PERMOHONAN PROGRAM PENGAKUAN SUKARELA(PKS) LHDNM 2023
Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 memberi peluang kepada pembayar cukai untuk tampil secara sukarela untuk melaporkan pendapatan dan pengiraan cukai yang tepat dan teratur selaras dengan ketetapan LHDNM yang sedang berkuat kuasa serta menggalakkan pembayar cukai membayar cukai dalam tempoh yang ditetapkan. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat permohonan, semoga membantu.
APA ITU PROGRAM PENGAKUAN SUKARELA LHDNM
Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) ini merupakan salah satu usaha kerajaan untuk menggalakkan pembayar cukai tampil secara sukarela dan melaporkan pendapatan yang sepatutnya dalam tempoh program ini dilaksanakan. Ini merupakan inisiatif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) untuk menyokong rukun pemampanan dalam pentadbiran percukaian negara seiring dengan konsep Malaysia Madani.
Program yang ditawarkan ini memberi peluang kepada pembayar cukai untuk meningkatkan tahap pematuhan cukai mereka berteraskan konsep AES (Awareness, Education, Service) yang diamalkan di LHDNM.
KELEBIHAN PROGRAM PENGAKUAN SUKARELA LHDNM
Kelebihan menyertai Program Pengakuan Sukarela adalah:
- Insentif remisi penalti dan cukai akan diberikan secara blanket tanpa perlu mengemukakan permohonan
- Audit tidak akan dijalankan untuk aktiviti dan tempoh terlibat
- Maklumat berkaitan pengikraran akan dirahsiakan
- Kompaun minima dikenakan bagi setiap pengakuan sukarela di bawah Akta yang sama
KELAYAKAN PROGRAM PENGAKUAN SUKARELA LHDNM
Pembayar cukai yang layak ialah:
- Pembayar cukai baharu yang belum pernah melaporkan pendapatan kepada LHDNM tetapi telah memulakan perniagaan atau mempunyai pendapatan.
- Pembayar cukai yang pernah melaporkan pendapatan kepada LHDNM dan mempunyai pendapatan / pendapatan tambahan yang tidak dilaporkan.
- Pembayar cukai yang tidak melaporkan pelupusan aset.
- Pembayar duti yang mengemukakan dokumen / perjanjian yang telah disempurnakan (ditandatangani) pada atau sebelum 01 Mei 2023 untuk penyeteman mulai 06 Jun 2023 hingga 31 Mei 2024.
PERKARA TERLIBAT PROGRAM PENGAKUAN SUKARELA LHDNM
Pengakuan sukarela meliputi perkara berikut:
- Pelaporan pendapatan yang tidak / kurang dilaporkan, perbelanjaan / tuntutan lain yang terlebih tuntut / tidak dibenarkan, pelepasan / potongan / rebat terlebih tuntut dan elaun modal / insentif yang terlebih tuntut;
- Pelaporan pelupusan aset; dan
- Penyeteman dokumen / perjanjian yang tidak dibuat dalam tempoh yang dibenarkan.
TEMPOH PELAKSANAAN PROGRAM PENGAKUAN SUKARELA LHDNM
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan melaksanakan program pengakuan secara sukarela bermula 1 Jun sehingga 31 Mei 2024.
KADAR PENALTI PROGRAM PENGAKUAN SUKARELA LHDNM
Melalui PKPS, kadar penalti yang dikenakan adalah seperti berikut:
KATEGORI PENGAKUAN SUKARELA | KADAR PENALTI |
Pembayar cukai baharu | 0% |
Pembayar cukai sedia ada yang Tidak mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi mana-mana tahun taksiran yang terlibat Telah mengemukakan BNCP tetapi tidak melaporkan pendapatan yang tepat dan teratur selaras dengan ketetapan LHDNM yang sedang berkuat kuasa bagi tahun taksiran yang terlibat | 0% |
Pembayar cukai yang tidak melaporkan pelupusan aset bagi tahun taksiran yang terlibat | 0% |
Pembayar duti yang mengemukakan dokumen / perjanjian yang telah disempurnakan (ditandatangani) pada atau sebelum 01 Mei 2023 untuk penyeteman mulai 06 Jun 2023 hingga 31 Mei 2024 | 0% |
DOKUMEN DIPERLUKAN
Tiada dokumen sokongan diperlukan semasa mengemukakan permohonan melainkan diminta oleh pegawai.Syarikat hanya perlu memilih Akta yang terlibat, jumlah yang bertanggungan dan kategori permohonan
CARA PERMOHONAN PROGRAM PENGAKUAN SUKARELA LHDNM
Pengakuan sukarela hendaklah dibuat melalui kaedah berikut:
Bagi pembayar cukai baharu | BNCP / Borang Nyata Cukai Keuntungan Harta Tanah (BNCKHT) perlu dikemukakan dalam tempoh pelaksanaan PKPS sama ada secara e-Filing / e-CKHT atau manual. |
Bagi pembayar cukai sedia ada | Tidak mengemukakan BNCP / BNCKHT.
Telah mengemukakan BNCP namun terdapat pendapatan yang tidak dilaporkan.
|
Bagi pengakuan sukarela yang melibatkan isu harga pindahan | Borang Pengakuan Sukarela Bagi Kes Harga Pindahan boleh dimuat turun dari Portal Rasmi LHDNM. Borang yang telah lengkap diisi berserta lampiran perlu dikemukakan kepada Pejabat LHDNM yang mengendalikan fail pembayar cukai atau ke Pejabat LHDNM yang berhampiran. |
Bagi pembayar duti | Dokumen / perjanjian perlu dikemukakan melalui Stamp Assessment And Payment System (STAMPS) untuk proses penyeteman. |
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Program Pengakuan Sukarela LHDNM, anda boleh merujuk Soalan Lazim Program Khas Pengakuan Sukarela Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
ARTIKLEL BERKAITAN:
- ezHASiL eFiling CUKAI PENDAPATAN (CARA ISI UNTUK KALI PERTAMA)
- CUKAI TAKSIRAN/PINTU (CARA BAYAR ONLINE SETIAP PBT)
- CARA ISI e-FILING CUKAI PENDAPATAN TAX FREELANCE (Bekerja Sendiri)