MUAT TURUN PERMIT PERGERAKAN PKP BAGI YANG TIDAK MEMPUNYAI TELEFON PINTAR

MUAT TURUN PERMIT PERGERAKAN PKP BAGI YANG TIDAK MEMPUNYAI TELEFON PINTAR

MUAT TURUN PERMIT PERGERAKAN PKP

Berdasarkan makluman daripada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, Rakyat di Semenanjung boleh memuat turun borang PERMIT PERGERAKAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN(PKP)  dan perlu dicetak 2 salinan dan diserahkan kepada balai berdekatan untuk kelulusan.

Kaedah ini untuk mereka yang tiada akses aplikasi ‘Gerak Malaysia’ boleh buat permohonan secara manual dengan memuat turun borang itu. Sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin pada 1 Mei lalu, pengecualian pergerakan rentas sempadan negeri menggunakan aplikasi mudah alih “Gerak Malaysia” hanya dibenarkan kepada dua kategori individu sahaja iaitu:

  1. Orang ramai yang terkandas di kampung atau tempat-tempat lain untuk pulang semula ke rumah masing-masing, dan

 

  1. Bagi mereka yang hendak kembali ke tempat kerja sahaja.

 

Aplikasi dalam talian yang dinamakan “Gerak Malaysia” telah dibangunkan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bermula 25 April lalu.

 

Orang ramai dinasihatkan memuat turun aplikasi terkini “Gerak Malaysia” versi 2.0 di Play Store bagi pengguna Android dan App Store bagi pengguna iOS.

 

Manakala bagi orang ramai yang tiada kemudahan telefon pintar pula, anda dikehendaki untuk:

 

a.Memuat turun borang “Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)” di Media Sosial Rasmi PDRM,

 

b.Mengisi borang tersebut dengan lengkap dalam dua (2) salinan,

 

c.Menghubungi balai polis berhampiran bagi tujuan temu janji untuk penyerahan borang, dan

 

d.Menghantar dua (2) borang yang telah lengkap di balai polis untuk proses kelulusan.

 

JADUAL PERGERAKAN MENGIKUT TARIKH & NEGERI 

Orang ramai yang telah mendapat kelulusan boleh membuat pergerakan masing-masing seperti ketetapan berikut:

 

  1. Pergerakan untuk pulang dari Kuala Lumpur adalah pada 7 Mei 2020 (Khamis),

 

  1. Pergerakan untuk pulang dari Perak, Johor dan Kelantan adalah pada 8 Mei 2020 (Jumaat),

 

  1. Pergerakan untuk pulang dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang adalah pada 9 Mei 2020 (Sabtu), dan

 

  1. Pergerakan untuk pulang dari Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu adalah pada 10 Mei 2020 (Ahad).

 

Perlu diingatkan bahawa pergerakan untuk pulang ke kediaman masing-masing ini dilakukan pada hari yang telah ditetapkan sahaja.

MUAT TURUN PERMIT PERGERAKAN PKP BAGI YANG TIDAK MEMPUNYAI TELEFON PINTAR

Contoh permit pergerakan pkp yang disediakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk urusan rentas/keluar negeri bagi tujuan kecemasan yang wajar dipertimbangkan. Muat turun permit pegerakan PKP  disini.

 

Tags: #MUAT TURUN PERMIT PERGERAKAN PKP BAGI YANG TIDAK MEMPUNYAI TELEFON PINTAR

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    CARA LANGGAN ASTRO BEST/FIRST CHANNEL & ASTRO GO
    CARA LANGGAN ASTRO BEST/FIRST CHANNEL & ASTRO GO   Jika anda ingin langgan
    SENARAI LATIHAN KEMAHIRAN LEPASAN SPM
    SENARAI LATIHAN KEMAHIRAN LEPASAN SPM Jika anda berminat untuk menjalani latihan kemahiran selepas
    KELEBIHAN UNIVERSITI AWAM BERBANDING SWASTA
    KELEBIHAN UNIVERSITI AWAM BERBANDING SWASTA Berdasarkan data, terdapat lebih daripada 400 institusi swasta
    TESP MARA 2022 (Permohonan & Semakan Status Tajaan)
    TESP MARA 2022 (Permohonan & Semakan Status Tajaan)   Majlis Amanah Rakyat (MARA)

    Leave a reply "MUAT TURUN PERMIT PERGERAKAN PKP BAGI YANG TIDAK MEMPUNYAI TELEFON PINTAR"