CARA TUNTUTAN INSENTIF PENGELUARAN GETAH(IPG)

CARA TUNTUTAN INSENTIF PENGELUARAN GETAH(IPG)

CARA TUNTUTAN INSENTIF PENGELUARAN GETAH(IPG)

APA ITU INSENTIF PENGELUARAN GETAH(IPG)

Insentif Pengeluaran Getah (IPG) merupakan initiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan bagi membantu pekebun kecil getah di Negara ini menangani impak kejatuhan harga getah ke atas pendapatan mereka.

IPG diaktifkan apabila harga purata bulanan SMR 20 FOB berada di bawah paras RM6.10 se kilogram ATAU purata bulanan harga cuplump/sekerap di bawah paras RM2.50 se kilogram.

Contoh: Harga Purata peringkat ladang adalah RM2.00 sekilo.

Bayaran insentif yang akan diberikan adalah RM0.50 bagi setiap kilogram.

Pekebun kecil getah warganegara Malaysia yang mempunyai keluasan kebun getah kurang dari 100 ekar atau 40.46 hektar dan memiliki Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G) yang dikeluarkan oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi pekebun kecil di Semenanjung layak memohon IPG. Manakala bagi pekebun kecil di Sabah dan Sarawak masing-masing dikeluarkan oleh Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dan Jabatan Pertanian Sarawak (JPS).

IPG boleh dituntut melalui dua (2) cara, menerusi bantuan Pelesen/Wakil Pekebun Kecil Getah atau menghantar sendiri ke pejabat LGM terdekat.

Borang permohonan IPG akan disemak, jika lengkap keratan pengesahan penerimaan borang tuntutan IPG akan diserahkan. Keratan tersebut perlu disimpan oleh pekebun kecil sebagai bukti penyerahan borang tuntutan IPG. Seterusnya permohonan akan diproses dan IPG akan bayar terus ke akaun pekebun kecil.

 

Berikut adalah cara tuntutan Insentif Pengeluaran Getah(IPG) :

 

KERAJAAN AKTIFKAN INSENTIF PENGELUARAN GETAH(IPG) BAGI FEBRUARI DAN MAC 2020.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) mengaktifkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi Februari dan Mac untuk membantu meringankan beban kejatuhan harga komoditi itu dalam kalangan pekebun.

Perkara ini dimaklumkan oleh  Timbalan Menteri 1 Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), Datuk Seri Wee Jeck Seng, berkata harga getah bagi kedua-dua bulan itu jatuh menyebabkan kerajaan membenarkan perlanjutan masa bagi penghantaran borang tuntutan Februari hingga 20 April ini.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata pekebun kecil getah diminta segera membuat pendaftaran bagi membolehkan mereka memperoleh bantuan.

SYARAT- SYARAT PENERIMA IPG

Hanya pemohon yang memenuhi syarat berikut sahaja layak menerima Insentif IPG:

 

  • Pekebun Kecil
  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki PAT-G
  • Memiliki kebun bersaiz kurang dari 100 ekar
  • Menjual getah – Lateks, USS dan cuplump

DOKUMEN SOKONGAN IPG

Antara dokumen sokongan yang diperlukan untuk membuat tuntutan IPG adalah:

 

  • Borang tuntutan IPG
  • Salinan PAT-G (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  • Resit jualan getah
  • Persetujuan pembahagian IPG (jika perlu)
  • Salinan penyata / buku bank

PENGESAHAN PENGHANTARAN BORANG TUNTUTAN IPG

 

CARA TUNTUTAN INSENTIF PENGELUARAN GETAH(IPG)

PROSES TUNTUTAN IPG PEKEBUN KECIL INDIVIDU

 

CARA TUNTUTAN INSENTIF PENGELUARAN GETAH(IPG)

SUMBANGAN INDUSTRI GETAH KEPADA DUNIA DIKALA PENULARAN WABAK COVID-19

Kilang pemprosesan getah perlu beroperasi bagi memenuhi permintaan getah diproses. Ini bagi memastikan pemprosesan getah tidak terganggu dan memenuhi permintaan getah diproses daripada kilang industri pembuatan sarung tangan dan peralatan perubatan berasaskan getah yang berkaitan.

Lembaga Getah Malaysia (LGM yang) membenarkan pekebun kecil dan pelesen beroperasi dengan syarat mematuhi arahan Kementerian Kesihatan dari semasa ke semasa.

SYARAT DIBERI KEBENARAN KEPADA PENOREH UNTUK BEKERJA

Lembaga Getah Malaysia (LGM yang) membenarkan pekebun kecil dan pelesen beroperasi dengan syarat mematuhi arahan Kementerian Kesihatan dari semasa ke semasa.Berikut adalah syarat :

  • penoreh dan pekebun juga perlu mematuhi penjarakan sosial yang ditetapkan iaitu satu meter antara satu sama lain.
  • Penoreh atau pekebun harus berada dalam keadaan sihat tanpa gejala-gejala COVID-19 seperti demam, sakit tekak, batuk berlarutan dan susah bernafas.
  • pekebun kecil juga perlu memastikan tidak ada kontak dengan mereka yang disyaki atau positif COVID-19.
  • Mereka juga tidak dibenarkan untuk membawa ahli keluarga ketika menorehSebarang pertanyaan lanjut mengenai IPG boleh dirujuk ke pejabat LGM berhampiran seperti talian berikut:-

    Pej. LGM Wilayah Utara (Ipoh) 05-5485048
    Pej. LGM Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang (Sg. Petani) 04-4484205
    Pej. LGM Wilayah Tengah (Seremban) 06-7655801
    Pej. LGM Wilayah Selatan (Segamat) 07-9317198
    Pej. LGM Wilayah Sarawak 082-447 977 / 082-442 977

    atau menerusi emel [email protected] .

2 thoughts on “CARA TUNTUTAN INSENTIF PENGELUARAN GETAH(IPG)”

    • biasanya pembeli getah y uruskan tuntutan ini, cuba puan rujuk risda, tp ada sistem terbaru puan tntg tuntutan isentif getah ni..sy belum tulis lg tntg sistem tuntutan terbaru tu..lupa plak sy apa nama insentif tu…inshaallah ada msa sy tulis tntg cara tuntutan isentif getah terbaru

      Balas

Leave a Comment