CARA BAYAR PRINCIPAL LOAN RUMAH KERETA PERSONAL (Cepat Habis Hutang Jimat)

CARA BAYAR PRINCIPAL LOAN RUMAH KERETA PERSONAL (Cepat Habis Hutang Jimat)

CARA BAYAR PRINCIPAL LOAN

Kepada anda yang yang membuat pinjaman samada pinjaman perumahan ataupun kenderaan, semestinya anda mengetahu bahawa terdapat interest tang akan dikenakan terhadap pinjaman anda. Tetapi adakah anda mengetahui bahawa kadar ansuran bayaran bulanan anda tersebut adalah pembayaran interest dan juga principal. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara bayar principal yang terbaik supaya dapat cepatkan langsai hutang anda tersebut.

 

APA ITU INTEREST DAN PRINCIPAL

Berikut adalah maksud bagi kedua-dua istilah ini iaitu:

  • Interest (profit bank)
    • Adalah nilai keuntungan yang bank kenakan ke atas pinjaman kita. Nilai keuntungan ini akan berkurang setiap bulan kerana interest dikenakan keatas baki pinjaman yang telah berkurang.
  • Principal
    • Adalah nilai principal bahagian pinjaman yg telah dilangsaikan. Nilai ini akan mengurangkan baki pinjaman. Nilai principal ini akan meningkat setiap bulan.

 

CONTOH PENGIRAAN INTEREST DAN PRINCIPAL

Berikut adlaah merupakan contoh pembayaran interest dan principal pada ansuran bulanan anda iaitu:

ANSURAN BULANANINTERESTPRICIPAL BAKI
RM 1044.70RM862.50RM182.20Rm206,817.80
RM 1044.70RM861.74RM182.96Rm206,634.84
RM 1044.70RM860.98RM183.72Rm206,451.12
RM 1044.70RM860.21RM184.49Rm206,266.63

NOTA: Jumlah baki adalah selepas ditolak principal

Untuk makluman anda, daripada jumlah ansuran bulanan tersebut anda hanya membuat bayaran balik pinjaman anda hanyalah berdasarkan principal iaitu ditolak kadar bayaran interest setiap bulan.

Ini bermaksud anda kena bayar dulu Interest setiap bulan ikut percent yang ditetapkan dan  selebihnya barulah pokok (principal) akan ditolak dari jumlah pinjaman yang korang ambil.

 

CARA BAYAR PRINCIPAL LOAN

Kepada anda yang ingin mengetahui cara bayar pricipal loan supaya dapat menyelesaikan hutang anda dengan kadar segera, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Pembiayaan semula kepada tempoh pinjaman yang lebih pendek
    • Bertukar kepada pinjaman perumahan jangka pendek boleh menjimatkan banyak bayaran faedah.
    • Contohnya, jika anda mempunyai pinjaman RM600,000 dengan kadar faedah 4.5% setahun, bayaran ansuran bulanan untuk pinjaman 20 tahun adalah sekitar RM3,800, manakala bayaran ansuran bulanan untuk pinjaman 25 tahun adalah sekitar RM3,350. Penjimatan bayaran faedah mencecah hampir RM100,000.
  2. Bayaran tambahan yang kecil
    • Anda boleh membuat bayaran tambahan setiap bulan atau tahun untuk menjimatkan faedah, dan melunaskan pinjaman perumahan anda lebih awal. Hubungi bank anda mengenai terma dan syarat gadai janji anda sebelum membuat bayaran tambahan ini.
    • Untuk beberapa jenis gadai janji seperti pinjaman semi-fleksi atau fleksi-penuh, anda boleh membayar lebih daripada ansuran bulanan dan mengurangkan jumlah prinsipal dengan kadar yang lebih cepat.
  3. Bayaran prinsipal yang lebih tinggi
    • Sekiranya simpanan anda mencukupi, mungkin mencecah RM100,000, anda boleh membuat pembayaran secara sekali sahaja untuk menjimatkan bayaran faedah dan memendekkan tempoh pinjaman anda.
  4. Pengeluaran KWSP
    • Anda boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mengurangkan atau melangsaikan baki pinjaman perumahan anda.
  5. Nilai tunai dari MLTA
    • Sekiranya anda mempunyai Insurans Jangka Tahap Gadai Janji (MLTA), anda boleh menggunakan nilai tunai MLTA anda untuk melunaskan pinjaman perumahan anda lebih awal. Anda boleh semak nilai tunai MLTA dengan bank atau syarikat insurans anda.
    • Sebaliknya, Jaminan Tempoh Pengurangan Gadai Janji (MRTA) tidak mempunyai nilai tunai dan peminjam tidak boleh menggunakannya untuk bayaran pinjaman.
    • Contoh fungsi MLTA di Malaysia:
      • Seorang peminjam berusia 40 tahun membeli MLTA yang meliputi RM700,000 selama 30 tahun. Premium adalah RM7,333 setahun, dan jumlah premium selama 30 tahun adalah RM219,990.
      • Sekiranya tiada apa berlaku dalam tempoh pinjaman 30 tahun, peminjam masih akan menerima kembali nilai akaun sehingga RM207,600. Tambahan lagi, nilai tunai yang terkumpul boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.

 

FAKTOR PERTIMBANGAN PENYELESAIAN SEGERA BAYAR BALIK PINJAMAN

Sekiranya anda ingin membuat penyelesaian segera pinjaman anda, pastikan anda membuat beberapa pertimbangan seperti:

  • Pastikan anda mempunyai dana untuk perbelanjaan yang tidak dijangka, pengangguran, kecemasan perubatan, atau tempoh yang mencabar seperti pandemik atau sebagainya
  • Sekiranya anda mempunyai hutang dengan kadar faedah yang lebih tinggi, anda boleh membayarnya terlebih dahulu kerana ini akan menjimatkan lebih banyak wang.
  • Semak syarat perjanjian pinjaman dan hubungi bank anda. Kebiasaannya akan ada tempoh terkunci pinjamandimana anda perlu membayar penalti jika menyelesaikan pinjaman.
  • Sekiranya ada pelaburan dengan kadar pulangan yang lebih tinggi daripada kadar faedah pinjaman perumahan maka anda harus mempertimbangkannya.

 

CARA BAYAR PRINCIPAL LOAN RUMAH RHB BANK

Kepada anda yang membuat pinjaman perumahan dengan RHB bank, berikut adalah merupakan cara bayar principal loan RHB dengan mudah iaitu:

  1. Muat turun dan install aplikasi RHB Bank (Android/IOS)
  2. Log masuk ke akaun anda. Sekiranya pengguna baharu seharusnya anda daftar terlebih dahulu
  3. Pada paparan utama, klik pada Principal Prepayment.
  4. Untuk makluman anda, kadar bayaran principan adalah dibuat dalam gandaan 1,000. Contohnya anda boleh bayar RM1,000, RM2,000 dan seterusnya dalam gandaan 1,000 tersebut.
  5. Kemudian pilih kaedah pembayaran anda dan ikuti proses pembayaran sehingga selesai

NOTA:

  • Bayaran Principal loan rumah RHB ini boleh dibuat pada bila-bila masa dan tiada had ditetapkan. Semakin anda membayar principal ini, semakin anda jimat interest/profit charge dan semakin pendek tempoh loan anda.
  • Bayaran principal loan rumah hanya boleh dibuat pada loan rumah semi flexi atau full flexi.
  • Bayaran ansuran loan rumah dan bayaran pengurangan principal loan rumah adalah 2 perkara berbeza. Maka, ianya tidak boleh digabungkan.
  • Bayaran ansuran bulanan loan rumah hendaklah dibayar seperti biasa. Bayaran principal ini anda bayaran untuk mengurangkan baki pinjaman anda.
  • Sekiranya anda membayar extra ansuran bulanan rumah, ia akan jadi advanve payment dan bukannya bayaran principal.
  • Pembayaran principal loan RHB ini adalah hanya digunakan bagi pinjaman perumahan sahaja. Bagi personal loan dan loan kereta tidak boleh dilakukan

 

CARA BAYAR PRINCIPAL LOAN RUMAH CIMB BANK

Kepada anda yang membuat pinjaman perumahan dengan RHB bank, berikut adalah merupakan cara bayar principal loan RHB dengan mudah iaitu:

  1. Log masuk CIMB Clicks di telefon anda
  2. Pada menu utama klik pada Payments dan pilih Pay Loans & Cards
  3. Isikan kesemua maklumat pada bahagian To, From, Amount and When.
  4. Pada bahagian Transaction Instruntion, di bahagian Loan Payment Option pilih pada Reduce Loan Principal
  5. Setelah lengkap semuanya klik pada Make Payment. Selesai

Nota: Kadar bayaran (amaun) principal adalah bergantung pada pilihan dan kemampuan anda. Walaubagaimanapun, bayaran ansuran bulanan loan rumah hendaklah dibayar seperti biasa. Bayaran principal ini anda bayaran untuk mengurangkan baki pinjaman anda.

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment