PERHIMPUNAN AGUNG UMNO PAU 2024(Tarikh & Keputusan)

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO PAU 2023 (Tarikh & Keputusan)

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO (PAU)

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 yang akan berlangsung pada bulan Jun nanti yang akan dimanfaatkan sebagai platform terbaik untuk menoktahkan perselisihan faham antara ahli parti berhubung isu sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan. Disini kami akan kongsikan kepada anda maklumat mengenai PAU 2023, semoga membantu.

 

TUJUAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO (PAU) 2023

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 yang akan bermula pada 7 Jun nanti menyaksikan pertambahan perwakilan apabila Ketua-ketua Penerangan UMNO bahagian serta sayap termasuklah Ketua Penerangan Wanita akan hadir ke perhimpunan agung parti tersebut.

 

APA ITU MAJLIS KERJA TERTINGGI UMNO

Majlis Kerja Tertinggi UMNO (sebelum ini Majlis Tertinggi UMNO) ialah sebuah badan eksekutif bagi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Ia menjalankan pentadbiran hal ehwal parti bawah kekuasaan dan perintah Perhimpunan Agung UMNO dan berkuasa menjalankan sebarang tindakan mewakili Perhimpunan Agung pada masa ketiadaannya, namun segala tindakan itu hendaklah dimaklumkan kepada Perhimpunan Agung[2].

Bermula tahun 2018, UMNO memutuskan Majlis Tertinggi (MT) dikenali sebagai Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang turut memikul tugas yang lebih dan menumpukan aspek tertentu dalam pengurusan parti.

 

KEANGGOTAAN MAJLIS KERJA TERTINGGI UMNO

Majlis Kerja Tertinggi UMNO terdiri daripadaPresiden, Timbalan Presiden, Enam orang Naib Presiden termasuk Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri; Setiausaha Agung; Bendahari; Ketua Penerangan; tidak lebih daripada dua puluh lima (25) orang yang dipilih oleh Perhimpunan Agung; dan tidak lebih daripada dua belas (12) orang yang dilantik oleh Presiden termasuk sekurang-kurangnya seorang dari Pergerakan Pemuda, seorang dari Pergerakan Wanita dan seorang dari Pergerakan Puteri.

 

TARIKH PERHIMPUNAN AGUNG UMNO (PAU) 2023

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini menetapkan tarikh Perhimpunan Agung Umno 2023 dari 7 hingga 10 Jun 2023

 

TENTATIF PERHIMPUNAN AGUNG UMNO (PAU) 2023

Berikut adalah merupakan tentatif tentang PAU 2023 iaitu:

  • Setiausaha Agung UMNO memaklumkan seramai 6,351 perwakilan akan terlibat bagi menjayakan perhimpunan agung parti tahun ini dan seperti biasa ianya bermula dengan acara perasmian sayap oleh Timbalan Presiden UMNO pada Rabu, 7 Jun 2023, 9.00 malam.
  • Pada Khamis, 8 Jun, perhimpunan Wanita dan Pemuda serta Puteri akan berlangsung serentak 2023 bermula pukul 8 pagi:
    • Untuk Wanita UMNO, perhimpunan akan diadakan di Dewan Merdeka
    • Untuk Pemuda Umno di Dewan Tun Razak manakala Puteri di Dewan Tun Hussein.
  • Pada Khamis, 8 Jun 2023, pada sebelah malamnya pula akan diadakan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) khas
  • Pada Jumaat, 9 Jun 2023, perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2023 yang bermula dengan acara menaikkan bendera Sang Saka Bangsa

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Perhimpunan Agung UMNO, anda boleh melayari portal rasmi United Malays National Organization (UMNO)

ARTIKEL BERKAITAN

Leave a Comment