GERAN PEMULIHAN INDUSTRI KREATIF (GPIK) PENJANA

GERAN PEMULIHAN INDUSTRI KREATIF (GPIK) PENJANA

GERAN PEMULIHAN INDUSTRI KREATIF

Pelan PENJANA bagi Industri Kreatif adalah pelbagai inisiatif pemulihan bagi industri kreatif di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek PENJANA, yang akan ditadbir dan diurus oleh MyCreative Ventures, di bawah kawalselia Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

APA ITU GERAN PEMULIHAN INDUSTRI KREATIF (GPIK)

Ia telah dirangka khas untuk membantu industri seni, budaya, hiburan dan pementasan, samaada di kalangan penggiat mahupun perniagaan yang terkesan dengan pandemik COVID-19 untuk bangkit semula menjalankan aktiviti kreatif mereka.

OBJEKTIF

Objektif utama adalah untuk membolehkan aktiviti dan perniagaan industri kreatif dimulakan semula  demi kelangsungan pendapatan penggiat industri yang amat bergantung kepadanya.

SENARAI BANTUAN GPIK

Bantuan – bantuan berikut ditawarkan di bawah inisiatif GPIK:

GERAN PEMENTASAN ACARA & PAMERAN DIGITAL (GPIK PEMENTASAN DIGITAL)

Tujuan

Bantuan untuk memulakan semula acara langsung, persembahan dan pertunjukan kreatif yang tertunda akibat COVID-19

Projek yang disokong hendaklah relevan dengan definisi industri kreatif yang didokong oleh MyCreative Ventures dan KKMM.

Skop Bantuan

Bantuan meliputi :

  • Bantuan kos untuk menerapkan aspek digital dan tontonan atas talian kepada pementasan acara langsung dan persembahan
  • Bantuan untuk kos tambahan bagi menerapkan ciri-ciri keselamatan awam akibat Covid-19,
  • Bantuan untuk kos untuk mengatur semula acara yang telah tertunda akibat Covid-19
  • Sebarang kos yang dipertimbangkan.

Syarat Khusus

  • Syarikat (Sdn Bhd)
  • Lebih 50% pemilikan sah dan kepentingan terletak pada Warganegara Malaysia
  • Sekurang-kurangnya RM20,000 modal berbayar.
  • Acara langsung, persembahan atau pertunjukan yang dirancang hendaklah dilangsungkan di dalam negara.
  • Mengemukakan bukti bahawa projek yang dirancang telah tertunda atau akan mengalami kos tambahan akibat Covid-19.
  • Pemohon bukan subjek dalam sebarang perintah penggulungan.

 

Pusingan

Tarikh Penerimaan Permohonan

Pusingan 1

30 Julai 2020

 

Pusingan 2

31 Ogos 2020

 

Pusingan 3

1 Oktober 2020

 

Pusingan 4

2 November 2020

GERAN SASTERA & TERBITAN BUKU (GPIK SASTERA) – permohonan akan dibuka pada 28 Julai 2020

Tujuan

Bantuan kepada penerbit-penerbit buku tempatan dan majalah serta karyawan buku demi merangsang dan memudahcara kelangsungan aktiviti kajian, penulisan, penerbitan dan jualan karya buku sastera tempatan, serta mempromosi karya-karya sastera tempatan, karya fiksyen, karya bukan fiksyen, novel grafik, buku komik, puisi, biografi, kajian dan laporan.

Skop Bantuan

Bantuan meliputi :

  • Bantuan kos untuk menerapkan aspek digital dan saluran jualan atas talian kepada operasi syarikat.
  • Sokongan kos promosi jualan secara atas talian dan penghantaran bagi karya terbitan tempatan
  • Bantuan kos pengeluaran manuskrip pertama
  • Sebarang kos yang dinilaikan sebagai wajar.

Syarat khusus

  • Terbuka untuk individu, perniagaan, pertubuhan, perkongsian atau syarikat yang ditubuhkan di Malaysia sahaja
  • Warganegara Malaysia untuk individu
  • Untuk syarikat atau perkongsian, lebih 50% pemilikan sah dan kepentingan terletak pada Warganegara Malaysia.
  • Pemohon bukan subjek dalam sebarang perintah penggulungan (untuk Syarikat) atau individu yang muflis (untuk individu).

 

Jumlah bantuan

Bergantung pada permohonan

 

Pusingan

Tarikh Penerimaan Permohonan

Pusingan 1

31 Ogos 2020

 

Pusingan 2

1 Oktober 2020

 

Pusingan 3

2 November 2020

 

GERAN FILEM CEREKA SENI ATAU FESTIVAL (GPIK FILEM SENI)

Tujuan

Untuk membantu kelangsungan dan pemulihan filem cereka seni atau filem cereka festival tempatan melalui pembangunan dan penerbitan filem-filem berkenaan, termasuk filem dokumentari

Output

Hasil kerja sama ada dalam bentuk filem, filem pendek, dokumentari atau dokumentari pendek

Syarat khusus

  • Syarikat (Sdn Bhd)
  • Lebih 50% pemilikan sah dan kepentingan terletak pada Warganegara Malaysia
  • Modal berbayar yang berpatutan dengan jumlah bantuan yang dipohon.
  • Mengemukakan kertas cadangan dan/atau pitch trailer-teaser.
  • Pemohon bukan subjek dalam sebarang perintah penggulungan.

Hak Milik (IP)

Projek menjadi hak milik penerima dana

Penerima dana perlu mendaftar IP mereka kepada MyIPO

Pusingan

Tarikh Penerimaan Permohonan

Pusingan 1

30 Julai 2020

 

Pusingan 2

31 Ogos 2020

 

Pusingan 3

1 Oktober 2020

 

Pusingan 4

2 November 2020

Baca tentang GERAN PEMASARAN DAN PROMOSI DIGITAL (GPPD) PENJANA

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN MEMOHON

Kelayakan umum:

  • Penggiat dan perniagaan di dalam bidang industri kreatif;
  • Warganegara Malaysia dan/atau syarikat yang majoriti pemilikan adalah warganegara Malaysia; dan
  • Rekod pengalaman selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan di dalam bidang yang berkaitan dengan bantuan yang dipohon di bawah inisiatif ini.

TARIKH PERMOHONAN GPIK

Permohonan untuk Geran Pementasan Acara & Pameran Digital dan Geran Filem Cereka Seni atau Festival dibuka dari 16 haribulan Julai 2020 sehingga seluruh dana diguna pakai.

Permohonan untuk Geran Sastera & Penerbitan Buku dibuka dari 28 haribulan Julai 2020 sehingga seluruh dana diguna pakai.

CARA PERMOHONAN  GERAN PEMULIHAN INDUSTRI KREATIF MYCREATIVE

Lengkapkan Pemohonan Geran Pemulihan Industri Kreatif  secara atas talian melalui laman web MyCreative Ventures www.mycreative.com.my mulai 16 Julai 2020.

Pemohon dikehendaki melengkapkan permohonan dan menyediakan maklumat yang berikut antaranya seperti:

  • Pengenalan tentang pemohon – perincian mengenai individu, syarikat, persatuan dan/atau pertubuhan
  • Portfolio & Sejarah (harus mempunyai rekod prestasi terdahulu dan sedia ada yang memuaskan, )
  • Projek yang dicadangkan dan bantuan yang diperlukan
  • Bahan sokongan projek dan dokumen.

Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat asas seperti yang disenaraikan di S4 akan ditolak. Walaubagaimanapun, anda akan dimaklumkan melalui e-mel dan masih berpeluang untuk mengemukakan permohonan yang lebih lengkap.

Pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi dalam masa dua minggu selepas tempoh permohonan ditutup dan mungkin akan dipanggil untuk sesi pembentangan serta temuduga;

Dalam masa dua minggu selepas sesi penilaian dibuat, pemohon yang berjaya dan juga yang tidak berjaya akan dimaklumkan oleh MyCreative menerusi email.

Pemohon yang berjaya perlu menandatangani surat perjanjian dengan pihak MyCreative.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sebarang pertanyaan hendaklah disalurkan kepada [email protected] atau temujanji boleh dibuat untuk membincangkan permohonan anda secara terperinci.

 

Tags: #CARA PERMOHONAN  GERAN PEMULIHAN INDUSTRI KREATIF MYCREATIVE #GPIK FILEM SENI #GPIK PEMENTASAN DIGITAL #GPIK SASTERA

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    SKIM BANTUAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM(UA)/POLITEKNIK(Anak-Anak Veteran ATM)
    SKIM BANTUAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM(UA)/POLITEKNIK(Anak-Anak Veteran ATM)   APA ITU JABATAN HAL
    BANTUAN KHAS COVID 19 NADMA:SEMAKAN PERMOHONAN & BORANG BANTUAN KHAS COVID 19 RM100 SEHARI
    BANTUAN KHAS COVID 19 NADMA:SEMAKAN PERMOHONAN & BORANG BANTUAN KHAS COVID 19 RM100
    SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIPk:BORANG PERMOHONAN & SEMAKAN BANTUAN
    SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIPk:BORANG PERMOHONAN & SEMAKAN BANTUAN   Untuk makluman,Majlis Agama Islam
    MySPR SEMAK:SEMAKAN MAKLUMAT PENGUNDIAN (Check Tempat Mengundi & Saluran)
    MySPR SEMAK:SEMAKAN MAKLUMAT PENGUNDIAN (Check Tempat Mengundi & Saluran)   APA ITU MySPR

    Leave a reply "GERAN PEMULIHAN INDUSTRI KREATIF (GPIK) PENJANA"