PAKEJ BANTUAN RAKYAT PULAU PINANG 2.1:PERMOHONAN SECARA ATAS TALIAN

PAKEJ BANTUAN RAKYAT PULAU PINANG 2.1:PERMOHONAN SECARA ATAS TALIAN

PAKEJ BANTUAN RAKYAT PULAU PINANG 2.1

Terdapat 4 jenis bantuan rakyat Pulau Pinang 2.1 yang disediakan oleh kerajaan negeri untuk golongan yang layak

  • Bantuan Khas Kewangan one-off RM500 kepada syarikat penganjur acara (event management) di Pulau Pinang
  • Bantuan Khas Kewangan one-off RM1,000 kepada Pertubuhan Rumah Ibadat Bukan Islam
  • Bantuan Khas Kewangan one-off RM500 kepada Pertubuhan/ Persatuan yang aktif dan berdaftar di Pulau Pinang
  • Bantuan Khas Kewangan one-off RM500 kepada bagi pengusaha penjual akhbar dan buku Pulau Pinang

Kepada penerima BSH,jom buat SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SKIM MySALAM

PERMOHONAN BANTUAN KHAS KEWANGAN ONE-OFF RM500 KEPADA SYARIKAT PENGANJUR ACARA (EVENT ORGANIZER) DI PULAU PINANG

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengumumkan Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang dengan anggaran peruntukan RM50,000.00 untuk bantuan khas kewangan one-off RM500.00 kepada sejumlah 100 syarikat penganjur acara (event organizer) di Pulau Pinang yang terjejas akibat pandemic Covid-19.

Syarat-syarat pemberian adalah seperti berikut:

1) Warganegara Malaysia

2) Mempunyai premis perniagaan yang sah dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Pemohon yang menepati syarat-syarat kelayakan di atas adalah dikehendaki untuk melengkapkan borang permohonan ini dan pembayaran akan dilaksanakan melalui Electronic Funds Transfer (EFT) ke bank akaun pemohon.

Meja bantuan :

046505171 (Puan Masayu)

046505176 (Puan Amira)

Waktu Operasi :

8.00 pg – 1.00 ptg / 2.00 ptg – 5.00 ptg (Isnin-Khamis)

8.00 pg – 12.15 tgh hari / 2.45 ptg – 5.00 ptg (Jumaat)

Permohonan Bantuan Awal Persekolahan bagi sesi 2021 telah dibuka oleh Zakat Pulau Pinang (ZPP).Jom mohon bantuan RM1,500 sehingga RM2,500.

PERMOHONAN BANTUAN ONE-OFF RM1,000 RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM (RIBI)

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengumumkan Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang dengan anggaran peruntukan RM75 juta untuk memberikan insentif bantuan COVID-19. Di bawah Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang, Kerajaan Negeri telah meluluskan bantuan tunai one-off RM1,000 melibatkan 1,711 Rumah Ibadat Bukan Islam dengan implikasi kewangan berjumlah RM1,711,000.00.

Syarat-syarat pemberian adalah seperti berikut:

a) RIBI perlu mengemukakan Salinan Warta Kerajaan atau Surat Pendaftaran pertubuhan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Pemohon yang menepati syarat-syarat kelayakan di atas adalah dikehendaki untuk melengkapkan borang permohonan ini dan pembayaran akan dilaksanakan melalui Electronic Funds Transfer (EFT) ke bank akaun.

Meja Bantuan:

04-650 5675

04-650 5400

[email protected].my

Waktu Operasi

8.00 pagi – 1.00 petang / 2.00 petang – 5.00 petang (Isnin – Khamis)

8.00 pagi – 12.15 tengahari / 2.45 petang – 5.00 petang (Jumaat)

Baca tentang iSEJAHTERA : DAFTAR,KEMASKINI & SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN

PERMOHONAN BANTUAN KHAS KEWANGAN RM500 ONE-OFF BAGI PERTUBUHAN / PERSATUAN BERDAFTAR DI PULAU PINANG

Pakej Bantuan Rakyat Negeri Pulau Pinang 2.1 yang telah dipersetujui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memperuntukkan sumbangan kewangan sebanyak RM500 secara one-off kepada mana-mana pertubuhan atau persatuan yang aktif dan berdaftar dengan Jabatan Pertubuhan Persatuan Malaysia (ROS) Negeri Pulau Pinang. Pertubuhan / persatuan dipelawa untuk mengemukakan permohonan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:-

a) Berdaftar dengan ROS Negeri Pulau Pinang sebelum 18 Mac 2020; dan

b) Berstatus pertubuhan / persatuan aktif (akan disemak oleh ROS).

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Meja Bantuan:-

(04) 650 5568 / [email protected]

Waktu Operasi:

8.00 pg – 1.00 ptg / 2.00 ptg – 5.00 ptg (Isnin – Khamis)

8.00 pg – 12.15 tgh hari / 2.45 ptg – 5.00 ptg (Jumaat)

PERMOHONAN BANTUAN ONE-OFF RM500 PENGUSAHA/ PENJUAL AKHBAR DAN BUKU PULAU PINANG

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengumumkan Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang 2.1 yang merangkumi bantuan one-off sebanyak RM500 bagi pengusaha/ penjual akhbar dan buku di Pulau Pinang yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Syarat-syarat pemberian adalah seperti berikut :

a) Warganegara Malaysia.

b) Belum pernah menerima Bantuan Khas Kewangan RM500 secara one-off kepada peniaga dan penjaja berlesen di bawah Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang Fasa 1 dan Fasa 2.

Meja Bantuan:

04-650 5192 ( Puan Wan Afifah )

04-650 5400 ( Encik Hamizan )

Waktu operasi:

8.00 pg – 1.00 ptg / 2.00 ptg – 5.00 ptg (Isnin-Khamis)

8.00 pg – 12.15 tgh hari / 2.45 ptg – 5.00 ptg (Jumaat)

CARA PERMOHONAN SECARA ATAS TALIAN PAKEJ BANTUAN RAKYAT PULAU PINANG 2.1

  • Layari PENANG GOV
  • Baca syarat permohonan yang ditetapkan
  • Lengkapkan borang
  • Tekan SUBMIT

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan bagi Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang Fasa 2.1 adalah pada 15 September 2020

Baca tentang SENARAI BANTUAN KERAJAAN PULAU PINANG

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Paras 25, KOMTAR, 10503 Pulau Pinang

Tel : +604-2621957 / Talian Aduan : +604-2642020

Faks : +604-2634940

Emel : webmaster[at]penang[dot]gov[dot]my

Tags: #PAKEJ BANTUAN RAKYAT PULAU PINANG 2.1:PERMOHONAN SECARA ATAS TALIAN

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    PENDAFTARAN PROGRAM SARINGAN PRIHATIN MYEG
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPENDAFTARAN PROGRAM SARINGAN PRIHATIN MYEG APA ITU PROGRAM SARINGAN PRIHATIN MYEG? Program
    STATUS PEMBAYARAN BPN 2.0 MENGIKUT BANK
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSTATUS PEMBAYARAN BPN 2.0 MENGIKUT BANK Ramai yang tengah cari maklumat tentang
    PENDAFTARAN SPRN(TEDUH):CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPENDAFTARAN SPRN(TEDUH):CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK Untuk makluman, setiap permohonan rumah mampu
    RUMAH SELANGORKU:SEMAKAN PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinRUMAH SELANGORKU:SEMAKAN PERMOHONAN APA ITU RUMAH SELANGORKU Skim ini merupakan perumahan yang
    1. author

      nur muzdalifah binti oslan2 months ago

      pakej bantuan atas talian

      Reply

    Leave a reply "PAKEJ BANTUAN RAKYAT PULAU PINANG 2.1:PERMOHONAN SECARA ATAS TALIAN"