SEMAKAN BANTUAN KERAJAAN(Permohonan Rakyat B40 Malaysia)

SEMAKAN BANTUAN KERAJAAN(Permohonan Rakyat B40 Malaysia)

SEMAKAN BANTUAN KERAJAAN B40

Kepada rakyat Malaysia terutamanya dari golongan B40, semestinya anda ingin mengetahui bantuan yang disediakan oleh kerajaan pada tahun 2023. Disini kami akan kongsikan kepada anda semakan bantuan Kerajaan B40, semoga membatu.

 

TUJUAN BANTUAN KERAJAAN B40

Dalam belanjawan 2023, Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan bajet yang besar untuk dapat melaksanakan Skim Bantuan yang telah diperkenalkan baru-baru ini.Hal ini demikian akan dapat meringankan beban rakyat lebih-lebih lagi rakyat dalam fasa Endemik telah menghadapi pandemik Covid-19 dan krisis kos sara hidup yang tinggi.

 

SENARAI BANTUAN B40 2023

Berikut adalah antara senarai bantuan yang tersedia oleh kerajaan apda tahun 2023 iaitu:

  • Bantuan Warga Emas (BWE)
  • Bantuan Kanak-kanak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Bantuan OKU Tidak berupaya bekerja.
  • Bantuan penjagaan OKU dan Pesakit Kronik.
  • Subsidi bil elektrik.
  • Bantuan Keluarga Malaysia
  • Bantuan BKM baharu bagi anak melebihi 5 orang.
  • Bantuan tambahan RM500 kepada ibu/bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan menjadikan bantuan maksimum keseluruhan RM3,000.
  • Bantuan kepada lebih 50 ribu isi rumah miskin tegar menerusi projek pertanian dan keusahawanan
  • Latihan, modal permulaan, insentif pertanian, pemasaran dan pendigitalan.
  • E-Pemula di naikkan kepada RM200
  • Inisiatif CahayaMata Keluarga Malaysia
  • Bantuan Awal Persekolahan
  • Bantuan Musim Tengkujuh RM800
  • RM200 Bantuan untuk Pesawah

 

SEMAKAN SENARAI BANTUAN RAKYAT MALAYSIA

Berikut adalah merupakan senarai bantuan atau inisiatif yang menarik pada tahun 2023 yang dibentangkan dalam Bajet 2023 bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama iaitu:

  1. Bantuan BKM yang ditambah baik
    • Kategori baru di bawah BKM iaitu memberikan bantuan secara one-off RM2,500 untuk isi rumah yang berpendapatan RM2,500 ke bawah dan keluarga yang menanggung lima anak ke atas.
    • Bagi keluarga yang mempunyai satu hingga empat anak pula, BKM bernilai RM1,000 hingga RM2,000 akan diberikan.
    • Kepada isi rumah berpendapatan RM2500 hingga RM5,000 layak menerima RM500 hingga RM1,250 bergantung bilangan anak
    • Kepada warga emas tiada pasangan serta golongan bujang pula, akan menerima BKM masing-masing sebanyak RM600 dan RM350 bergantung kepada had pendapatan tertentu.
    • ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan anak pula layak menerima bantuan maksimum sehingga RM3,000
  2. Inisiatif CahayaMata Keluarga Malaysia
    • Bantuan tunai one-off RM500 kepada ibu isi rumah keluarga BKM yang melahirkan anak pada tahun 2023.
  3. Diskaun Bayaran Balik PTPTN Naik 5% Ke 20%
    • Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 November 2022 hingga 30 April 2023.
  4. Peruntukan e-Pemula RM200 Untuk Belia
    • Kerajaan akan memberi insentif e-Pemula iaitu kredit e-tunai berjumlah RM200 secara one-off kepada belia berusia 18-20 dan pelajar sepenuh masa yang berumur 21 tahun ke atas.
  5. Bantuan Awal Persekolahan RM150 Untuk Setiap Pelajar
    • Bantuan RM150 akan diberikan kepada setiap murid, satu amaun tambah baik dari RM100 yang diberikan oleh kerajaan pada tahun lalu.
  6. Pemotongan Cukai Pendapatan dikurangkan 2%
    • Bagi banjaran pendapatan bercukai RM50,001 hingga RM70,000, kadar cukai akan turun daripada 13% ke 11% manakala banjaran pendapatan bercukai RM70,001 hingga RM100,000 akan turun daripada 21% ke 19%.
  7. Inisiatif Pas My50 Diteruskan
    • Inisiatif Pas Bulanan MY50 untuk pengguna perkhidmatan awam di Lembah Klang akan diteruskan oleh kerajaan.
  8. Kerajaan tanggung kos bayaran lesen bas, e-hailing, motosikal kelas B2
    • Bagi membantu kumpulan B40 khususnya belia menjana pendapatan melalui perkhidmatan membawa penumpang seperti teksi, bas dan e-hailing, kerajaan akan menanggung bayaran bagi mendapatkan lesen teksi, bas dan e-hailing di bawah program MyPSV.
  9. Pengecualian cukai pendapatan untuk wanita yang kembali bekerja
    • Bagi menggalakkan lebih ramai wanita kembali bekerja setelah mengambil tempoh career break, kerajaan bercadang untuk mengecualikan cukai pendapatan ke atas pendapatan yang diterima mulai tahun taksiran 2023 hingga tahun taksiran 2028.
  10. Bantuan RM500 untuk pencari kerja
    • Kerajaan melalui PERKESO akan menyediakan bantuan mobiliti sebanyak 500 ringgit kepada pencari kerja yang mendapat pekerjaan di luar negeri bermastautin.
    • Manakala, bantuan mobiliti 1,000 ringgit melibatkan penghijrahan jarak jauh iaitu dari Sabah atau Sarawak ke Semenanjung dan sebaliknya.

ARTIKEL LAIN

PERSONAL LOAN (Permohonan Pinjaman Peribadi Bank)

2 thoughts on “SEMAKAN BANTUAN KERAJAAN(Permohonan Rakyat B40 Malaysia)”

  1. Salam cik,puan ,tuan
    Disini saya ingin memohon bantuan makan untuk kami sekeluarga yg tiada pendapatan terjejas kami amat memerlukan bantuan dari cik,tuan yg ingin membantu kami..tuan boleh hubungi kami di no ni.0184031761..sekian terima

    Balas

Leave a Comment