CARA PENGIRAAN JUAL SURAT PAJAK (Kedai Jual Near Me)

CARA PENGIRAAN JUAL SURAT PAJAK (Kedai Jual Near Me)

SURAT PAJAK

Kepada anda yang merupakan pelanggan (penggadai) yang ingin menjual surat pajak gadai disebabkan tidak mampu menebus balik barang gadaian atau terbeban dengan upah simpan dan pelbagai masalah kewangan yang lain, semestinya ingin menjual surat tersebut. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara penggiraan  dan cara menjualnya, semoga membantu.

 

APA ITU SURATPAJAK

Surat pajak merupakan dokumen bagi yang telah menggadai barang kemas mereka di mana mana kedai pajak gadai. Setiap suraat pajak yang dikeluarkan biasanya mempunyai tempoh masa selama 6 bulan untuk ditebus dan pinjaman diberikan sehingga maksimum 70% serta mungkin lebih bergantung budi bicara pengurus.

 

CARA PENGGIRAAN SURAT PAJAK

Berikut adalah merupakan contoh penggiraan asas dan kos yang terlibat dalam proses jualan iaitu:

  • Jika nilai emas anda RM1800 (mengikut harga emas terpakai) dan dipajak dengan harga RM1200, jumlah nilai surat pajak anda akan mengikut berat dan amaun pinjaman.
  • Contohnya jika pajak gadaian RM1200 dengan faedah RM100 (Jumlah perlu bayar pada pajak RM1300), anda akan mendapat keuntungan sebanyak RM500 bersih selepas tolak Pinjaman Serta faedah.

NOTA: Ini adalah contoh pengiraan asas, untuk mendapatkan harga yang sebetulnya anda boleh merujuk agensi yang membeli surat pajak tersebut.

 

CARA MENJUAL SURAT PAJAK

Berikut adalah merupakan prosuder penjualan surat paajak iaitu:

  1. Anda boleh hadir ke mana-mana kedap pajak gadai
  2. Kemudian anda boleh menawarkan untuk menjual surat pajaak tersebut
  3. Pembeli pajak gadai akan meneliti suraat pajak gadai yang dikemukakan oleh anda bagi mendapatkan maklumat penting yang tertera pada suraat berkenaan seperti
    • Berat emas
    • Jumlah hutang
    • Kadar upah simpan setiap bulan.
  4. Setelah persetujuan dicapai tentang nilai suraat pajak berkenaan, pembeli pajak gadai akan menyerahkan wang lebihan kepada pelanggannya.
  5. Kebiasaannya, pembeli pajak gadai bersama-sama dengan pelanggannya akan ke kedai pajak gadai yang berkaitan sebagaimana yang dinyatakan dalam suraat pajak gadai tersebut.
  6. Proses penebusan dibuat sama ada oleh pihak pembeli pajak gadai sendiri atau pihak penggadai bergantung kepada syarat yang telah ditetapkan oleh institusi yang menawarkan kemudahan skim pajak gadai.
  7. Setelah pembayaran hutang/penebusan dibuat, barang gadaian akan diserahkan kepada pembeli pajak gadai anda.
  8. Baki selebihnya akan diserahkan kepada penjual (penggadai) setelah pembeli pajak gadai anda menerima barang kemas yang telah ditebus oleh penjual tersebut.

 

SURATPAJAK TAMAT TEMPOH BOLEH DIJUAL?

Untuk makluman anda, ianya boleh dijual tapi ianya andalah subjektif, cotohnya:

  • Bagi emas di pajak di pajak gadai cina @ konvensional perlu hubungi pihak pajak gadai untuk pastikan emas masih ada atau tidak? Jika emas masih ada, maka boleh berurusan.
  • Bagi emas di Ar-Rahnu pula, jika emas belum dilelong masih boleh dijual. Hubungi pihak Ar-Rahnu untuk kepastian.

 

SENARAI KEDAI MEMBELI SURAT PAJAK

Anda boleh pergi ke kedai pajak gadai yang berhampiran dengan tempat tinggal anda. Untuk menyemak lokasi kedai pajak gadai berhampiran, anda boleh merujuk pada pautan di bawah:

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment