Isi Kandungan
INISIATIF PENDAPATAN RAKYAT IPR LOGIN (Cara Daftar Kali Pertama)
Kepada warga golongan berpendapatan B40 dan miskin tegar, kerajaan kini telah memperkenalkan inisiatif baharu untuk membantu meningkatkan pendapatan rakyat terutamanya keluarga miskin tegar dan B40 iaitu Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR). Disini kami akan kongsikan cara untuk membuat permohonan dan syarat kelayakan, semoga membantu.
APA ITU IPR
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) menfokuskan dengan strategi serampang dua mata untuk menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40 pada masa yang sama berusaha menyelesaikan masalah ekonomi harian menerusi inisiatif-inisiatif IPR.
IPR menumpukan usaha membasmi kemiskinan dan menambah pendapatan rakyat menerusi inisiatif pertanian, perniagaan makanan dan operator perkhidmatan. IPR akan mewujudkan ekosistem antara pemohon, pemegang taruh dan masyarakat setempat.
OBJEKTIF IPR
Inisiatif Pendapatan Rakyat atau IPR ini telah dijalankan oleh Kementerian Ekonomi bagi mencapat tiga (3) objektif berikut:
- Fokus dengan strategi serampang dua mata untuk menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40 pada masa yang sama berusaha menyelesaikan masalah ekonomi harian menerusi inisiatif-inisiatif IPR.
- Menumpukan usaha membasmi kemiskinan dan menambah pendapatan rakyat menerusi inisiatif pertanian, perniagaan makanan dan operator perkhidmatan
- Mewujudkan ekosistem antara pemohon, pemegang taruh dan masyarakat setempat.
KELEBIHAN IPR
Melalui program Inisiatif Pendapatan Rakyat ini, kerajaan menyasarkan peserta akan berupaya untuk menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan bagi membolehkan mereka keluar daripada garis kemiskinan. Kerajaan telah menetapkan sasaran 100,000 penerima yang akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini.
SYARAT KELAYAKAN INISIATIF PENDAPATAN RAKYAT
Berikut adalah merupakan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan kepada pemohon iaitu:
- Warganegara Malaysia
- Pemohon adalah daripada golongan berpendapatan B40 dan miskin tegar
KATEGORI INISIATIF PENDAPATAN RAKYAT
Berikut adalah merupakan katagori IPR yang disasarkan iaitu:
- Usahawan Tani
- Usahawan Makanan
- Operator Perkhidmatan
SASARAN PENGGERAK INISIATIF PENDAPATAN RAKYAT
Berikut adalah merupakan sasaran penggerak IPR untuk membantu atau dipadankan dengan golongan pemohon ini iaitu:
INISIATIF USAHAWAN TANI (INTAN) |
|
INISIATIF USAHAWAN MAKANAN (INSAN) |
|
INISIATIF OPERATOR PERKHIDMATAN (IKHSAN) |
|
CARA DAFTAR IPR INISIATIF PENDAPATAN RAKYAT
Sebagai pengguna kali pertama, seharusnya anda mendaftar terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya:
- Layari pautan pendaftaran Inisiatif Pendapatan Rakyat
- Isikan maklumat yang diperlukan sepeti:
- Nama Penuh
- E-mel
- Kata Lalaun
- Pengesahan Kata Laluan
- Setelah lengkap klik pada hantar
CARA PERMOHONAN INISIATIF PENDAPATAN RAKYAT
Setelah selesai proses pendaftaran, berikut adlaah merupakan cara membuat permohonan:
- Layari pautan permohonan Inisiatif Pendapatan Rakyat
- Log masuk menggunakan e-mel dan kata laluan anda
- Log masuk menggunakan e-mel dan kata laluan anda
- Pilih katagori yang anda inginkan
- Lengkapkan permohonan anda dengan mengisi segala butiran yang perlu dilengkapkan dan tekan butang HANTAR.
MAKLUMAT LANJUT IPR INISIATIF PENDAPATAN RAKYAT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai IPR, anda boleh melayari portal rasmi Inisiatif Pendapatan Rakyat di pautan https://ipr.epu.gov.my/
ARTIKEL BERKAITAN