MySPR SEMAK:SEMAKAN MAKLUMAT PENGUNDIAN (Check Tempat Mengundi & Saluran)

MySPR SEMAK :SEMAKAN MAKLUMAT PENGUNDIAN (Check Tempat Mengundi & Saluran)

MySPR SEMAKSEMAKAN MAKLUMAT PENGUNDIAN (Check Tempat Mengundi & Saluran)

 

APA ITU MySPR SEMAK?

Aplikasi MySPR Semak yang dibangunkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memudahkan orang ramai membuat semakan maklumat pengundian SPR memperkenalkan aplikasi telefon pintar ‘MySPR Semak’ untuk membantu pemilih menyemak maklumat penting berkaitan proses pilihan raya.

Pemilih boleh membuat semakan daftar pemilih dengan hanya memasukkan nombor kad pengenalan dan semua maklumat daftar pemilih boleh didapati. Maklumat lengkap yang disediakan meliputi lokaliti, daerah mengundi, maklumat DUN, Parlimen, pusat mengundi serta saluran saluran mengundi bagi setiap pemilih.

Selain itu, maklumat calon-calon yang bertanding serta keputusan PRU juga boleh disemak melalui aplikasi ini.

Penggunaan aplikasi ini sangat meluas. Kepada individu, mereka boleh menyemak maklumat peribadi mereka dalam daftar pemilih. Ia juga memudahkan banyak pihak, sebagai contoh pihak media untuk menyemak maklumat calon dan keputusan PRU yang lepas.

Bagi parti-parti politik mereka boleh menggunakan aplikasi sebagai sebahagian daripada alat kempen untuk membantu pengundi di kawasan mereka menyemak maklumat diri mereka.

Bagi kawasan yang telibat dengan persempadanan semula, penggunaan MySPR Semak boleh membantu pemilih mengetahui pusat mengundi mereka yang baharu sekali gus mengelakkan kesilapan yang boleh dielak.

Apabila pemilih sudah tahu maklumat yang tepat, pemilih boleh pergi terus ke saluran mengundi mereka dan tidak lagi perlu beratur di kaunter barong seperti sebelum ini.

 

SYARAT KELAYAKAN DAFTAR PEMILIH

Antara syarat kelayakan pendaftaran pemilih ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas.
  • Bermastautin di kawasan pilihan raya yang ingin didaftarkan
  • Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang pihak berkuasa.

 

CARA SEMAKAN DAFTAR PEMILIH ONLINE

Bagi yang telah mendaftar tapi ingin membuat semakan, sila ikuti langkah berikut:

 

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN

Semakan Daftar Pemilih Tambahan akan dibuka mulai 16 Ogos hingga 14 September 2022.

Semakan ini melibatkan:

  • Pemilih baru berumur 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik.
  • Pemilih berdaftar bertukar bahagian pilihan raya
  • Pemilih bertukar status / kategori pengundi

 

CARA TUNTUTAN SEMAKAN DAFTAR PEMILIH

  • Sekiranya mendapati namanya tiada dalam senarai semakan daftar pemilih boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.
  • Selain itu, mana-mana pemilih yang namanya ada dalam senarai tetapi mendapati terdapat kesilapan maklumat atau kesilapan kawasan pendaftaran juga boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.
  • TUNTUTAN boleh dikemukakan secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja. Tiada bayaran fi dikenakan bagi tuntutan.

 

CARA BANTAHAN SEMAKAN DAFTAR PEMILIH

  • Dalam tempoh semakan ini juga, mana-mana pemilih berdaftar di suatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat BANTAHAN ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya, hendaklah mengisi Borang D.
  • Seorang pembantah dibenarkan membantah tidak boleh melebihi 20 nama dengan bayaran fi sebanyak RM10 bagi setiap orang yang dibantah (OKB).
  • Pembantah hendaklah hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja untuk mengemukakan Borang D serta bayaran fi bagi bantahan tersebut.

 

PENDAFTARAN PEMILIH / PENGUNDI SPR

SPR menjalankan 2 jenis pendaftaran pemilih iaitu:

  1. Pendaftaran Baru
    1. pendaftaran pemilih buat pertama kali.
  2. Pendaftaran Tukar Bahagian Pilihan Raya
    1. permohonan pemilih berdaftar untuk mendaftarkan alamat tempat tinggalnya yang baru. Sekiranya seorang pemilih berpindah ke tempat baru dan mendaftarkan pertukaran alamat tersebut di SPR, maka Bahagian Pilihan Raya beliau akan ditetapkan mengikut pendaftaran alamat baru itu.

 

CARA DAFTAR MENGUNDI ONLINE MELALUI PORTAL MYSPR DAFTAR

Berikut adalah merupakan cara daftar mengundi:

  1. Permohonan Akaun Pengguna
    • Sila layari laman web https://mysprdaftar.spr.gov.my/
    • Klik pada ‘Permohonan Akaun Baru’.
    • Masukkan maklumat yang diperlukan
      • Nombor telefon bimbit yang sah
      • Emel yang sah
      • Gambar depan kad pengenalan
      • Gambar swafoto bersama kad pengenalan
    • Permohonan yang dihantar pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari hari bekerja, permohonan akan diproses pada hari yang sama.
    • Manakala bagi permohonan yang dihantar selepas jam 12.00 tengahari hari bekerja atau hari cuti termasuk Hari Kelepasan Am, akan diproses pada hari bekerja berikutnya.
    • Pegawai SPR akan semak pendaftaran akaun secara manual.
    • Sebaik disahkan benar, satu emel pengaktifan akaun akan dihantar ke emel anda.
  2. Pengaktifan Akaun Pengguna
    • Login menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  3. Isi Borang A
    • Selepas berjaya login, klik Status Saya.
    • Sekiranya anda belum didaftar sebagai pemilih, klik Borang A (Pendaftaran Baru / Pertukaran Alamat).
    • Isi kesemua maklumat yang diminta kemudian klik pada butang ‘Hantar’.

 

CARA TUKAR ALAMAT TEMPAT MENGUNDI DI KAD PENGENALAN SECARA MANUAL

Pengemaskinian alamat pada MyKad boleh dilakukan dengan hadir ke mana-mana pejabat JPN yang berhampiran dan membawa dokumen sokongan berkaitan dalam bentuk asal atau salinan yang diakui sah.

 

LOKASI PUSAT DAFTAR MENGUNDI SECARA MANUAL

Sekiranya anda ingin mendaftar pengundi secara manual, sila hadir ke kaunter seperti berikut:

  • Kaunter Pendaftaran Pemilih, Ibu Pejabat SPR Malaysia, Aras G, Menara SPR, No.2, Jalan P2T, Presint 2, 62100 Putrajaya
  • Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri
  • Pejabat-Pejabat Pos Malaysia seluruh negara
  • Kaunter SPR yang dibuka melalui Program Outreach di kawasan tumpuan orang ramai
  • Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri: http://www.kln.gov.my/web/guest/malaysian-mission

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai pameran RDPT ST3/2020 boleh menghubungi talian utama SPR di 03-8892 7018 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri dan pemohon juga boleh melayari portal SPR di https://pengundi.spr.gov.my/ atau aplikasi MySPR Semak untuk membuat semakan.

 

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SPR (Check Tempat Mengundi Online/SMS)

5 thoughts on “MySPR SEMAK:SEMAKAN MAKLUMAT PENGUNDIAN (Check Tempat Mengundi & Saluran)”

  1. Saya nak tanya macam mana nak tukar alamat mengundi ? Dulu Saya mengundi di Gombak, Selangor. Sekarang Saya dah berpindah & tinggal di Negeri Perlis. Maka dengan itulah sebabnya Saya nak tukar alamat tempat mengundi. Harap Saya dapat pencerahan.

    Balas
  2. Saya ingin membuat pertukaran tempat mengundi, memandangkan saya dah tinggal di Selangor lebih kurang 20 tahun lebih.

    Balas

Leave a Comment