Isi Kandungan
INSENTIF PENGELUARAN LATEKS IPL(Semakan Harga & Bila Bayaran)
Lembaga Getah Malaysia (LGM) kini mengambil pendekatan baharu untuk mengatasi cabaran pengeluaran susu getah yang rendah di negara in melalui insentif pengeluaran lateks (IPL)i. Disini kami akan kongsikan kepada anda mengenail IPL, semoga membantu.
APA ITU INSENTIF PENGELUARAN LATEKS (IPL)
Program Insentif Pengeluaran Getah (IPL) diperkenalkan bertujuan untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah dengan menambah baik rantaian bekalan bahan mentah getah melalui peniaga getah atau koperasi serta menggalakkan untuk mengeluarkan lateks bagi menampung bekalan lateks negara untuk sektor hiliran.
Melalui model baharu IPL ini, model perniagaan bekalan lateks yang lebih berkesan telah dibangunkan dengan memendekkan rantaian pemasaran melalui jualan lateks daripada pekebun kecil secara terus kepada kilang pemproses. Ini sekaligus meningkatkan harga jualan lateks dan pendapatan pekebun kecil getah.
SASARAN IPL
Berikut adalah merupakan sasaran bagi program ini iaitu:
- Pemerkasaan melalui projek rintis
- Memperkenalkan model baharu pada peringkat awal projek untuk mengoptimumkan pengeluaran lateks di negeri/kawasan terpilih
- Memendekkan rantaian penjualan dan pembelian
- Urus niaga hasil lateks menjadi lebih berkesan dan memberi kelebihan kepada pekebun kecil getah
JENIS INSENTIF IPL
Tedapat 4 Insentif Pekebun Kecil Getah Beralih Kepada PengeluaranLateks Melalui IPL iaitu:
- Bayaran Insentif Penyertaan RM200 sebulan.
- Insentif bulanan pengeluaran lateks berjumlah RM2 sekilogram berdasarkan 100 peratus kandungan getah kering.
- Bayaran Insentif Galakan berjumlah RM100 setiap bulan dengan tempoh terhad selama setahun.
- Insentif Produktiviti berdasarkan produktiviti tahunan yang mencapai sasaran produktiviti antara 1,000 ke 1,499 kilogram bagi setiap hektar setahun (Kluster 1) dan 1,500 kilogram ke atas setiap hektar setahun (Kluster 2).
TAWARAN INSENTIF IPL
Berikut adalah merupakan tawaran bagi setiap katagori iaitu:iaitu:
Tawaran Insentif IPL Pekebun Kecil | |
Tawaran Insentif IPL Kilang Pemproses | |
Tawaran Insentif IPL Kilang Produk getah |
TARIKH BAYARAN INSENTIF IPL
Insentif bulanan pengeluaran lateks berjumlah RM2 sekilogram berdasarkan 100 peratus kandungan getah kering. Bayaran Insentif Galakan berjumlah RM100 setiap bulan dengan tempoh terhad selama setahun
MAKLUMAT LANJUT INSENTIF PENGELUARAN LATEKS IPL
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Program Insentif Pengeluaran Getah (IPL), anda boleh merujuk pada saluran berikut:
- Laman web rasmi kpk.gov.my
- Laman web rasmi lgm.gov.my
- Facebook Rasmi Lembaga Getah Malaysia (LGM)
- Facebook Kementerian Perladangan dan Komoditi – KPK
ARTIKEL LAIN:
susah cara mcm ni, ramai orng2 tu yg x thu nk guna cara ni, sy orng muda pun rasa susah
biasanya pembeli getah y uruskan tuntutan ini, cuba puan rujuk risda, tp ada sistem terbaru puan tntg tuntutan isentif getah ni..sy belum tulis lg tntg sistem tuntutan terbaru tu..lupa plak sy apa nama insentif tu…inshaallah ada msa sy tulis tntg cara tuntutan isentif getah terbaru