CARA PEMBATALAN PENGELUARAN i-SINAR KWSP
Jika ahli KWSP ingin buat pembatalan pengeluaran i-Sinar KWSP,bermula 8 Mac 2021, para pencarum KWSP boleh membatalkan permohonan pengeluaran kemudahan i-Sinar KWSP.Bagaimanakah cara pembatalan pengeluaran i-Sinar KWSP?
Semua permohonan tersebut boleh dilakukan secara online di https://isinar.kwsp.gov.my/ tanpa perlu pergi ke mana-mana Pejabat KWSP untuk membuat permohonan.
Kemudahan pembatalan Pengeluaran i-Sinar hanya boleh dibuat SEKALI sahaja.
Bagi tujuan keselamatan, semua maklumat permohonan Pengeluaran i-Sinar terdahulu tidak akan dipaparkan.
Bayaran bulanan berulang akan terhenti dengan pembatalan Pengeluaran i-Sinar ini
SEMAKAN SYARAT PEMBATALAN PPENGELUARAN i-SINAR
Berikut adalah cara pembatalan pengeluaran i-Sinar:
- Layari laman web https://isinar.kwsp.gov.my/ dan klik bahagian ‘Pembatalan Pengeluaran.’
- Masukkan nama penuh dan no kad pengenalan.
- Klik butang ‘Batal.’
- Bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai cara pembatalan pengeluaran, sila ikuti gambar di bawah:
SOALAN LAZIM
Bolehkah saya membatalkan pengeluaran i-Sinar?
Boleh. Anda boleh membatalkan pengeluaran i-Sinar sekiranya permohonan tersebut telah diluluskan.
Bilakah tarikh akhir pencarum boleh memohon pembatalan i-Sinar?
Tarikh akhir pembatalan i-Sinar adalah sebelum 31 Disember 2021.
Bagaimanakah cara untuk membuat pembatalan pengeluaran i-Sinar?
Pengeluaran i-Sinar boleh dibatalkan melalui fungsi ‘PEMBATALAN PENGELUARAN’ di i-Sinar online.
Adakah proses pembatalan perlu dibuat setiap bulan?
Kemudahan pembatalan Pengeluaran i-Sinar hanya boleh dibuat SEKALI sahaja.
Adakah dipaparkan maklumat permohonan pengeluaran i-Sinar semasa membuat pembatalan i-Sinar?
Bagi tujuan keselamatan, semua maklumat permohonan Pengeluaran i-Sinar terdahulu tidak akan dipaparkan.
Adakah duit i-Sinar masih dibayar selepas buat pembatalan i-Sinar ?
Bayaran bulanan berulang akan terhenti dengan pembatalan Pengeluaran i-Sinar ini
Apakah kesan pembatalan pengeluaran i-Sinar?
Setelah pembatalan i-Sinar diluluskan, tiada bayaran seterusnya akan dibuat. Kesan pembatalan pengeluaran i-Sinar adalah bayaran seterusnya akan dihentikan.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Untuk pertanyaan lanjut mengenai kemudahan i-Sinar, sila hubungi pihak KWSP di talian 03-8922 6000 atau melayari https://www.kwsp.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Tags: #Bagaimanakah cara untuk membuat pembatalan pengeluaran i-Sinar? #Bilakah tarikh akhir pencarum boleh memohon pembatalan i-Sinar? #Bolehkah saya membatalkan pengeluaran i-Sinar? #CARA PEMBATALAN PENGELUARAN i-SINAR #SEMAKAN SYARAT PEMBATALAN PPENGELUARAN i-SINAR
Loke fook hong1 tahun ago
saya salah tekan pembatalan pengeluaran i sinar kwsp, sekarang nak sambung
pengeluaran i sinar kwsp bulan untuk masuk bank boleh tak?
Choo yen pin1 tahun ago
saya salah tekan perbatalan pengeluaran i sinar , nak sambung pengeluaran kwsp i sinar untuk masuk bank lagi?
Yakup bin brahim1 tahun ago
saya salah tekan pembatalan pengeluaran i sinar kwsp, sekarang nak sambung
pengeluaran i sinar kwsp bulan untuk masuk bank boleh tak?
Fauzie bin ahmad1 tahun ago
Saya telah tekan pembatalan pengeluaran isinar kwsp sekarang nak sambung pengeluaran isinar kwsp bulan untuk masuk bank boleh tak?
Mohammad Fadhil Bin Husin1 tahun ago
Macam mane nak batal kan pengeluaran i-sinar kwsp ?