PERMOHONAN DANA BANTUAN KASIH NIAGA MELAKA 2023 SEHINGGA RM1000

PERMOHONAN DANA BANTUAN KASIH NIAGA MELAKA 2023 SEHINGGA RM1000

BANTUAN KASIH NIAGA MELAKA

KepadaUsahawan Mikro dan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Negeri Melaka kini boleh memohon bantuan terbaharu daripada Kerajaan Negeri Melaka berbentuk pembiyaan geran iaitu Dana Bantuan Kasih Niaga. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU DANA BANTUAN KASIH NIAGA

Kewujudan dana bantuan ini adalah sebahagian daripada inisiatif Kerajaan Negeri Melaka bagi membangunkan dan menyokong ekonomi rakyat tempatan agar lebih berdaya saing dan maju.

TARIKH PERMOHONAN DANA BANTUAN KASIH NIAGA MELAKA

Permohonan bagi Dana Bantuan Kasih Niaga telah dibuka sehingga 31 Mac 2023.

 

KADAR DANA BANTUAN KASIH NIAGA

Menerusi bantuan ini, usahawan yang layak akan menerima bantuan pembiayaan berbentuk geran sehingga RM1,000 bagi tujuan perniagaan mereka.

 

MAKLUMAT PEMBIAYAAN DANA BANTUAN KASIH NIAGA

Pembiayaan yang boleh dipohon menerusi Dana Bantuan Kasih Niaga adalah seperti berikut:

  • Pembiayaan mesin dan peralatan perniagaan
  • Khidmat rundingan dan pembangunan produk
  • Promosi dan pemasaran
  • Pembiayan bahan mentah
  • Modal kerja

 

JENIS PERNIAGAAN YANG LAYAK MEMOHON DANA BANTUAN KASIH NIAGA

Semua perniagaan layak memohon Dana Bantuan Kasih Niaga kecuali:

  • Perkhidmatan insurans/perkhidmatan pengangkutan/sewaan kenderaan/homestay
  • Institusi kewangan/pinjaman wang
  • Multi-level marketing
  • Ejen jualan/wakil penjual/dropship
  • Perniagaan nombor ramalan/minuman keras/rokok/rokok elektronik

 

SYARAT KELAYAKAN DANA BANTUAN KASIH NIAGA

Usahawan yang ingin memohon Dana Bantuan Kasih Niaga perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan iaitu:

  • Pemohon ialah warganegara Malaysia.
  • Perniagaan pemohon hendaklah didaftarkan atas nama pemohon dan perlu berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777) atau Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) atau Sijil Amalan Professional daripada Badan-Badan Pengiktiraf dan masih sah tempoh.
  • Pemohon mempunyai lesen Pihak Berkuasa Tempatan bagi penjaja atau peniaga kecil.
  • Perniagaan beroperasi dan beralamat di Melaka.
  • Perniagaan adalah Mikro (jualan tahunan kurang RM50.000 atau bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang).
  • Perniagaan yang dijalankan sepenuh masa sahaja.

 

DOKUMEN SOKONGAN DIPERLUKAN

pastikan anda sediakan dokumen sokongan berikut yang perlu dihantar bersama borang permohonan iaitu:

  1. Salinan Kad Pengenalan/MyKad
  2. Gambar pemohon berukuran passport
  3. Salinan Lesen Perniagaan atau Pendaftaran SSM
  4. Salinan penyata kewangan/akaun bank atau penyata pendapatan (mana yang berkaitan)
  5. Gambar perniagaan
  6. Salinan perjanjian sewa
  7. Bil utiliti atau resit pembayaran
  8. Untuk salinan Kad Pengenalan dan salinan Lesen Perniagaan atau pendaftaran SSM, setiap helaian mestilah telah disahkan oleh pegawai yang layak (Pegawai Kerajaan Kumpulan A/Pengetua/Guru Besar/Guru Penolong Kanan/Wakil Rakyat/Penggawa/Penghulu/Ketua Kempung/ Pengerusi JKK).
  9. Bagi salinan penyata kewangan/akaun bank atau penyata pendapatan salinan tersebut mesti mendapat pengesahan daripada pegawai bank.

 

CARA PERMOHONAN DANA BANTUAN KASIH NIAGA MELAKA

Jika berminat untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Muat turun borang BORANG PERMOHONAN BANTUAN DANA KASIH NIAGA.pdf
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
  3. Sediakan dokumen sokongan dengan lengkap.
  4. Hantar borang permohonan ke Pejabat Daerah yang berdekatan:
    • Pejabat Daerah Dan Tanah Melaka Tengah
      • Aras Bawah & Aras 1 Bangunan Wisma Negeri Jalan Wisma Negeri, Kompleks MITC 75450 Melaka.
    • Pejabat Daerah dan Tanah Jasin       
      • Pejabat Daerah dan Tanah Jasin, 77000 Jasin,Melaka.
    • Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah         
      • Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah 78000 Alor Gajah, Melaka.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika ada pertanyaan lanjut mengenai Dana Bantuan Kasih Niaga, sila hubungi Pebajat Daerah masing-masing:

  • Pejabat Daerah Dan Tanah Melaka Tengah: 06-333 3333
  • Pejabat Daerah dan Tanah Jasin: 06-529 8101
  • Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah: 06-559 1229

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL KERAJAAN NEGERI MELAKA PPWN 2022

 

1 thought on “PERMOHONAN DANA BANTUAN KASIH NIAGA MELAKA 2023 SEHINGGA RM1000”

  1. Saya yang pemegang Kad OKU pun tak dapat sedangkan saya berniaga..sebagai Penjaja..yang lain semuanya senang senang dapat..semua nya pilih Bulu Dan kroni…mengarut kerajaan…orang yang susah Dan orang yang senang bertambah senang

    Balas

Leave a Comment