PERSONAL LOAN 2022 (Permohonan Pinjaman Peribadi Bank)

PERSONAL LOAN 2022 (Permohonan Pinjaman Peribadi Bank)

PERSONAL LOAN

Sekiranya anda yang ingin memerlukan wang tunai yang banyak untuk sesuatu tujuan, semestinya anda akan buat personal loan kerana ianya amat mudah untuk diperolehi dan tidak perlu memberikan cagaran atau mencari penjamin pinjaman. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara permohonan pinjaman peribadi bank, semoga membantu.

 

APA ITU PERSONAL LOAN

Personal loan atau pinjaman peribadi adalah wang yang anda pinjam’ dari institusi kewangan dengan kadar faedah atau bunga dipersetujui yang anda bayar dalam tempoh tertentu. Pinjaman peribadi memberikan anda fleksibiliti kewangan untuk menggunakan dana mengikut keperluan dan keperluan anda.

 

TUJUAN PERSONAL LOAN

Berikut adalah merupakan antara pinjaman peribadi dibuat antaranya:

  • Hal-hal kecemasan
  • Selesaikan hutang
  • Perbelanjaan kahwin
  • Beli kenderaan
  • Yuran pendidikan
  • Dan lain-lain lagi

 

JENIS PERSONAL LOAN

Berikut adalah merupakan antara jenis pinjaman peribadi yang tersedia iaitu:

  1. Pinjaman peribadi bercagar (Secured personal loan)
    1. Jenis pinjaman yang memerlukan penjamin atau cagaran. Cagaran yang dimaksudkan adalah bentuk hartanah. Sekiranya peminjam gagal menjelaskan hutang, bank boleh merampas cagaran atau memindahkan tanggungjawab kepada penjamin.
  2. Pinjaman peribadi tak bercagar (Unsecured personal loans)
    1. Jenis pinjaman ini tidak memerlukan penjamin atau sebarang cagaran. Pinjaman jenis ini juga lebih pantas dan lebih mudah diluluskan oleh pihak bank jika pemohon menepati syarat-syarat minima yang ditetapkan.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan beberapa dokumen yang diperlukan mengikut katagori iaitu:

PENJAWAT AWAMPEKERJA SWASTABEKERJA SENDIRI
Salinan kad pengenalan Slip gaji 3 bulan terkini Penyata KWSP terkini Surat pengesahan majikanBerpendapatan tetap Salinan Kad Pengenalan  Penyata gaji 3 bulan terakhir Penyata bank gaji 3 bulan terakhir Surat pengesahan jawatan atau borang EA terkini atau slip e-B LHDN
Berpendapatan Tidak Tetap Salinan Kad Pengenalan  Borang B LHDN atau resit bayaran. Salinan Penyata Bank (6 bulan terkini)
Pemilik Perniagaan & Golongan Profesional Salinan Kad Pengenalan  Penyata gaji 3 bulan terakhir Penyata bank gaji 3 bulan terakhir Surat pengesahan jawatan atau borang EA terkini atau slip e-B LHDN Salinan Penyata Bank akaun syarikat (6 bulan terkini) Borang pendaftaran A dan D atau Borang 24 dan 49 untuk syarikat. Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan.

 

CARA PERMOHONAN PERSONAL LOAN

Kepada anda yang ingin membuat pinjaman peribadi, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Pinjaman peribadi di Kaunter Bank
    • Kunjungi cawangan bank terdekat dan berurusan di kaunter bank berkenaan.
    • Dapatkan panduan cara permohonan daripada pekerja yang bekerja di bank tersebut.
  2. Pinjaman Peribadi Secara Online
    • Anda boleh melayari website online banking pilihan bank anda
    • Pastikan anda melihat jenis tawaran pinjaman yang tersedia
    • Ikuti proses permohonan sehingga selesai

 

KADAR FAEDAH PERSONAL LOAN

Berikut adalah merupakan kadar faedah pinjaman peribadi terkini yang tersedia bagi setiap bank yang terdapat di malaysia:

BANKKADAR FAEDAH
CIMB5.88 %
Public Bank4.88 %
Maybank7 %
RHB4.5 %
Allianz Bank3.99 %
RHB Islamic Personal Financing i6.49 %
CBP Coop Bank Pertama2.31 %
Hong Leong5 %
UOB9.99 %
Al Rajhi4.81 %
Citibank5.33 %
Bank Rakyat3.27 %
MBSB6.25 %
Ambank8 %
Agrobank7 %
Bank Islam6 %

 

TIPS MOHON PERSONAL LOAN

Sebelum anda membuat permohonan pinjaman berikut, pastikan anda mengetahui tips ini terlebih dahulu:

  • Ketahui Apa Itu Pinjaman dan Komitmen
  • Berapa Jumlah dan Tempoh Pinjaman Anda
  • Institusi Kewangan Yang Sah
  • Semak Nisbah Pembiayaan Hutang (DSR)
  • Personal Loan bank Interest Rate
  • Dokumen Sokongan diperlukan
  • Tempoh Proses Kelulusan
  • Kesan Gagal Membayar Pinjaman

 

ARTIKEL LAIN

JADUAL PEMBIAYAAN PERIBADI BANK:SEMAKAN BAYARAN BULANAN PINJAMAN PERIBADI(Bank Rakyat BSN Maybank CIMB Agrobank Public Bank RHB)

 

Tags: #APA ITU PERSONAL LOAN #CARA PERMOHONAN PERSONAL LOAN #DOKUMEN DIPERLUKAN BUAT PERSONAL LOAN #JENIS PERSONAL LOAN #KADAR FAEDAH PERSONAL LOAN BANK #mohon Pinjaman peribadi di Kaunter Bank #Mohon Pinjaman Peribadi Secara Online #PERSONAL LOAN #PERSONAL LOAN 2022 (Permohonan Pinjaman Peribadi Bank) #Pinjaman peribadi di Kaunter Bank #TIPS MOHON PERSONAL LOAN #TUJUAN PERSONAL LOAN

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    No related post!
    1. SEMAKAN BANTUAN KERAJAAN 2023 (Permohonan Rakyat B40 Malaysia) - KekandaMemey3 minggu ago

      […] PERSONAL LOAN 2022 (Permohonan Pinjaman Peribadi Bank) […]

      Reply

    Leave a reply "PERSONAL LOAN 2022 (Permohonan Pinjaman Peribadi Bank)"