CARA DAFTAR KEMATIAN DI JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN)

CARA DAFTAR KEMATIAN DI JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN)

CARA DAFTAR KEMATIAN DI JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN)

Bagaimanakah cara untuk daftar kematian di Jabatan Pendaftaran Negara(JPN)?Adakah perlu membuat temujanji terlebih dahulu?

 

Perkhidmatan Tanpa Janji Temu Di Pejabat JPN bagi pejabat JPN di negeri yang telah berada pada fasa 3 & 4 PPN kehadiran pelanggan secara walk in diterima berdasarkan kapasiti dan keupayaan pejabat dari aspek pemantuhan penjarakan fizikal.

 

Bagi Urusan Pendaftaran Kelahiran & Kematian pelanggan boleh hadir tanpa janji temu di Pejabat JPN yang berhampiran.

 

 

Apakah dokumen yang diperlukan untuk daftar kematian di Jabatan Pendaftaran Negara(JPN)?

 

Sila semak disini untuk menyediakan dokumen yang diperlukan bagi urusan daftar kematian di Jabatan Pendaftaran Negara(JPN)? www.jpn.gov.my/

Jika anda sebagai anak kepada si mati,anda hanya perlu bawa Kad Pengenalan IC dan salinan Sijil Kematian je.

 

Jika anda sebagai isteri/suami kepada si mati,anda perlu bawa Sijil Perkahwinan dengan salinan Sijil Kematian.

 

Bagaimanakah cara nak dapatkan Pengesahan Kematian?

Anda boleh dapatkan daripada hospital yang mengesahkan kematian.

 

Terdapat 2 kaedah untuk urusan daftarkan kematian.

 

Kaedah 1 : Pendaftaran Melalui Agensi Pengesah Kematian Iaitu Hospital, PDRM Atau DBKL

 

TINDAKAN AGENSI PENGESAH KEMATIAN (HOSPITAL, PDRM & DBKL)

  • Menerima maklumat kematian daripada pemaklum;
  • Mengesah dan mengeluarkan Daftar Kematian / Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin.1/11) dan menyerahkan berwarna biru kepada pemaklum kematian;
  • Menghantar salinan Daftar Kematian / Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin.1/11) berwarna kelabu kepada JPN yang berhampiran dalam masa 7 hari bekerja dan JPN akan merekodkan maklumat kematian di dalam sistem I-JPN. Pemaklum atau waris si mati boleh mengambil sijil kematian di pejabat JPN yang telah ditetapkan.

 

DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN OLEH PEMAKLUM ATAU WARIS SI MATI SEMASA HADIR KE PEJABAT JPN

  • Salinan Daftar Kematian/Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin.1/11) yang berwarna biru;
  • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri si mati yang asal;
  • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemaklum; (asal dan salinan);
  • Perakuan oleh Pengamal Perubatan mengenai sebab-sebab kematian yang asal [Borang JPN.LM09 atau JPN.LM10 (Post Mortem)] sekiranya kematian berlaku di hospital.

 

INDIVIDU YANG LAYAK MEMBUAT KUTIPAN SIJIL KEMATIAN

  • Ibu atau bapa si mati;
  • Suami atau isteri si mati;
  • Anak-anak si mati;
  • Adik-beradik kandung si mati
  • Pemaklum kepada kematian yang tercatat dalam Daftar Kematian/Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin. 1/11).

 

BAYARAN

Tiada bayaran dikenakan.

 

Kaedah 2 : Pendaftaran Melalui Waris Si Mati Atau Pemaklum Kematian

 

TINDAKAN WARIS SI MATI ATAU PEMAKLUM

  • Melaporkan kematian kepada Agensi Pengesah Kematian (Hospital atau Polis atau DBKL);
  • Menerima salinan Daftar Kematian/Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin.1/11) berwarna biru daripada agensi pengesah kematian;
  • Menyerahkan satu salinan JPN.LM02 (Pin.1/11) kepada Penjaga Tanah Kubur untuk tujuan pengebumian; dan
  • Hadir ke JPN berdekatan untuk mendaftar dan mendapatkan Sijil Kematian.

 

DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN OLEH WARIS SI MATI SEMASA HADIR KE PEJABAT JPN

  • Salinan Daftar Kematian/Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin.1/11) yang berwarna biru;
  • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri si mati yang asal;
  • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemaklum; (asal dan salinan);
  • Perakuan oleh Pengamal Perubatan mengenai sebab-sebab kematian yang asal [Borang JPN.LM09 atau JPN.LM10 (Post Mortem)] sekiranya kematian berlaku di hospital.

 

INDIVIDU YANG LAYAK MEMBUAT KUTIPAN SIJIL KEMATIAN

  • Ibu atau bapa si mati;
  • Suami atau isteri si mati;
  • Anak-anak si mati;
  • Adik-beradik kandung si mati
  • Pemaklum kepada kematian yang tercatat dalam Daftar Kematian/Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin. 1/11).

 

BAYARAN

Tiada bayaran dikenakan.

 

ARTIKEL LAIN

CARA TUNTUT/CLAIM KHAIRAT KEMATIAN PERKESO (Prosedur & Dokumen )

CARA TUNTUT/CLAIM KHAIRAT KEMATIAN ASB (Prosedur & Dokumen )

CARA TUNTUT/CLAIM KHAIRAT KEMATIAN KWSP (Prosedur & Dokumen )

CARA TUNTUT/CLAIM KHAIRAT KEMATIAN JPA(Prosedur & Dokumen )

PERMOHONAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN (SKK) BKM 2022

 

 

Leave a Comment