BSM YAYASAN PAHANG(Semakan Status Permohonan Biasiswa Tingkatan 1 & 4)

BSM YAYASAN PAHANG(Semakan Status Permohonan Biasiswa Tingkatan 1 & 4)

BSM YAYASAN PAHANG

 

Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang kini membuka permohonan baharu Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) untuk murid-murid Tingkatan 1 dan 4 sesi persekolahan 2023. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan BSM Yayasan Pahang, semoga membantu.

 

APA ITU BSM YAYASAN PAHANG?

Kerajaan Negeri Pahang telah memperkenalkan BSM sejak tahun 1983 yang diberikan kepada murid anak Pahang yang belajar di Sekolah Menengah.

BSM diberikan kepada isi rumah di Negeri Pahang yang mempunyai tanggungan anak bersekolah yang ramai, anak yatim, keluarga miskin atau ibubapa uzur atau ibu tunggal atau peserta Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Walau bagaimanapun, sejak tahun 2003 BSM juga turut ditawarkan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.

 

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN BSM YAYASAN PAHANG

Pemohon yang ingin memohon BSM perlu memenuhi syarat-syarat yang diperlukan iaitu:

  • Pemohon ialah warganegara Malaysia.
  • Ibu atau bapa pemohon ialah warganegara Malaysia.
  • Pemohon/ibu/bapa lahir di Negeri Pahang.
  • Jika pemohon/ibu/bapa lahir di luar negeri Pahang, mereka mestilah bermastautin di Pahang lebih daripada 10 tahun.
  • Pemohon mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan kewangan yang lain.
  • Keutamaan permohonan diberikan kepada pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
  • Pemohon adalah murid yang cemerlang akademik dan kokurikulum di sekolah.
  • Pemohon adalah murid Tingkatan 1 atau 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan/Sekolah Berasrama Penuh/Kolej Vokasional/Sekolah Teknik/Sekolah Menengah Agama/Sekolah Menengah Agama Negeri/Sekolah Menengah Agama Rakyat/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang sahaja.
  • Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) keluarga pemohon tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
  • Pemohon yang pernah digantung/dibuang boleh dipertimbangkan permohonan semula di Tingkatan 4 jika berkelakuan baik.

 

TARIKH PERMOHONAN BSM YAYASAN PAHANG 2023

Permohonan bagi BSM Tingkatan 1 dan 4 telah dibuka bermula 10 Mei 2023 sementara tarikh tutup adalah pada 12 Jun 2023.

 

KADAR BSM YAYASAN PAHANG

Sebelum tahun 2012, pemohon yang layak akan menerima BSM sebanyak RM500 setahun.

Namun selepas tahun 2012, kadar BSM telah dinaikkan kepada RM600 setahun.

 

JENIS SEKOLAH TERLIBAT BSM YAYASAN PAHANG

Berikut adalah merupakan Jenis sekolah yang layak memohon biasiswa ini:

  • Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Sekolah Menegah Teknik (SMT)
  • Sekolah Menengah Agama (SMA)
  • Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

 

CARA PERMOHONAN BSM YAYASAN PAHANG

Berikut adalah cara memohon BSM:

  1. Dapatkan borang permohonan BSM di sekolah masing-masing.
  2. Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul.
  3. Hantar borang permohonan yang lengkap ke sekolah semula.
  4. Borang permohonan yang diterima oleh pihak sekolah tidak perlu dihantar kepada Yayasan Pahang.
  5. Sebaliknya pihak sekolah perlu membuat permohonan secara atas talian di http://eyayasan2.yp.org.my/bsmyp/jpnp/.

 

PERMOHONAN BIASISWA PAHANG TINGKATAN 6 RENDAH

Permohonan biasiswa tingkatan 6 Rendah sesi persekolahan 2023 di Sekolah Menengah Kebangsaan / Sekolah Menengah Kebangsaan Agama / Sekolah Menengah Agama dalam negeri Pahang kini dibuka

KADAR BIASISWA

  • Kadar biasiswa yang ditawarkan adalah RM 300 bagi setiap penerima.

SYARAT KELAYAKAN

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia.
  • Ibu atau bapa atau penjaga warganegara Malaysia.
  • Pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga lahir di Negeri Pahang Darul Makmur.
  • Jika pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga lahir di luar negeri Pahang, mestilah bermastautin di negeri Pahang lebih dari 10 tahun.
  • Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa atau penjaga tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.
  • Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
  • Pemohon mestilah sedang belajar di tingkatan 1, 4 dan 6 Rendah tahun semasa di Sekolah Menengah Kebangsaan / Sekolah Berasrama Penuh / Kolej Vokasional / Sekolah Teknik / Sekolah Menengah Agama Kebangsaan/ Sekolah Menengah Agama Negeri / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang Darul Makmur (Diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Pahang).
  • Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
  • Murid yang pernah digantung / dibuang boleh dipertimbangkan permohonan semula pada tingkatan 4 jika berkelakuan baik.
  • Permohonan hanya boleh dibuat melalui sekolah dan pejabat ADUN pada tahun semasa.

TARIKH PERMOHONAN

  • Tarikh tutup permohonan adalah pada akan dikemaskini

 

SOALAN LAZIM  BSM YAYASAN PAHANG

Berapakah jumlah wang yang akan diterima sekiranya permohonan BSM saya diluluskan?

  • Pemohon yang berjaya akan menerima jumlah BSM sebanyak RM600 setahun.

Adakah layak untuk memohon jika anak saya yang kini bersekolah di Tingkatan 3?

  • Buat masa ini, permohonan BSM hanya dibuka bagi Tingkatan 1 dan 4 sahaja. Sebarang perubahan akan dimaklumkan.

Bagaimana cara hantat borang permohonan BSM?

  • Borang permohonan BSM perlu dihantar ke pihak sekolah dan pihak sekolah akan menguruskan permohonan tersebut ke Yayasan Pahang.

Saya bukan lahir di Pahang tetapi telah menetap lebih daripada 11 tahun, bolehkah saya layak memohon BSM?

  • Layak. Pemohon yang telah menetap di Negeri Pahang lebih 10 tahun layak untuk memohon BSM.

Anak saya bersekolah di Sekolah Menengah persendirian, adakah anak saya layak untuk memohon BSM?

  • Tidak. Pemohon yang ingin memohon BSM perlu sedang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan/Sekolah Berasrama Penuh/Kolej Vokasional/Sekolah Teknik/Sekolah Menengah Agama/Sekolah Menengah Agama Negeri/Sekolah Menengah Agama Rakyat/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang sahaja.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sila hubungi Yayasan Pahang di talian 09-5181800 atau melayari laman web http://www.yp.org.my/.

Leave a Comment