
  2. Pihak lebuhraya akan menyiasat sama ada kecuaian akibat lebuhraya.
    • Jika ya, mereka akan menanggung segala kos pembaikian. Jika kenderaan anda rosak atau musnah akibat kemalangan kerana kecuaian lebuhraya dan kenderaan anda turut menghentam pembahagi jalan atau lampu jalan, semua kos akan ditanggung lebuhraya.
    • Jika tidak kemalangan akibat kecuaian anda sendiri seperti memotong di laluan kecemasan dan melanggar lampu jalan, jadi anda perlu menanggung kos pembaikian lampu jalan
  3. Anggaan bayaran ganti rugi paling awal adalah dalam tempoh kurang sebulan selepas menghantar semula dokumen yang diperlukan.

NOTA: Tempoh masa ini tertakluk kepada pengurusan lebuh raya dan jalan persekutuan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:

1 thought on “CARA BUAT TUNTUTAN CLAIM HIGHWAY JIKA KEMALANGAN (Jalan Persekutuan PLUS KESAS LPT)”

  1. kereta saya telah mengalami kemalangan akibat langgar tayar lori yang berada di atas lebuhraya rawang pada 29/5 selepas itu saya ada call plusline ada juga pegawai plus datang mengambil gambar dan saya tidak mengambil nama legawai tersebut dan gambarnya kereta saya adalah kereta baru 2 tahun so saya ingin tahu cara claim kemalangan saya

    Balas

Leave a Comment