INTERIM i-SINAR RM1000:CARA PERMOHONAN & TARIKH BAYARAN PENDAHALUAN KATEGORI 2

INTERIM i-SINAR RM1000:CARA PERMOHONAN & TARIKH BAYARAN PENDAHALUAN KATEGORI 2

INTERIM i-SINAR RM1000

Pihak KWSP telah maklumkan tentang tarikh bayaran pendahaluan ( Interim i-Sinar RM1000)  bagi yang telah memohon i-Sinar Kategori 2 bermula  26 Januari 2021.

dah mohon ke BPR? Rujuk Cara Mohon BPR 2021 Secara Online/Borang.

APA ITU INTERIM i-SINAR RM1000?

KWSP memaklumkan bahawa pembayaran pertama tersebut merupakan pembayaran interim sehingga RM1,000 daripada jumlah keseluruhan yang dipohon oleh para pencarum.

Antara tujuan pembayaran interim ini dilakukan adalah untuk membantu meringankan beban para pencarum akibat pandemik COVID-19 dan mereka yang terjejas akibat banjir.

Selain itu, pembayaran interim dilakukan bagi memastikan para pencarum dapat menggunakan wang tersebut bagi keperluan asas sementara menunggu wang yang akan diterima pada bulan berikutnya.

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN INTERIM i-SINAR RM1000

Berikut adalah syarat kelayakan bagi pencarum yang ingin memohon kemudahan I-Sinar bagi Kategori 2 :

  • Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas Mac 2020.
  • Mempunyai baki minima sekurang-kurangnya sebanyak RM100 daripada jumlah keseluruhan yang dipohon.

CONTOH SITUASI PENGELUARAN INTERIM i-SINAR RM1000

Sila rujuk contoh dibawah tentang  pembayaran interim

SITUASI 1 (INTERIM i-SINAR RM1000)

Fakih merupakan seorang pekerja yang mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 30% dan ingin memohon kemudahan pengeluaran I-Sinar.

Beliau telah memilih untuk membuat pengeluaran sehingga RM10,000 dan memilih pembayaran pertama sebanyak RM5,000.

Oleh itu, berdasarkan pelaksanaan pembayaran interim, jadual pembayaran Fakih adalah seperti berikut:

  • Amaun Pembayaran Interim RM1,000
  • Amaun Pembayaran Pertama RM4,000
  • Amaun Pembayaran Kedua RM1,000
  • Amaun Pembayaran Ketiga RM1,000
  • Amaun Pembayaran Keempat RM1,000
  • Amaun Pembayaran Kelima RM1,000
  • Amaun Pembayaran Keenam RM1,000
  • Jumlah Layak Dimohon RM10,000

SITUASI 1 (INTERIM i-SINAR RM1000)

Nadia merupakan seorang pekerja dan mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 30% dan beliau juga ingin memohon kemudahan pengeluaran I-Sinar.

Jumlah wang Akaun 1 beliau adalah RM800 dan beliau ingin membuat pengeluaran I-Sinar sebanyak RM700.

Berdasarkan pelaksanaan pembayaran interim, jadual pembayaran Nadia adalah seperti berikut:

  • Amaun Pembayaran Interim RM700
  • Amaun Pembayaran Pertama Tiada
  • Jumlah Layak Dimohon RM700

CARA PERMOHONAN PENGELUARAN INTERIM i-SINAR RM1000

Berikut adalah cara buat permohonan bagi kemudahan i-Sinar Kategori 2, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://isinar.kwsp.gov.my/.
  2. Isikan no. kad pengenalan/no. PR dan telefon bimbit anda.
  3. Klik butang ‘Teruskan.’
  4. Isikan no. OTP yang diterima melalui SMS ke telefon bimbit anda dan klik butang ‘Sahkan.’
  5. Jawab soalan keselamatan untuk pengesahan (jika ada).
  6. Tetapkan akaun pilihan anda.
  7. Tetapkan bayaran bulan pertama dan klik ‘Teruskan.’
  8. Lengkapkan maklumat permohonan dengan betul.
  9. Lengkapkan maklumat pembayaran dan tekan butang ‘Teruskan.’
  10. Muat naik dokumen sokongan.
  11. Semak maklumat pemohon dan maklumat pembayaran sebelum menanda tanda ‘betul’ pada kotak yang disediakan dan klik ‘Hantar.’
  12. Paparan akan menunjukkan permohonan anda diterima dan diproses.
  13. Proses Verifikasi Permohonan
  14. Bagi pencarum yang telah memohon dan memuat naik dokumen sokongan, pembayaran interim i-Sinar akan dilakukan pada 26 Januari 2021.
  15. Pencarum yang belum belum memuat naik dokumen sokongan yang relevan, pembayaran interim akan diproses dalam masa 7 hari daripada tarikh permohonan diterima.
  16. Selepas permohonan pencarum disahkan dan diluluskan, pihak KWSP akan melalukan pembayaran tersebut.
  17. Sekiranya pengisytiharan kendiri didapati tidak benar atau tidak dimuat naik, KWSP berhak memberhentikan pembayaran seterusnya.

SEMAKAN DUIT INTERIM I-SINAR RM1000

Anda boleh menyemak status permohonan i-Sinar anda melalui laman web https://isinar.kwsp.gov.my/

  • i-Sinar Online di kotak Semak Status Permohonan
  • i-Akaun anda di tab Pengeluaran dan semakan di Sejarah Pengeluaran; atau

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sila hubungi pihak KWSP di talian 03-8922 6000 atau melayari laman web rasmi KWSP iaitu https://www.kwsp.gov.my/

13 thoughts on “INTERIM i-SINAR RM1000:CARA PERMOHONAN & TARIKH BAYARAN PENDAHALUAN KATEGORI 2”

  1. Saya perlukan duit KWSP untuk membayar hutang ASB BANK dan saya telah membuat permohonan ketegori 1 kenapa tk lulus

    Balas
  2. Saya.ade 4 anak.sy memang perlukan duit.suami Saya sdh tinggalkan sy Dan ank sy.skrg sy tinggal dengan ibu bapa sy..ank 3 org sekolah

    Balas

Leave a Comment