CARA MUDAH TULIS SURAT CARA HIBAH(Format & Contoh Terkini)

CARA MUDAH TULIS SURAT CARA HIBAH(Format & Contoh Terkini)

CARA MUDAH TULIS SURAT CARA HIBAH(Format & Contoh Terkini)

Anda pernah terfikir tentang cara mudah tulis surat cara hibah?Sebelum itu, anda perlu memahami secara ringkas tentang hibah.

 

PENGENALAN TENTANG HIBAH

Hibah adalah perkara yang berbeza dengan faraid. Ia tidak ada kena- mengena langsung dengan faraid. Faraid adalah mekanisme menguruskan harta si mati supaya ia diuruskan dengan adil dan diberikan kepada yang berhak.Hibah pula hak seseorang yang hidup untuk mencapai keredaan Allah.

Namun, di Malaysia masih ramai yang mempertikaikan isu hibah.Keadaan ini berlaku mungkin kerana hibah yang dilakukan di Malaysia dalam keadaan tidak mempunyai akta yang cukup kuat.

 

RUKUN HIBAH

Terdapat empat rukun hibah :

PERTAMA – pemberi,
KEDUA – penerima
KETIGA – harta yang hendak dihibahkan
KEEMPAT – Ijab kabul (Kontrak)

Kontak ini sangat penting sebagai rujukan dan bukti hitam putih Bagaimanakah cara mudah tulis surat cara hibah?


JENIS HIBAH

Terdapat 2 jenis HIBAH :

HIBAH MUTLAK
– berkuat kuasa serta merta
– terus menjadi hak milik si penerima

HIBAH BERSYARAT
– terdapat syarat sampingan
– perlu  surat hitam putih
– perlu saksi
– tarikh hibah berkuat kuasa contohnya selepas meninggal dunia

 

CONTOH SURAT CARA HIBAH

1) Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

2) Saya, NAMA ( NO. KP XXXX ) yang beralamat di ALAMAT adalah seorang warganegara Malaysia ( selepas ini dirujuk sebagai “Pemberi Hibah” tersebut )

3) Bahawa saya XXX ( NO. KP XXX ) pemilik berdaftar tanah berkelompok di Felcra Air XXX yang terletak di bawah pegangan hakmilik Pajakan Mukim XXX, Lot XXX dan Pajakan Mukim XXX, Lot XXX, Mukim XXX, Daerah XXX, Negeri Sembilan dengan fikiran yang waras dan sempurna dan dengan kehendak serta kerelaan hati saya sendiri menghibahkan hak saya ke atas tanah yang berikut :-

i) Sebidang tanah tapak rumah yang terletak di bawah pegangan hakmilik ALAMATXXX kawasan seluas 899 meter persegi di mana di atasnya telah didirikan sebuah rumah kekal jenis banglo saya hibahkan kepada XXX ( NO. KP XXX ) yang beralamat di XXX (selepas ini dirujuk sebagai “Penerima Hibah” tersebut )

4) BAHAWASANYA saya dengan ini menghibahkan tanah dan aset tersebut kepada Penerima Hibah, Bertarikh pada haribulan 2017

ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK SAKSI DAN KEPADANYA SAYA MEMOHON AMPUN

………………………………… NAMA NO. KP XXX

Ditandatangani oleh saya, Pemberi Hibah ) Di hadapan saksi-saksi seperti di bawah yang ) hadir bersama-sama dengan saya dan saksi- ) saksi dengan ini redha menurunkan nama ) tandatangan mereka sebagai saksi-saksi pada )

 

  1. ………………………………… ) Nama : ) No. KP : )
  2. ………………………………… ) Nama : ) No. KP : )PERSETUJUAN PENERIMAAN HIBAH DARIPADA NAMA ( NO. KP XXX) MELALUI SURAT IKATAN HIBAH BERTARIKH :Saya, NAMA ( NO. KP XXX) beralamat di ALAMAT dengan fikiran yang waras dan sempurna dengan kehendak serta kerelaan sendiri menerima tanah dan aset yang dihibahkan kepada saya oleh Pemberi Hibah tersebut seperti yang telah ditetapkan oleh Pemberi Hibah tersebut.Bertarikh pada haribulan 2017ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK SAKSI DAN KEPADANYA SAYA MEMOHON AMPUN

    ………………………………… NAMA NO. KP XXX

Ditandatangani oleh saya, Penerima Hibah ) Di hadapan saksi-saksi seperti di bawah yang ) hadir bersama-sama dengan saya dan saksi- ) saksi dengan ini redha menurunkan nama ) tandatangan mereka sebagai saksi-saksi pada )
1. ………………………………… ) Nama :               )No. KP :                    )
2. ………………………………… ) Nama :                ) No. KP :                  )

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk maklumat lebih lanjut, layari http://www.mais.gov.my/hibah/

 

ARTIKEL LAIN

CONTOH SURAT PEMBATALAN INSURANS/TAKAFUL(Surat Rasmi Cancel)

CARA GUNA MEDICAL CARD INSURANS @ TAKAFUL(Bila Layak Masuk Hospital Swasta)

 

2 thoughts on “CARA MUDAH TULIS SURAT CARA HIBAH(Format & Contoh Terkini)”

  1. Pertanyaan saya. Bolehkah tandatangan saksi dikalangan penerima hibah itu sendiri atau sesama adik beradik.

    Balas

Leave a Comment