AKTIFKAN SEMULA AKAUN BANK:CARA DAFTAR SEMULA(MAYBANK/CIMB/BSN/PUBLIC BANK/RHB/BANK ISLAM)

AKTIFKAN SEMULA AKAUN BANK:CARA DAFTAR SEMULA(MAYBANK/CIMB/BSN/PUBLIC BANK/RHB/BANK ISLAM)

AKTIFKAN SEMULA AKAUN BANK

Akaun bank ialah akaun kewangan yang dikendalikan oleh bank untuk pelanggan. Akaun bank boleh menjadi akaun deposit, akaun kad kredit, akaun semasa, atau apa-apa jenis akaun lain yang ditawarkan oleh institusi kewangan, dan mewakili dana yang pelanggan telah diamanahkan kepada institusi kewangan dan dari mana pelanggan boleh membuat pengeluaran.

Adakah akaun anda telah lama tidak aktif sebab tidak login atau guna? Macam mana cara aktifkan semula akaun Bank yang sudah lama tidak digunakan dan kad ATM disekat/hilang, apa perlu saya buat untuk mendapatkan semula akaun Bank saya?

Di sini kami akan kongsi cara aktifkan semula akaun Bank Anda.

 

CARA AKTIFKAN SEMULA AKAUN BANK MAYBANK

 Cara untuk aktifkan  semula akaun Maybank adalah seperti berikut: 

  1. Anda perlu menelefon pihak perkhidmatan pelanggan Maybank di talian:
    • 1-300 88 6688 (Malaysia)
    • +603-7844 3696 (luar negara).
  2. Seterusnya, anda perlu nyatakan masalah anda secara terperinci.
  3. Pihak perkhidmatan pelanggan akan meminta beberapa maklumat bagi mengesahkan bahawa anda adalah pemegang akaun yang sah. Maklumat yang diperlukan untuk aktifkan semula akaun Maybank adalah seperti berikut:
    • Nama penuh
    • Nombor Kad Pengenalan
    • Nombor telefon
    • Alamat semasa membuka akaun
    • Nombor akaun
    • Nombor kad ATM Maybank (16 digit)
  4. Seterusnya, pihak bank akan menyuruh anda untuk log masuk di Maybank2u untuk memastikan akaun anda telah aktif.
  5. Selesai

 

CARA AKTIFKAN SEMULA AKAUN CIMB BANK

 Untuk mengaktifkan semula akaun CIMB Bank, caranya adalah seperti berikut:

  1. Pergi ke cawangan CIMB Bank yang berdekatan.
  2. Pastikan membawa dokumen seperti Kad Pengenalan, Buku Bank dan Kad ATM.
  3. Maklumkan kepada pegawai bank bahawa anda ingin aktifkan semula akaun bank CIMB.
  4. Jika baki akaun anda kurang daripada RM10, anda dinasihatkan untuk membuat deposit RM10 terlebih dahulu di kaunter atau mesin CDM.
  5. Pegawai bank CIMB akan meminta dokumen seperti IC dan buku bank. Sekiranya Anda tidak membawa buku bank, proses aktifkan akaun bank masih boleh dilakukan.
  6. Pihak bank akan mengaktifkan akaun bank anda dalam tempoh 24 jam selepas transaksi dibuat. Selepas tu, barulah akaun cimb bank anda aktif seperti biasa
  7. Segala transaski sudah boleh dibuat selepas tu.

Jika anda terlupa nombor akaun bank?Berikut adalah Cara Dapatkan Nombor Akaun Bank (BSN MAYBANK CIMB BANK RAKYAT PUBLIC BANK RHB BANK ISLAM)

 

CARA AKTIFKAN SEMULA AKAUN BANK BSN

Untuk mengaktifkan semula akaun BSN, caranya adalah seperti berikut:

  1. Pergi ke cawangan BSN yang berdekatan.
  2. Pastikan membawa dokumen seperti Kad Pengenalan, Buku Bank dan Kad ATM.
  3. Maklumkan kepada pegawai bank bahawa anda ingin aktifkan semula akaun bank BSN.
  4. Pegawai bank BSN akan meminta dokumen seperti IC dan buku bank. Sekiranya Anda tidak membawa buku bank, proses aktifkan akaun bank masih boleh dilakukan.
  5. Tunggu beberapa 5 – 10 minit, pegawai bank akan aktifkan akaun BSN Anda.
  6. Sekarang akaun bank BSN Anda boleh digunakan semula.

 

CARA AKTIFKAN SEMULA AKAUN PUBLIC BANK

Untuk mengaktifkan semula akaun Public Bank, caranya adalah seperti berikut:

  1. Pergi ke cawangan Public Bank yang berdekatan.
  2. Pastikan membawa dokumen seperti Kad Pengenalan, Buku Bank dan Kad ATM.
  3. Maklumkan kepada pegawai bank bahawa anda ingin aktifkan semula akaun Public Bank.
  4. Pegawai bank akan meminta dokumen seperti IC dan buku bank. Sekiranya Anda tidak membawa buku bank, proses aktifkan akaun bank masih boleh dilakukan.
  5. Pihak bank akan mengaktifkan akaun bank anda.
  6. Segala transaski sudah boleh dibuat selepas tu.

 

CARA AKTIFKAN SEMULA AKAUN  RHB BANK

Untuk mengaktifkan semula akaun RHB Bank, caranya adalah seperti berikut:

  1. Pergi ke cawangan RHB Bank yang berdekatan.
  2. Pastikan membawa dokumen seperti Kad Pengenalan, Buku Bank dan Kad ATM.
  3. Maklumkan kepada pegawai bank bahawa anda ingin aktifkan semulaakaun RHB Bank.
  4. Pegawai bank akan meminta dokumen seperti IC dan buku bank. Sekiranya Anda tidak membawa buku bank, proses aktifkan akaun bank masih boleh dilakukan.
  5. Pihak bank akan mengaktifkan akaun bank anda.
  6. Segala transaski sudah boleh dibuat selepas tu.

 

CARA AKTIFKAN SEMULA AKAUN  BANK ISLAM

 Untuk mengaktifkan semula akaun Bank Islam, caranya adalah seperti berikut:

  1. Pergi ke cawangan Bank Islam yang berdekatan.
  2. Pastikan membawa dokumen seperti Kad Pengenalan, Buku Bank dan Kad ATM.
  3. Maklumkan kepada pegawai bank bahawa anda ingin aktifkan semulaakaun Bank Islam.
  4. Pegawai bank akan meminta dokumen seperti IC dan buku bank. Sekiranya Anda tidak membawa buku bank, proses aktifkan akaun bank masih boleh dilakukan.
  5. Pihak bank akan mengaktifkan akaun bank anda.
  6. Segala transaski sudah boleh dibuat selepas tu.

 

SOALAN LAZIM

Apakah yang dimaksudkan dengan Akaun Dorman?

Akaun Dorman (adakalanya dirujuk sebagai akaun yang tidak aktif) adalah akaun yang tidak mempunyai transaksi (deposit atau pengeluaran tidak termasuk caj yang dikenakan atau

faedah yang dikreditkan) untuk tempoh berterusan selama sekurang-kurangnya 12 bulan.

 

Bagaimana untuk mengelakkan akaun saya daripada menjadi Dorman?

Cara yang paling mudah untuk memastikan bahawa terdapat beberapa transaksi yang dibuat dalam akaun anda, iaitu membuat transaksi pengeluaran atau deposit wang di kaunter, walaupun dalam jumlah yang kecil.

 

Apakah yang akan berlaku jika akaun saya masih dorman untuk tempoh 7 tahun?

Apabila akaun anda masih dorman untuk tempoh 7 tahun, akaun tersebut akan diklasifikasikan sebagai wang tidak dituntut. Di bawah Akta Wang Tak Dituntut 1965 (Pindaan 2002), bakinya akan dipindahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut.

12 thoughts on “AKTIFKAN SEMULA AKAUN BANK:CARA DAFTAR SEMULA(MAYBANK/CIMB/BSN/PUBLIC BANK/RHB/BANK ISLAM)”

  1. Aktifkan semula akaun Maybank yang telah hampir 8tahun tak aktif kerjasama dan. Budibicara dari pihak May bank berhad amat saya hargai.

    Balas
  2. Saya ada mempunyai akaun bank sebelum ini tapi sudah disekat oleh bank kerana kesalahan yang saya tidak lakukan ini semua sebab kesalahan dari scamer yang telah mengguna data peribadi saya tanpa pengetahuan saya..kes saya telah di rujuk ke mahkamah dan telah membayar denda di atas bukan kesalahan yang saya lakukan.. saya merayu agar pihak bank dapat pertimbangkan supaya pihak bank dapat memberi peluang supaya saya dapat membuka semula akaun bank saya yang telah di sekat.. saya amat merayu kerana saya mempunyai keluarga segala bantuan dari kerajaan tidak boleh saya terima..saya Mohd Supian Bin Mohd Ali. berjanji dengan pihak tidak akan salah guna akaun bank saya.

    Balas
  3. Bibi Aishah binti Abdul hakim
    910825036466
    Kad bank hilang nak buat baru xboleh,habis duit dalam kad bank to macam mana nak ambil balik ,,banyak lagi to duit dalam bank to,bank PON sudah tidak aktif dah,,kalau saya lapor kena rasa orang tempat buat kad bank ni

    Balas

Leave a Comment