SEMAKAN CUKAI TANAH PAHANG (Cara Check & Bayar)

SEMAKAN CUKAI TANAH PAHANG (Cara Check & Bayar)

SEMAKAN CUKAI TANAH PAHANG

Kepada warga penduduk negeri Pahang, sekiranya anda mempunyai hartanah sendiri semestinya tanggungjawab anda kepada kerajaan negeri adalah untuk buat bayaran cukai tanah pada tempoh dan tarikh yang ditetapkan iaitu antara 1 januari hingga 31 Mei setiap tahun. Disini kami kongsikan cara untuk membuat semakan cukai tanah Pahang secara online, semoga membantu.

 

APA ITU CUKAI TANAH

Cukai tanah dikenakan kepada pemilik bagi mana-mana hartanah atas tanah (landed) di Malaysia, termasuklah tanah pegangan bebas (freehold) dan pajakan (leasehold). Ia dinilai dan dikenakan oleh kerajaan negeri, menerusi Pejabat Tanah Dan Galian (PTG). Cukai tanah juga ada dikenakan ke atas bangunan strata.

 

KADAR BAYARAN CUKAI TANAH PAHANG

Caj yang dikenakan untuk cukai tanah dinilai berdasarkan jumlah tanah yang dikira sebagai sebahagian daripada hartanah anda. Dalam erti kata lain: setiap kaki persegi (kps) hartanah atas tanah akan dinilai.

Kadar cukai yang dikenakan adalah berbeza-beza setiap Negeri, malah harga antara daerah pun tidak sama. Cukai di luar bandar lebih murah berbanding hartanah di bandar, jadi pastikan anda memeriksakan butiran di geran anda sebelum membuat sebarang pembayaran.

 

CARA SEMAKAN CUKAI TANAH PAHANG ONLINE

Berikut adalah pautan untuk membuat semakan cukai tanah pahang secara online iaitu:

  1. Layari Portal PTG: https://ptg.pahang.gov.my/
  2. Pada paparan utama klik pada Perkhidmatan Atas Talian > Bayaran cukai Tanah Atas Talian
  3. Baca Terma & Syarat yang tertera, kemudian tick pada kota tertera dan klik pada Setuju.
  4. Terdapat dua cara untuk Semakan Maklumat Cukai Tanah iaitu:
    • Nombor Hakmilik – Contoh : 060201HSD00006666
    • Maklumat Cukai – boleh merujuk bil cukai tanah atau geran hak milik
  5. Setelah memasukkan maklumat yang diperlukan, klik pada Semak Cukai
  6. Paparan Maklumat cukai berada di bahagian bawah Semakan Maklumat Cukai Tanah, anda dikehendaki untuk scroll ke bawah
  7. Bagi mencetak maklumat cukai, pilih arahan cetak melalui Browser, kemdian klik print

 

CARA BAYARAN CUKAI TANAH PAHANG ONLINE

Berikut adalah merupakan cara untuk anda membuat pembayaran secara online iaitu:

  1. Ikuti langkah 1 hingga langkah 5 seperti di atas
  2. Paparan Maklumat cukai berada di bahagian bawah Semakan Maklumat Cukai Tanah, anda dikehendaki untuk scroll ke bawah
  3. Kemudian klik pada Bayar di bahagian bawah Maklumat Cukai
  4. Satu pop up akan pengesahan akan tertera, klik pada Klik Untuk Membayar
  5. Pilih bank untuk meneruskan pembayaran
  6. Setelah selesai pembayaran, pastikan anda cetak atau dowload resit untuk rujukan anda

 

SOALAN LAZIM (FAQ) CUKAI TANAH PAHANG

Di manakah saya boleh dapatkan Bil Cukai Tanah jika saya tidak menerimanya?

  • Pemilik Tanah Berdaftar boleh mendapatkan Bil Cukai Tanah di mana-mana Pejabat Tanah & Daerah dan juga Pejabat Tanah Galian dengan mengemukakan maklumat seperti Nombor Hakmilik dan Nombor Lot.

Adakah saya perlu membayar Cukai Tanah sedangkan saya tidak pernah mendapat bil?

  • Menurut Seksyen 93, Kanun Tanah Negara 1965, pemilik tanah berdaftar adalah bertanggungjawab untuk menyelesaikan cukai tanah yang dimilikinya tanpa gagal.

Bila Perlu Bayar Cukai Tanah?

  • Bermula pada 1 Januari hingga 31 Mei tiap-tiap tahun. Menurut Seksyen 94 Kanun Tanah Negara 1965, Cukai Tanah hendaklah dibayar sepenuhnya mulai hari pertama tiap-tiap tahun dan akan menjadi tunggakan pada hari pertama bulan Jun tahun itu. Apabila mana-mana cukai tanah terhutang, denda kerana terhutang adalah kena dibayar sebagai tambahan kepada cukai semasa.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari web rasmi Pejabat Tanah Dan Galian Pahang di pautan https://ptg.pahang.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

BSM YAYASAN PAHANG(Semakan Status Permohonan Biasiswa Tingkatan 1 & 4 2023)

2 thoughts on “SEMAKAN CUKAI TANAH PAHANG (Cara Check & Bayar)”

Leave a Comment