CARA BAYAR LOAN KERETA ONLINE MAYBANK(Bank Lain Juga)

CARA BAYAR LOAN KERETA ONLINE(MAYBANK/RHB BANK/PUBLIC BANK/CIMB BANK/AMBANK/AFFIN BANK)

CARA BAYAR LOAN KERETA

Kebanyakkan orang mesti memiliki sekurang-kurang sebuah kerata kan. Mungkin ada yang baru membeli kereta dan dah perlu start untuk buat bayaran pertama bulan ni. So dah boleh simpan duit siap-siap untuk bayar kereta pulak lepas ni.

Disini kami ingin kongsikan cara untuk bayar pinjaman/loan kenderaan (mostly kereta) secara online.Kepada sesiapa yang nak bayar pinjaman kereta secara online ni. Just follow beberapa langkah dibawah:

 

CARA BAYAR LOAN KERETA MAYBANK

Sekiranya anda membuat loan kenderaan dengan Maybank, anda harus daftarkan dahulu Online Banking Maybank anda. Berikut adalah cara pembayaran loan kenderaan:

  • layari maybank2u.com.my
  • Login akaun anda.
  • Klik ‘Accounts & Banking’ > ‘Bill Payments’ > ‘Make a One-off Payment’
  • Pilih ‘Maybank Loan & Hire Purchase’ > Klik ‘Continue’
  • Pilih ‘Maybank Hire Purchase’ > Klik ‘Continue’
  • Masukkan nombor pendaftaran kenderaan > Klik ‘Continue’
  • Jika nombor pendaftaran kenderaan yang dimasukkan betul, nama peminjam akan tertera. Semak dan pastikan nama yang tertera adalah sama dengan nama peminjam > Klik ‘Continue’
  • Masukkan jumlah yang nak/perlu dibayar > Klik ‘Continue’
  • Klik ‘Request for TAC’ > Masukkan nombor TAC. Klik ‘Confirm’.
  • Selesai pembayaran anda

 

CARA BAYAR LOAN KERETA RHB BANK

Sekiranya anda membuat loan kenderaan dengan RHB Bank, anda harus daftarkan dahulu Online Banking RHB Bank  anda. Berikut adalah cara pembayaran loan kenderaan:

  • layari https://logon.rhbbank.com.sg/
  • Login akaun anda.
  • Pilih Billpay> Other Biller> Open Payment>
  • Memasukkan OTP yang diterima
  • Cari “RHB / RHBIB Auto Finance (HP)” klik  Next
  • Masukkan jumlah yang nak/perlu dibayar > Klik ‘Continue’
  • Selesai pembayaran anda

 

CARA BAYAR LOAN KERETA PUBLIC BANK

 Sekiranya anda membuat loan kenderaan dengan Public Bank, anda harus daftarkan dahulu Online Banking PBe Bank  anda. Berikut adalah cara pembayaran loan kenderaan:

  • layari https://www.pbebank.com/
  • Login akaun anda.
  • Pilih Payment
  • Pilih PB Loan/Financing Payment
  • Pilih pada To Other Account atau To Favourite Account
  • Pilih From Account
  • Masukkan Nombor Akaun loan/financing pada Beneficiary Account No
  • Masukkan Beneficiary Name, Bank, dan Account No
  • Masukkan Jumlah Amaun (RM) dan klik Next
  • Klik Request PAC Now untuk dapatkan kod TAC. Masukkan kod TAC
  • Sahkan butiran yang dimasukkan dan klik pada Confirm untuk menyelesaikan bayaran

 

CARA BAYAR LOAN KERETA CIMB BANK

Sekiranya anda membuat loan kenderaan dengan CIMB Bank, anda harus daftarkan dahulu Online Banking CIMB Bank anda. Berikut adalah cara pembayaran loan kenderaan:

  • layari https://www.cimbclicks.com.my
  • Login akaun anda.
  • Pilih Pay & Transfer.
  • Pilih Pay Loans & Cards.
  • Masukkan nombor akaun pinjaman (Account Number)
  • Pilih Account yang ingin digunakan untuk bayaran.
  • Masukkan jumlah bayaran (Amount) dan Tanggal Bayaran (Payment Date)
  • Semak butiran pembayaran dan klik Make Payment

 

CARA BAYAR LOAN KERETA AMBANK

Sekiranya anda membuat loan kenderaan dengan AMBank, anda harus daftarkan dahulu Online Banking AM Bank anda. Berikut adalah cara pembayaran loan kenderaan:

  • layari https://ambank.amonline.com.my
  • Login akaun anda.
  • Pilih Pay & Transfer.
  • Pilih Pay Loans/Financing.
  • Pilih From Account.
  • Pilih Fav Account untuk membayar akaun masing-masing.
  • Masukkan maklumat seperti Amaun, No Contract/no plat dan lain-lain, klik Next.
  • Click Confirm, untuk selesaikan pembayaran.

 

CARA BAYAR LOAN KERETA AFFIN BANK

Sekiranya anda membuat loan kenderaan dengan Affin Bank, anda harus daftarkan dahulu Online Banking Affin Bank anda. Berikut adalah cara pembayaran loan kenderaan:

  • layari https://rib.affinonline.com/retail/
  • Login akaun anda.
  • Pilih menu My Accounts > Loan/Financing.
  • Masukkan jumlah bayaran (Amount)
  • Click Confirm, untuk selesaikan pembayaran.

Macam mana nak CARA TUKAR TRANSFER LIMIT?

 

SOALAN LAZIM

Apa Itu Pinjaman atau Loan Kereta?

Pinjaman atau loan kereta merupakan salah satu kategori pinjaman yang dilakukan oleh peminjam untuk melakukan tujuan pembelian kereta. Peminjam perlu membayar balik pinjaman termasuk faedah kepada pemberi pinjaman (iaitu bank) secara ansuran dalam jangka masa tertentu. Kegagalan mematuhinya boleh mengakibatkan kenderaan anda ditarik balik oleh pihak institusi kewangan atau bank.

Apakah Jenis Kadar Faedah?

Kadar faedah (kadar faedah tetap, boleh ubah, rata) secara tidak langsung mempengaruhi kos keseluruhan pinjaman anda. Kadar faedah rata atau flat interest rate merupakan kadar faedah yang biasa digunakan untuk pinjaman peribadi atau pinjaman sewa beli (loan kereta). Secara amnya, kadar faedah rata dikira berdasarkan jumlah pinjaman pokok (jumlah asal pinjaman) sepanjang tempoh pinjaman.

Berapakah Kadar Pinjaman yang dapat dibuat?

Setiap bank biasanya menawarkan kadar faedah pinjaman, jenis produk, fi dan caj yang berbeza. Oleh itu, anda disarankan untuk membandingkan kadar faedah pinjaman yang dikenakan oleh sekurang-kurangnya tiga institusi kewangan yang berbeza sebelum membuat keputusan.

1 thought on “CARA BAYAR LOAN KERETA ONLINE MAYBANK(Bank Lain Juga)”

Leave a Comment