SEMAKAN BAKI & TUNGGAKAN PTPTN(Berapa Lagi Balance Loan)

SEMAKAN BAKI & TUNGGAKAN PTPTN(Berapa Lagi Balance Loan)

SEMAKAN BAKI & TUNGGAKAN PTPTN(Berapa Lagi Balance Loan)

Bagaimanakah cara untuk membuat SEMAKAN BAKI & TUNGGAKAN PTPTN terkini?  Jika anda ingin membuat SEMAKAN BAKI & TUNGGAKAN PTPTN, anda hanya perlu ke Portal Rasmi PTPTN untuk semak Penyata PTPTN online.

Melalui Portal Rasmi PTPTN, anda boleh membuat semakan tunggakan, ansuran bulanan dan melihat perincian pinjaman melalui portal ini.

 

CARA MEMBUAT SEMAKAN BAKI PTPTN ONLINE

  • Lawati Portal PTPTN
  • Masukkan No. Kad Pengenalan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Semak Penyata

CARA AKSES PORTAL PTPTN UNTUK SEMAKAN BAKI & TUNGGAKAN PTPTN

  1. Lawati Portal PTPTN

Layari laman utama Portal PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/ dan klik ikon ‘Semakan Penyata Pinjaman’.

Atau anda juga boleh terus mengakses page Semakan Pinjaman PTPTN melalui link berikut:

https://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman/

  1. Masukkan No. Kad Pengenalan

Isikan nombor kad pengenalan peminjam yang lengkap di ruang yang tertera.

Klik ‘Semak’ untuk proses seterusnya.

  1. Masukkan Kata Laluan

Kemudian, masukkan kata laluan.

Jika terlupa, klik ‘Lupa Kata Laluan’ untuk mendapatkan kata laluan baru melalui e-mel.

Bagi pengguna kali pertama, anda perlu menghubungi PTPTN* bagi mendapatkan kata laluan.

*Untuk mendapat respon yang pantas, anda boleh menghantar mesej melalui Facebook Rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

  1. Semak Penyata

Setelah berjaya login, semakan baki PTPTN akan dipaparkan dalam 2 pilihan melalui ikon ‘Penyata Baki’ atau ‘Penyata Baki Terperinci’.

Penyata Baki akan memaparkan transaksi terkini anda secara ringkas seperti di bawah.

‘Penyata Baki Terperinci’ pula akan memaparkan semua maklumat akaun pinjaman secara lebih terperinci seperti ini.

Penyata ini boleh dicetak bagi tujuan rasmi dengan menekan butang ‘Cetak’.

 

Anda juga boleh dapatkan info tentang DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN PENYATA PINJAMAN ONLINE PTPTN

 

CARA MOHON PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PTPTN ONLINE

Jika peminjam mempunyai masalah untuk membuat bayaran balik, terdapat 2 pilihan yang boleh dilakukan oleh peminjam iaitu:

  • Memohon Penangguhan bayaran balik PTPTN
  • Memohon Penjadualan / Penstrukturan Semula Bayaran Ansuran Bulanan

Mohon Penangguhan PTPTN

Pemohon boleh membuat permohonan untuk membuat penangguhan bayaran balik PTPTN atas sebab-sebab tertentu seperti kehilangan punca pendapatan, menghadapi masalah kewangan dan sebagainya.

Senarai dokumen penangguhan PTPTN

  • Surat permohonan rasmi penangguhan atau borang permohonan penangguhan yang boleh didapati di Portal Rasmi PTPTN.
  • Salinan surat tawaran pengajian.
  • Salinan surat tawaran penaja baru (jika mendapat tajaan dari penaja lain selain PTPTN/ jika melanjutkan pengajian ke luar negara).
  • Surat pengesahan tarikh tamat pengajian dari IPT (jika tiada dalam surat tawaran).
  • Sesalinan transkrip dan sijil bagi peringkat pengajian yang telah tamat (jika berkaitan).

MAKLUMAN:

Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.

Kos upah tetap dikenakan sepanjang tempoh penangguhan.

Penjadualan / Penstrukturan Semula Bayaran Balik PTPTN

Bagi mengurangkan bebanan ansuran bayaran balik secara bulanan, peminjam juga boleh membuat penjadualan atau penstrukturan semula.

Apa itu PENJADUALAN BAYARAN BALIK PTPTN

Penjadualan ialah kaedah yang memberi kemudahan kepada peminjam untuk menjadualkan semula Jadual Bayaran Balik (JBB) bagi membolehkan peminjam menyelesaikan hutang mengikut tempoh bayaran balik yang telah ditetapkan.

Apa itu PENSTRUKTURAN BAYARAN BALIK PTPTN

Penstrukturan pula adalah kaedah yang memberi kemudahan kepada peminjam untuk mengubah struktur JBB dan menetapkan ansuran bulanan berdasarkan kemampuan peminjam.

Melalui kaedah ini, tempoh bayaran balik boleh dipanjangkan sehingga peminjam mencapai umur 60 tahun.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sila rujuk media sosial PTPTN di Facebook Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Anda disaran mengajukan mesej peribadi di Facebook untuk mendapatkan respon yang pantas melalui admin PTPTN.

Sila hubungi  Careline: 03 – 2193 3000, Faks: 03 – 2193 1263 atau e-Aduan iCare di portal rasmi PTPTN.

Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan melalui pelbagai saluran lain melalui pos di alamat surat menyurat :

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Tingkat Bawah, Menara PTPTN, Blok D, Megan Avenue II, No.12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur.

2 thoughts on “SEMAKAN BAKI & TUNGGAKAN PTPTN(Berapa Lagi Balance Loan)”

Leave a Comment