KOD WARNA KERETA PALING POPULAR & TERKINI

CARA CARI SEMAK KOD NAMA WARNA KERETA PALING POPULAR & TERKINI

Pada pengguna kenderaan terutamanya kereta, semestinya warna cat kereta tersebut akan menyerlahkan rupa luaran kereta dan turut juga mencerminkan personaliti dan karakter pemilik. Disebabkan ini, kebanyakkan pemilik kereta mengambil keputusan untuk menukar warna cat kereta mengikut ekspresi, gaya dan keperibadian pemilik. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara semak kod warna kereta dan juga warna paling popular, semoga membantu.

APA ITU KOD WARNA KERETA

Untuk makluman, setiap pengeluar kereta menggunakan kod warna cat yang berbeza-beza. Malah setiap warna cat walaupun namanya serupa (contohnya : hitam @ black) terdapat beratus variasi warna cat hitam dengan pelbagai nombor kod dan nama. Hanya melalui kod warna yang dapat menjamin warna cat tersebut adalah tepat dan sama.

SENARAI WARNA KERETA PALING POPULAR

Berikut adalah merupakan antara senarai warna kereta paling popular mengikut ranking iaitu:

  1. Akromatik
  2. Hitam
  3. Perak
  4. Putih
  5. Kelabu
  6. Merah
  7. Coklat
  8. Hijau
  9. Biru
  10. Kuning

CARA SEMAK KOD WARNA KERETA

Bagi anda yang ingin mengetahui kod asal warna kenderaan anda, berikut adalah merupakan caranya:

  • Merujuk kod warnaa cat kereta yang terdapat pada buku manual kereta anda.; atau
  • Terdapat beberapa bahagian kereta yang biasanya tercatat kod warnaa cat kereta. Biasanya terdapat pada sticker body chasis yang terletak diruangan enjin, sisi pintu atau dibahagian bonet (biasanya di ruang simpan ‘spare tire’.)

KETAHUI KOD WARNA KERETA

Kepada anda ingin mendapatkan kod warna yang lebih lanjut boleh merujuk pada kedai car berhampiran anda. Berikut adalah merupakan antara contoh kod warna kereta iaitu:

PANDUAN DAPATKAN KELULUSAN TUKAR WARNA KERETA DI JPJ

Untuk makluman anda, sekiranya anda membuat penukaran warna cat kereta anda seharusnya mendapat kelulusan daripada  daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Pastikan kereta anda telah dicatkan dengan warna yang baharu
  2. Jika anda mengecat kenderaan lebih daripada satu warna, warna yang paling banyak atau warna dominan dianggap sebagai warna utama kenderaan;
  3. Setelah proses mengecat kenderaan selesai, hadir ke pejabat JPJ untuk pemeriksaan dan kemas kini maklumat;
  4. Anda perlu mengisi borang JPJ K8 (Notis Pertukaran Butir-Butir Kenderaan dan Pemunya Berdaftar), kemudian, serahkan kepada pegawai JPJ yang bertugas;
  5. Pegawai JPJ akan memeriksa warna pada kenderaan anda sebelum kelulusan diberikan. Jika lulus, maklumat anda akan dikemas kini dalam sistem MySikap;
  6. Tiada bayaran akan dikenakan untuk prosedur ini.

NOTA: Permohonan kelulusan pengubahsuaian warna kenderaan ini perlu dilakukan dalam tempoh tujuh hari untuk mengelakkan pemilik kenderaan daripada dikenakan tindakan undang-undang.

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment