Isi Kandungan
BORANG PERMOHONAN KEMASKINI STR 2023 BK-02 (Muat Turun & Cara Isi)
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 telah dibuka bagi membantu dan meringankan keluarga, isi rumah, bujang yang kelayakan untuk meneruskan kehidupan di Malaysia bagi tahun 2023. Bagaimana cara untuk muat turun dan mengisi borang permohonan kemaskini STR 2023? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
TARIKH PERMOHONAN STR 2023
Permohonan secara fizikal / manual melalui borang kertas bermula 08 Mac 2023 – 31 Mac 2023 (tertakluk kepada perubahan).
KELAYAKAN PERMOHONAN BAHARU STR 2023
Pemohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
Isi Rumah |
|
Warga Emas Tiada Pasangan |
|
Bujang |
Nota: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang. |
DOKUMEN YANG PERLU DISEDIAKAN
Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:
- Pemohon:
- Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
- Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
- Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
- Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
- Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Pasangan:
- Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
- Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
- Anak:
- Anak Kandung
- Salinan MyKad / MyKid; dan
- Salinan Sijil Lahir
- Anak Angkat
- Salinan MyKad / MyKid; dan
- Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
- Anak Kandung
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN KEMASKINI STR 2023
Untuk permohonan kemaskini STR menggunakan borang, anda seharusnya muat turun terlebih dahulu disini didapati secara percuma:
CARA MENGISI BORANG PERMOHONAN KEMASKINI STR 2023
Setelah anda memuat turun borang tersebut, berikut adalah merupakan cara mengisi dan menghantar borang.
- Pastikan anda muat turun dan print borang permohonan kemaskini STR 203. Sekiranya anda tidak dapat memuat turun borang tersebut, anda boleh dapatkannya di cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
- Lengkapkan segala maklumat dan butiran yang diperlukan pada borang permohonan dengan betul dan tepat.
- Kemudian anda boleh menghantar Borang permohonan Kemaskini yang telah diisi di kaunter-kaunter berikut:
- Cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; atau
- Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau
- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau iv. Pejabat Daerah / Pejabat Residen
- Anda juga boleh membuat penghantarn secara Pos ke alamat seperti berikut:
- Peti Surat BKM, GPO Shah Alam, 40800 Selangor
NOTA: Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima. Setiap permohonan baru dan senarai penerima ada dalam sistem data LHDN online akan melalui proses verifikasi untuk menentukan samada anda layak lulus atau tidak.
PERMOHONAN STR 2023 SECARA ONLINE
Anda digalakkan untuk membuat permohonan secara online bagi memudahkan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri proses application anda dan dalam pada masa yang sama dapat mengurangkan kehadiran orang ramai ke mana-mana kaunter LHDN yang terdekat dengan anda.
Berikut adalah cara permohonan online:
- Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my/#
- Klik Permohonan Baharu
- Setelah berjaya log masuk, klik Kemaskini Permohonan
- Masukkan No. MyKad dan klik Semak. Isikan semua maklumat bertanda *
- Klik Teruskan
- Isi Kod Captcha dan klik Sahkan Captcha
- Tandakan Perakuan Pemohon Berkenaan
- Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan
- Setelah permohonan berjaya dihantar, klik butang Cetak untuk simpan rekod permohonan
ARTIKEL BERKAITAN
- PERMOHONAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN (SKK)
- LUPA PASSWORD BKM UNTUK CHECK STR (Cara Cari Semula Kata Kunci Di HP)
Saya perlukan
bantuan ini
Sya perlukan bantuan ini