PERMOHONAN BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL DITOLAK:SILA BUAT PERMOHONAN SEMULA BKIT

PERMOHONAN BANTUAN KHAS  IBU TUNGGAL  DITOLAK : SILA BUAT PERMOHONAN SEMULA BKIT

PERMOHONAN BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL DITOLAK

Berdasarkan makluman daripada YB Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, ramai PERMOHONAN BANTUAN KHAS  IBU TUNGGAL  DITOLAK.

APA PUNCA PERMOHONAN BKIT DITOLAK?

Berikut adalah punca/sebab permohonan ditolak :

  • Permohonan tidak lengkap,contoh tidak mempunyai akaun bank
  • Dokumen tidak lengkap, contohnya tidak mempunyai surat cerai,sijil kematian suami,tidak mempunyai sijil kelahiran anak
  • Tidak memenuhi syarat permohonan

CARA BUAT SEMAKAN SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BKIT

  • Layari http://bkit.jpw.gov.my/semakan_pemohon
  • Masukan nombor kad pengenalan
  • Tekan CARI
  • Status akan dipaparkan

CONTOH PENERANGAN STATUS PERMOHONAN BKIT

Semakan Status Permohonan 920301056342

REKOD PERMOHONAN BELUM DITERIMA

Bagi permohonan secara manual, rekod permohonan akan mengambil masa untuk dikemaskini

 

Semakan Status Permohonan 820308076346

REKOD PERMOHONAN DITERIMA

Permohonan anda telah diterima dan sedang diproses

Bagi permohonan secara manual, rekod permohonan akan mengambil masa untuk dikemaskini

 

Semakan Status Permohonan 940401136342

REKOD PERMOHONAN DILULUSKAN

Bagi permohonan secara manual, rekod permohonan akan mengambil masa untuk dikemaskini

 

Semakan Status Permohonan 900904138348

REKOD PERMOHONAN TIDAK LULUS

Bagi permohonan secara manual, rekod permohonan akan mengambil masa untuk dikemaskini

Sebelum buat permohonan semula, sila baca maklumat ini :

PERMOHONAN BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL (BKIT) TERBARU

Berdasarkan Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal (2015-2020), KPWKM mengambil kira ibu tunggal berdasarkan definisi berikut:

*Perempuan (Warganegara) yang menjadi Ketua Isi Rumah bagi kategori:

  • Taraf perkahwinan balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama;
  • Mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah
  • Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf)

Nota:

Dokumen salinan hendaklah DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A/Pengetua/Guru Besar/Guru Penolong Kanan/Wakil Rakyat/Penggawa/Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi MPKK(Majlis Pengurusan Komuniti Kampung)/Ketua Kaum/Ketua Anak Negeri/Pesuruhjaya Sumpah.

Cop pegawai atau saksi hendaklah mempunyai nama dan jawatan pegawai serta jabatan atau alamat di mana pegawai bertugas.

Senarai dokumen yang diperlukan. Sila klik di sini

CARA PERMOHONAN BKIT SECARA MANUAL

Dapatkan borang permohonan ,sertakan dokumen diperlukan dan hantar kepada:

Pejabat Pembangunan Wanita Negeri(JPWN)/JKM Negeri, PKMD,LPPKN atau

Pejabat Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah/Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah ( Bagi pemohon di Sabah)

Pejabat JKM Sarawak/ Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (Bagi pemohon di Sarawak) atau

CARA PERMOHONAN BKIT SECARA ONLINE

Layari Portal rasmi http://bkit.jpw.gov.my/daftar_pemohon#

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

HUBUNGI

Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aras 23-25, No.55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya, Malaysia.

603-8323 1000

[email protected]

 

 

Tags: #PERMOHONAN BANTUAN KHAS  IBU TUNGGAL  DITOLAK : SILA BUAT PERMOHONAN SEMULA BKIT

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    CARA LANGGAN ASTRO BEST/FIRST CHANNEL & ASTRO GO
    CARA LANGGAN ASTRO BEST/FIRST CHANNEL & ASTRO GO   Jika anda ingin langgan
    SENARAI LATIHAN KEMAHIRAN LEPASAN SPM
    SENARAI LATIHAN KEMAHIRAN LEPASAN SPM Jika anda berminat untuk menjalani latihan kemahiran selepas
    KELEBIHAN UNIVERSITI AWAM BERBANDING SWASTA
    KELEBIHAN UNIVERSITI AWAM BERBANDING SWASTA Berdasarkan data, terdapat lebih daripada 400 institusi swasta
    TESP MARA 2022 (Permohonan & Semakan Status Tajaan)
    TESP MARA 2022 (Permohonan & Semakan Status Tajaan)   Majlis Amanah Rakyat (MARA)
    1. author

      [email protected] binti yongkoh2 tahun ago

      Saya memohon secara manual.dan pagawai sudah chek dagan baik.dan saya sudah di temu duga depan pagawi.pa sabab di tolak?

      Reply
    2. author

      Em,susy binti kadrie2 tahun ago

      Saya tidak dapat.macam mana?

      Reply
    3. author

      Salwana nasir2 tahun ago

      Kalau tak ada akaun bank macam mana ?

      Reply
    4. author

      mariam2 tahun ago

      saya dah mohon lebih dari 3bulan.. sehingga kini masih status dalam proses.. berapa lama perlu tunggu untuk proses penerimaan ya?
      mohon pencerahan.

      Reply
    5. author

      MONANYE A/P m NADASON2 tahun ago

      Umur saya 62 tahun,

      Reply
    6. author

      Zaheema Bte Mamat1 tahun ago

      Permohonan semula bantuan kerajaan untuk ibu tunggal

      Reply

    Leave a reply "PERMOHONAN BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL DITOLAK:SILA BUAT PERMOHONAN SEMULA BKIT"