i-CERIA KWSP: CADANGAN PENGELUARAN ONE-OFF DUIT EPF

i-CERIA KWSP: CADANGAN PENGELUARAN ONE-OFF DUIT EPF

i-CERIA KWSP

Kepada ahli KWSP, semestinya ingin mengetahu tentang cadangan pengeluaran One-Off duit simpanan EPF bagi membantu untuk meringankan beban pada masa kini yang dikenali sebagai i-Ceria. Semestinya ingin mengetehaui statusnya dan cara pengeluarannya. Disini kami akan kongsikan mengenai cadangan i-Ceria KWSP ini, semoga membantu.

 

CADANGAN DI DALAM DEWAN RAKYAT

Seorang Ahli Parlimen mencadangkan kerajaan memperkenalkan bantuan kewangan ‘i-Ceria’ Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), iaitu kemudahan pengeluaran wang buat kali terakhir.

  • Datuk Seri Mohd Salim Sharif (BN-Jempol), ketika perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini berkata, hal ini kerana terdapat keperluan mendesak bagi sebilangan rakyat Malaysia menggunakan wang persaraan mereka itu bagi tujuan meneruskan kelangsungan hidup.
    • Tuntutan ini bukan menidakkan kebimbangan kerajaan terhadap simpanan hari tua, tuntutan saya ini juga bukanlah menafikan fakta mengenai 20 peratus daripada pencarum KWSP tidak mempunyai simpanan yang cukup di hari tua.
    • Tuntutan ini adalah semata-mata untuk memastikan permintaan Keluarga Malaysia dipenuhi, khususnya buat mereka yang masih bergelut dengan kesusahan akibat pandemik COVID-19, ditambah pula musibah banjir yang telah berlaku baru-baru ini
    • Sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula tuntutan rakyat iaitu pengeluaran KWSP untuk kali terakhir dan secara bersasar bagi mereka yang memerlukan, bergantung kepada jumlah simpanan.

Cadangan berkenaan turut dipersetujui beberapa Ahli Parlimen termasuk Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit), M. Karupaiya (PH-Padang Serai), Datuk Seri Hasan Arifin (BN-Rompin) dan Datuk Dr Xavier Jayakumar (Bebas-Kuala Langat).

  • Karupaiya dan Datuk Seri Hasan Arifin berpendapat
    • kerajaan perlu mengawal kenaikan harga barang susulan tindakan peniaga yang tidak bertanggungjawab cenderung menaikkan harga ketika rakyat menerima bantuan kewangan.
  • Datuk Seri Hasan Arifin
    • Ini menyebabkan kuasa beli kalangan rakyat semakin berkurang walaupun mempunyai wang, oleh itu kerajaan perlu meningkatkan penguatkuasaan dalam mengawal harga barangan terutama di kawasan luar bandar.
  • Datuk Dr Xavier Jayakumar berpendapat
    • Cadangan i-Ceria itu bertepatan dengan keadaan semasa ekonomi negara yang memerlukan masa untuk kembali pulih seperti sebelum ini dan kerajaan bertanggungjawab membantu anggota Keluarga Malaysia khususnya golongan B40.

 

PENJELASAN MENTERI KEWANGAN

Berikut adalah merupakan penjelasan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul berkaitan cadangan ini

  • Sebelum ini, Menteri Kewangan telah menjawab cadangan pihak-pihak yang menyuarakan pengeluaran khas KWSP bagi yang terjejas banjir melalui 2 buah video di Facebook bertarikh 17 Januari 2022. Secara keseluruhannya, RM101 bilion telah dikeluarkan pencarum.
  • Jelas beliau, bahawa Malaysia dijangka akan mencapai status Negara Tua pada tahun 2030. Ini bemaksud, dalam masa 8 tahun, rakyat Malaysia akan memerlukan wang simpanan yang lebih banyak untuk membiayai hidup masing-masing selepas bersara.
  • Atas sebab itu, desakan beberapa pihak untuk membenarkan pengeluaran KWSP akan menjejaskan isu kekurangan persaraan yang kini berada dalam tahap yang membimbangkan.
  • Sebagai contoh, median simpanan ahli B40 adalah sebanyak RM1000, bersamaan RM4 sebulan untuk tempoh 20 tahun. Manakala, bagi M40, jumlah simpanan adalah RM25,000 iaitu bersamaan RM104 sebulan untuk tempoh 20 tahun.
  • Menteri Kewangan juga menjelaskan bahawa pada tahun 2014 Malaysia juga dilanda banjir yang teruk. Tetapi pada ketika itu, tiada pengeluaran KWSP yang dibenarkan walau 1 sen pun. Sebaliknya, kerajaan menggunakan pendekatan-pendekatan tertentu untuk membantu rakyat terjejas mendapatkan bantuan kewangan, barangan keperluan dan tempat tinggal bagi meneruskan kehidupan.
  • Pendekatan ini juga digunakan bagi mangsa banjir tahun ini yang boleh dimanfaatkan oleh mangsa banjir yang terjejas.

ARTIKEL LAIN

DIVIDEN KWSP EPF 2022(Tarik Semak & Check Guna i-Akaun)

18 thoughts on “i-CERIA KWSP: CADANGAN PENGELUARAN ONE-OFF DUIT EPF”

  1. Bagi pindahan amaun,bilakah jadual bnyaran bg bulan april..sebab i akaun saya xada.macamana yg perlu saya buat..

    Balas
  2. Maksud sama rata tu macam mana ye..contoh ,kalau sya buat pindaan sebanyak Rm3700 adekah ia dibayar selama 6bulan jgak..atau dye bayar sama macam yg first mohon

    Balas
  3. ”SEMAKAN AMAUN i-sinar”
    i nak tanya’, selepas trima status Pindaan Amaun Lulus bila wang akan dibayar?,btw i nak tanya,kenapa kebanyakan status lulus pindaan amaun & bayaran
    ” 5 HARI BEKERJA ”tapi kenapa status i ” 3 HARI BEKERJA ”??

    Balas
  4. Encik saya ingin mohon kepada encik tentang bayara isinar saya bln 5 ada kah sudah masuk ke akaun bank saya… kerana saya tidak ada lagi wang ringgit untuk sekolah anak 3 dan ingin membuat rayuan kepada encik agar dapat dipermudahkan urusan yang saya mohon ini

    Balas
  5. Assalamualaikum.. nak tnya.. hari tu sy suda buat pengeluaran i.sinar sebanyak 1850. Jd skrg ni ada lg balance 1900 lebih.. jd,boleh ka sy buat pengeluaran buat kali ke2.?? Mksud sy,sy nak keluarkan lg duit kwsp sy dlm akaun KWSP sy tu.?? Boleh ke.??

    Balas
  6. Pada 28/05/2021 pegawai daripada KWSP maklumkan pada saya yang saya blh buat pindaan pengeluaran isinar . Bila saya dah buat pindaan pengeluaran isinar. Dan buat semakan status. Permohonan anda tidak berjaya….
    Knp pulak saya disuruh buat pindaan pengeluaran isinar yang mcm ni. Bingung dengan pihak KWSP yg x faham2 masalah yang dihadapi oleh mereka yang memerlukan duit masa pkp ni.tambah pulak total lockdown. Pls pls pls bantu la. Jgn sampai rakyat mati kebuluran.

    Balas

Leave a Comment