SENARAI PILIHAN KERJAYA LEPASAN SPM(Cari Duit Guna SPM)

SENARAI PILIHAN KERJAYA LEPASAN SPM(Cari Duit Guna SPM)

KERJAYA LEPASAN SPM

Kepada para pelajar lepas SPM, adakah anda telah membuat perancangan anda selepas tamat SPM? Sekiranya anda ingin membuat pilihan kerjaya, disini kami akan kongsikan kepada anda senarai pilihan kerjaya lepasan SPM, semoga membantu.

 

PERANCANGAN HALATUJU LEPASAN SPM

Semestinya anda perlu mempunyai perancangan masa hadapan anda seperti:

  • Perancangan untuk menyambung pengajian
  • Perancangan untuk membina kerjaya/bekerja
  • Perancangan untuk berkahwin
  • Perancangan untuk berniaga

 

SENARAI PILIHAN KERJAYA LEPASAN SPM

Berikut adalah merupakan senarai kerjaya yang boleh anda membuat pilihan iaitu:

SENARAI KERJAYAKETERANGAN
Perkhidmatan Sekrot Awam
  • Anda boleh membuat permohoonan memasuki perkhidmatan awam kerana pelbagai faedah yang ditawarkan. Permohonan boleh dibuat menerusi portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam melalui sistem SPA9.
  • Terdapat pelbagai jawatan yang disediakan bagi lepasan SPM iaitu bagi gred 19. Anda boleh membuat pilihan jawatan sebanyak 15 pilihan dan sekiranya terdapat panggilan anda dikehendaki lulus peperiksaan online dan juga temudga.
Perkhidmatan Sektor Swasta
  • Anda juga boleh membuat permohonan berkhidmat dengan sektor swasta berdasarkan kemahiran yang anda miliki.
  • Terdapat banyak pilihan jawatan sektor swasta yang boleh dimohon dengan kelayakan SPM dengan kebanyakkan gaji yang ditawarkan adalah sekurang-kurangnya RM1,500 sehingga RM2,500 bagi permulaan.
Perkhidmatan Perkilangan
  • Anda juga boleh memasuki sektor perkilangan bagi permulaan untuk menambah ilmu kemahiran dan perkembangan bakat anda. Tawaran gaji di sektor perkilangan kini amat lumayan juga ditambahkan anda boleh membuat kerja lebih masa.
  • Namun pekerjaan ini memerlukan anda bekerja lebih keras sedikit dan masa bekerja adalah tidak menentu kerana kebanykkan perkilangan masa bekerja adalah mengikut shif dan bayaran akan dibuat berdasarkan masa kerja
Sektor Perkhidmatan penghataran
  • Pada peringkat awal anda boleh berkhidmat dalam sektor penghantaran ini bagi mengumpul pendapatan permulaan. Kini terdapat pelbagai agensi yang menawarkan khidmat penghantaran ini seperti Grabfood, Foodpanda, Lalamove dan pelbagai lagi.
  • Namun sebagai syarat asas anda hendaklah mempunyai lesen memandu terlebih dahulu. Pendapatan bagi khidmat penghantaran ini adalah bergantung kepada kerajinan dan usaha anda.
Sektor Perniagaan
  • Bagi yang minat dalam sektor perniagaan, anda juga boleh bermula dengan melakukan perniagaan awal bagi mengembangkan bakat, pengalaman dan kemahiran anda.
  • Berniaga ni sebenarnya boleh mendapatkan keuntungan sekiranya anda bersungguh-sungguh. Namun keuntungan yang diperoleh adalah bergantung kepada usaha masing-masing.

 

ARTIKEL BERKAITAN:

1 thought on “SENARAI PILIHAN KERJAYA LEPASAN SPM(Cari Duit Guna SPM)”

Leave a Comment