SEMAKAN BMT 2023 RM800 (PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA)
Ada ke Bantuan Musim Tengkujuh bagi tahun 2023? Ya ada,ia juga dipanggil sebagai BMT 2023. Mereka yang layak akan menerima bantuan bagi setiap seorang daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan, semoga membantu.
APA ITU BMT 2023?
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) ini diwujudkan bagi meringankan beban pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas pendapatan mereka akibat tidak dapat menjalankan aktiviti berkebun seperti biasa setiap kali tibanya musim hujan.
KADAR BANTUAN BMT 2023
- Bantuan Musim Tengkujuh tahun 2023 diberikan sebanyak RM800 seorang kepada penerima yang layak dan akan dibayar sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh empat bulan
TARIKH BAYARAN BMT 2023
Bayaran bantuan itu akan dibuat sebanyak empat kali iaitu RM200 pada setiap bulan sebanyak 4 sbulan (tarikh akan dikemaskini)
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN BMT 2023
Berikut adalah syarat kelayakan BMT:
SYARAT KELAYAKAN PEKEBUN KECIL RISDA
- Warganegara Malaysia sahaja.
- Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA.
- Memiliki keluasan tanah 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar secara agregat.
- Pemilik tanah yang sah
- Satu 1 lot tanah hanya seorang penerima bantuan sahaja (tanpa mengira bilangan ahli kongsi).
- Seorang pekebun kecil hanya layak menerima sekali sahaja.
SYARAT KELAYAKAN PENOREH BUKAN PEMILIK
- Warganegara Malaysia.
- Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA.
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
- Mempunyai pengesahan pemilik tanah yang sah.
- Seorang penerima sahaja untuk 1 lot
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah.
- Seorang penoreh hanya layak menerima sekali sahaja.
CARA PERMOHONAN BMT 2023
Berikut adalah cara permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 2023:
- Bagi pengusaha kebun kecil yang berkelayakan boleh membuat permohonan secara online di pautan https://pekebunkecilmakmur.com.my/
Anda perlu sediakan dokumen berkaitan seperti berikut:
BAGI PEKEBUN KECIL PEMILIK
- Kad Pengenalan pemohon dan salinan.
- Geran asal tanah dan salinan.
- Salinan buku akaun bank yang aktif.
BAGI PENOREH BUKAN PEMILIK
- Kad Pengenalan pemohon dan salinan.
- Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah.
- Salinan geran lot yang ditoreh.
- Salinan buku akaun bank yang aktif.
- Salinan Kad PAT-G yang masih masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G.
- Surat pengesahan daripada pemilik tanah/wakil yang sah.
SEMAKAN BMT 2023
Semakan online boleh dibuat melalui laman web Semakan Bantuan Musim Tengkujuh
BAGAIMANA JIKA GAGAL PERMOHONAN BMT 2023
Bagi yang telah membuat permohonan dan permohonan anda tidak berjaya, anda boleh menghubungi mana-mana pejabat RISDA yang berhampiran untuk membuat temujanji.
SOALAN LAZIM (FAQ) BMT 2023
Apa Maksud Pekebun Kecil Yang Berdaftar Dengan RISDA?
- Mereka yang tersenarai di dalam Sistem Maklumat Pekebun Kecil RISDA dan mempunyai Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC).
- Bagi penoreh bukan pemilk yang tiada dalan senarai di atas, pengisian borang BMT dikira anda berdaftar dengan RISDA.
- Bagi pekebun kecil pemilik dan juga penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan agensi berikut, pengisian borang BMT berserta dengan surat pengesahan dari agensi berikut dikira sebagai berdaftar dengan RISDA, iaitu:
- Lembaga Getah Malaysia (LGM)
- Jabatan Pertanian Sarawak (JPS)
- Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS)
- Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
- Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA)
- Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
- Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
- Lain-lain sumber agensi
Apa Maksud Penoreh Bukan Pemilik?
- Mereka yang menorah getah di ladang sebagai pekerjaan utama dan tidak memilik tanah kebum tersebut.
Apa Maksud Pekebun Kecil Pemilik?
- Mereka yang memiliki tanah, menguruskan dan mengusahakannya sendiri.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi hotline BMT RISDA melalui nombor di bawah: Hotline BMT RISDA 03-4256 4022
Atau
PEJABAT RISDA,BANGUNAN RISDA,KM 7, JALAN AMPANG,KARUG BERKUNCI,11067,50990 KUALA LUMPUR.
BORANG PERMOHONAN BMT ONLINE
Bantuan musim tengkujuh
Borang permohonan bmt 2021
Saya pemilik dan penoreh, tanah berstatus NCR,Tiada no.lot dan no.geran tanah,macam mana hendak memohon BMT?Tolong bagi pencerahan…terima kasih.
terima kasih kongsi
BMT 2022 belum dapat ini Lagi bmt 2023
Kenapa duit tangkuju yang bulan11dan bulan12 tahun 2022 lembaga sabah belum bayar dengan pekebun kecil