SEMAK KERETA KENA TUNDA DBKL MBSA MPAJ MPSJ (Cara Selesaikan Masalah Denda Rayuan Lokasi Depoh Simpanan)

SEMAK KERETA KENA TUNDA DBKL MBSA MPAJ MPSJ (Cara Selesaikan Masalah Denda Rayuan Lokasi Depoh Simpanan)

KERETA KENA TUNDA

Kepada anda yang tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor terutamanya tinggal di flat, Pangsapuri, Kondominium, Residensi dan sebainya sudah kebiasaannya jumlah parkir kereta yang disediakan tidak mencukupi setimpal dengan kereta yang ada. Dan ini akan menyebabkan anda terpaksa meletakkan kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya dan tidak mustahilkah kereta anda kena tunda dengan pihak DBKL dan majlis Perbandaran Selangor. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara unbtuk menyelaikan masalah kereta kena tunda, semoga membantu.

 

KERETA KENA TUNDA DBKL

Berikut adalah merupakan cara menyelasikan sekiranya kereta anda ditunda oleh DBKL iaitu:

Cara Selesaikan Kereta Kena Tunda DBKL

  1. Hubungi terlebih dahulu pihak DBKL untuk pemeriksaan kenderaan yang ditunda memandangkan beliau mungkin parkir di tempat yang tidak sepatutnya. Sekiranya tiada dalam rekod, barulah kita buat laporan polis.
  2. Berikut adalah merupakan talian DBKL kaunter tuntutan:
    • No Telefon: 03 – 40244424
    • Whatsapp DBKL: 013-6663255
  3. Sila berikan bersama nombor plat kenderaan anda.
  4. Setelah dihubungi mereka akan membuat pengesahan sama ada benarkah kereta ditunda DBKL. Jika ya, maka jumlah bayaran akan dimaklumkan oleh pihak mereka (anda perlu bayar ketika di kaunter) dan dimana kenderaan anda boleh dituntut.
  5. Hadirkan diri ke depoh simpanan bersama dokumen penting seperti kad pengenalan dan lessen
  6. Sebaik sahaja bayaran telah dijelaskan, anda perlu mengisi beberapa dokumen sebelum anda diberikan kebenaran untuk mengambil kereta anda. Proses tidak lama, makan masa 10 minit sahaja.

Lokasi Depoh Simpanan DBKL

  • DBKL punyai beberapa lokasi simpanan kenderaan. Jadi baik sahkan dengan mereka dahulu menerusi Whatsapp. Salah satunya Depoh Simpanan yang terletak di Jalan Pahang.

Kadar Bayaran Denda DBKL

  • RM15 untuk notis kompaun
  • RM100 untuk upah tunda
  • Tuntutan selepas 24 jam: Dikenakan upah simpanan sebanyak RM100 untuk sehari. (tidak dikenakan bayaran kadar upah simpanan kenderaan bagi tempoh 24 jam yang pertama)

 

KERETA KENA TUNDA MBSA MPAJ MPSJ

Berikut adalah merupakan cara menyelasikan sekiranya kereta anda ditunda di  kawasan Perbandaran Selangor iaitu:

Cara Penyelesaian Kereta Kena Tunda MBSA MPAJ MPSJ

  1. Pelanggan membuat semakan keberadaan kenderaan yang ditunda melalui telefon atau hadir ke lokasi Majlis Perbandaran yang terlibat
  2. Hadir ke depoh penyimpanan kereta tunda yang dimaklumkan dan isi Borang Tuntutan Kenderaan.
  3. Membuat pembayaran dan boleh mengambil kenderaan yang ditunda selepas selesai urusan pembayaran.

Lokasi Depoh Simpanan MBSA MPAJ MPSJ

  • Setiap Perbandaran di Selangor punyai beberapa lokasi simpanan kenderaan. Jadi baik sahkan dengan mereka dahulu menerusi telefon

Kadar Bayaran Denda MBSA MPAJ MPSJ

  • Kos Tunda: RM100 (tertakluk kepada keadaan semasa)
  • Kos Perkhidmatan: RM110 (tertakluk kepada keadaan semasa)
  • Kompaun Tunda: RM60 (tertakluk kepada keadaan semasa)

ARTIKEL BERKAITAN: 

Leave a Comment