TARIKH PERTUKARAN GURU 2024 (Bila Boleh Semak EgTukar)

TARIKH PERTUKARAN GURU 2024(Bila Boleh Semak EgTukar)

TARIKH PERTUKARAN GURU

 

APA ITU eGTUKAR?

eGTukar merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru.

Modul ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.

Modul ini melibatkan pengurusan pertukaran guru di Malaysia yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah), dan guru.

EGtukar merupakan satu sistem yang dibangunkan bagi urusan pertukaran guru di Malaysia yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu:

  • Guru – Hanya pengguna yang telah DIDAFTARKAN oleh Pentabir Sistem sahaja dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan modul ini, dan;
  • Pentadbir Sistem – Hanya pentadbir sistem yang telah DILANTIK oleh KPM sahaja dibenarkan untuk menggunakan modul ini mengikut peranan yang telah ditetapkan.

TARIKH PERTUKARAN GURU 2023

Berikut adalah tarikh penting pertukaran guru 2023:

Permohonan egTukar KPM 2023 dikemaskini dari semasa ke semasa oleh Sektor Penempatan dan Pertukaran, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Permohonan egTukar KPM ini dibuka pada (akan dikemaskini) dan ditutup pada (akan dikemaskini)2 ( Tarikh keputusan tertakluk kepada situasi semasa.

 

CARA PERMOHONAN EGTUKAR KPM 2023

Berikut adalah tutorial permohonan egTukar KPM 2023:

1. Layari laman web rasmi e-GTukar :https://epgo.moe.gov.my

2. Untuk pendaftaran pengguna, sila klik pada ‘Dapatkan ID Pengguna dan Kata laluan Anda; DI SINI’ pada bahagian sebelah ruangan daftar masuk,atau masuk pautan berikut: https://epgo.moe.gov.my/dr_login/sign_up.cfm

3.Masukkan butiran yang diperlukan dan klik simpan. Kemudian, kembali semula ke paparan utama, atau https://epgo.moe.gov.my/ untuk mendaftar masuk.

4.Masukkan ID Pengguna, Kata laluan serta Kad Pengenalan pada ruangan daftar masuk dan klik ‘OK’.

5.Klik PERMOHONAN

6.Lengkapkan maklumat permohonan

7.Sila muat turun dokumen diperlukan

8HANTAR permohonan egtukar

9.Save/Simpan salinan permohonan egtukar anda,kemudian cetak permohonan

10.Sila log keluar sistem egtukar anda selepas selesai permohonan egtukar.

LUPA KATA LALUAN EGTUKAR KPM

Jika terlupa kata laluan, klik pada pilihan ‘LUPA KATA LALUAN’ di ruangan daftar masuk atau https://epgo.moe.gov.my/dr_login/sk_lupa_katalaluan.cfm .

Masukkan No. Kad Pengenalan anda dan klik ‘HANTAR’. Kata laluan pengguna akan dihantar kepada e-mail yang telah didaftarkan.

 

KRITERIA UTAMA MEMPENGARUHI KELULUSAN EGTUKAR

1.Kepentingan Perkhidmatan

2.Kekosongan Jawatan

3.Keperluan Opsyen di Negeri Yang Dipilih

SEMAKAN  KEPUTUSAN EGTUKAR

Berikut adalah cara buat semakan keputusan egTukar:

1.Layari talian klik disini . Kebiasaanya, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia akan memaklumkan kepada guru tarikh dan masa untuk tujuan menyemak keputusan e-Gtukar. Jadi pemohon perlu peka kepada pengumum tersebut.

2.Anda perlu gunakan maklumat kad pengenalan, kad laluan, ID pengguna yang anda telah daftar bagi mengetahui keputusan eg tukar guru.Pastikan anda menyimpan maklumat ini dengan baik dan selamat untuk memudahkan urusan e-GTukar anda.

3.Jikalau permohonan anda lulus, anda sama sekali tidak boleh menukarkannya dengan tempat yang lain. Keputusan adalah muktamad. Permohonan Rayuan pertukaran guru sama sekali tidak akan diterima.Pemohon perlu membuat keputusan yang tepat bagi urusan eGTUKAR

4.Jikalau anda tidak berjaya pada sesi JUN boleh cuba pada sesi JANUARI.Jika pemohon gagal sesi JUN, anda mungkin berjaya sesi JANUARI bergantung kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, rujuk soalan lazim eGTUKAR atau download manual penggunaan sistem

Sila baca surat siaran rasmi tentang pertukaran guru melalui eGTUKAR sebagai panduan kepada pemohon.

Pemohon juga diingatkan menjaga kerahsian kata ID pengguna dan kad laluan supaya tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan menimbulkan kesusahan kepada pemohon.

SOALAN LAZIM TARIKH PERTUKARAN GURU

Bilakah keputusan pertukaran bagi sesi 2023?

(akan dikemaskini)

Adakah pertukaran suka sama suka dibolehkan?

Tidak ada pertukaran suka sama suka

Adakah saya boleh menolak tawaran penukaran?

Tidak. Kelulusan pertukaran adalah muktamad

Apakah kriteria diperlukan untuk lulus permohonan pertukaran guru?

Kekosongan jawatan, kepentingan perkhidmatan,keperluan opsyen di negeri yang dipohon.

 

Apakah alasan diperlukan untuk dipertimbangkan permohonan pertukaran?

Semua alasan bersama dokumen yang dikemukakan mempunyai merit tersendiri.

Jika permohonan ditolak, bolehkah membuat rayuan?

Keputusan yang dikeluarkan adalah muktamad. Tiada rayuan yang dibuka.

Saya telah lulus permohonan pertukaran tetapi tidak melapor diri dalam tempoh yang ditetapkan.

Kegagalan dan keenganan untuk melapor diri pada waktu yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Saya telah lulus pertukaran. Akan tetapi saya ingin membuat pembatalan. Adakah ianya dibenarkan?

Boleh.pastikan buat pembatalan pada laman egtukar sebelum pengetua/ guru besar telah mengesahkan pertukaran anda.Jika pengesahan telah dibuat, anda boleh membuat pembatalan dengan menghantar surat kepada PPD/ JPN.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN TARIKH PERTUKARAN GURU

Maklumat lanjut & pertayaan,layari portal egtukar

 

ARTIKEL LAIN

LOGIN EGTUKAR (Semakan Permohonan Pertukaran )

Leave a Comment