CARA PASANG GPS TRACKER (Motosikal & Kereta)

CARA PASANG GPS TRACKER (Motosikal & Kereta)

CARA PASANG GPS TRACKER

Untuk menjaga keselamatan kenderaan anda daripada kehilangan atau kecurian, kini terdapat cara untuk anda menjejaki kenderaan anda iaitu dengan memasang GPS Tracker. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara pasang GPS Tracker pada kenderaan anda sama ada kereta atau motosikal, semoga membantu.

 

APA ITU GPS TRACKER

Gps tracker atau gps tracking adalah sebuah alat yang fungsi utamanya adalah memberikan informasi posisi kenderaan atau benda yang akan dikesan dengan memanfaatkan satelit GPS (Global Positioning System) dan GSM sehingga data koordinat posisi alat gps tracker boleh dihantar melalui jaringan GSM atau GPRS kepada pemilik.

 

KELEBIHAN GPS TRACKER

Berikut adalah merupakan antara kelebihan yang diperolehi sekiranya memasang GPS Tracker iaitu:

  • Boleh mengesan kenderaan di mana-mana
  • Boleh matikan (cut off) enjin dari di start
  • Boleh set alarm geo gence klu kenderaan keluar dari radius ditetapkan.
  • boleh tgk mileage penggunaan.
  • boleh tgk driving behaviour. Berapa speed selalu lenjan.
  • boleh playback semula ke mana kenderaan bergerak.

 

DIAGRAM PEAMSANGAN GPS TRACKER

Berikut adalah merupakan diagaram pemasangan GPS Tracker seperti gamabr di bawah:

 

CARA PASANG GPS TRACKER

Berikut adalah merupakan cara pasang GPS Tracker pada kenderaan anda iaitu:

  • GPS Tracker ini perlu dipasang terus dipunca kuasa yang hidup 24 jam seperti di terminal bateri ataupun disambung di kotak fius.
  • Sebaiknya disambung ke punca + dan – di bateri kenderaan anda untuk mengelakkan masalah gangguan sistem jika kenderaan anda menggunakan komputer box.
  • Untuk memudahkan pemasangan, disarankan anda gunakan 2 wayar sahaja iaitu wayar negatif dan positif yg disambung terus ke terminal bateri dlm ruangan enjin.
  • Tetapi body GPS dan 2 antena hendaklah ditempatkan dalam dashboad kenderaan anda. Ini adalah kerana suhu di ruangan enjin panas dan mungkin terkena air .
  • Tempatkan GPS tracker anda di lokasi rahsia.

 

CARA SETTING GPS TRACKER

Berikut adalah merupakan cara untuk setting GPS Tracker pada kenderaan anda iaitu:

  1. Daftar dan aktifkan sim.
  2. Masukkan sim ke dalam slot sim di GPS tracker.
  3. Wiring GPS di kenderaan anda. Ambil punca kuasa daripada terminal bateri.
  4. Buat sambungan wayar ke dalam kabin kenderaan anda.
  5. Tempatkan GPS di bawah dashboard dan sembunyikan.
  6. Tunggu kedua2 isyarat GPS (satelit dan komunikasi GSM) berfungsi. Lampu hijau dan merah akan berkelip2 (bergantung pada jenis model). Indicator satelit dan telefon akan kelihatan jika GPS telah siap utk disetting.
  7. Sms (bergantung pada jenis model, contoh”begin123456″) ke nombor gps anda. Gunakan hp anda.
  8. Jika GPS reply sms “begin ok!”, ini menunjukkan gps anda telah berfungsi.
  9. Buat satu call ke GPS untuk tujuan menguji.
  10. Jika GPS reply sms dlm bentuk kordinat satelit, ini menunjukkan GPS telah berfungsi dgn baik.

 

CARA MENGESAN KENDERAAN GUNA GPS TRACKER

Setelah anda memasang peranti ini, berikut adalah merupakan cara untuk mengesannya:

  1. Call ke nombor sim GPS yang dipasang di dalam kenderaan anda. Tamatkan panggilan setelah dapat voicemail.
  2. Tunggu sehingga GPS menghantar sms lokasi ke hp anda. Biasanya dalam tempoh 15 saat hingga 60 saat sahaja. Jika tiada liputan telefon , GPS mungkin lambat menghantar sms. Tetapi tetap akan diterima. Sebab operasi GPS TRACKER ini bergantung kepada liputan telefon dan liputan satelit.
  3. Setelah menerima sms drpd GPS, sila klik url yang berwarna biru. Pastikan anda on location di hp pintar anda.
  4. Kini anda boleh melihat di mana kenderaan anda berada melalui hp pintar anda. Cuma pastikan hp anda telah download “google maps”.

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment