CARA NIAT PUASA SUNAT SYAABAN (Kelebihan Bulan Sya’ban)

CARA NIAT PUASA SUNAT SYAABAN (Kelebihan Bulan Sya’ban)

NIAT PUASA SUNAT SYAABAN

Sebagai persedian untuk melaksanakan ibadat puasa sunat pada bulan Syaaban 2023 ini, marilah kita ulangkaji tentang niat puasa Syaaban. Berikut adalah perkongsian ringkat untuk semua umat islam terutamanya di Malaysia, semoga membantu.

 

APA ITU BULAN SYAABAN

Syaaban merupakan bulan ke-8 di dalam takwim Hijrah. Selepas bulan Syaaban, umat Islam akan menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadan. Bilangan hari pada bulan Syaaban adalah 29 hari sekiranya anak bulan kelihatan, atau 30 hari sekiranya anak bulan tidak kelihatan. [1]

Syaaban juga dikenali sebagai bulan ‘penyimpangan’ atau ‘berpecah’, kerana kaum purba Arab akan berpecah untuk mencari untuk mencari sumber air di padang pasir bagi ketibaan bulan yang seterusnya (bulan Ramadan ialah bulan yang panas).

 

KELEBIHAN BULAN SYAABAN

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama Syaaban. Rasulullah SAW telah banyak menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya.

Pada malam kelima belas bulan Syaaban, merupakan malam Nisfu Syaaban. Mengikut ajaran Islam, baginda Nabi Muhammad SAW berkata yang malam ini Allah akan mengumpulkan buku amalan yang lama dan menggantikan dengan yang baru bagi tahun yang akan datang.

Umat Islam digalakkan berpuasa pada bulan Syaaban Sebagaimana hadis:

  • Sabda Nabi SAW: Bahawa puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Taala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).[4]

 

KELEBIHAN PUASA BULAN SYAABAN

Antara hadith-hadith yang menceritakan akan kelebihan bulan Sya’ban berdasarkan hadith yang sahih adalah:

  • Daripada Usamah bin Zaid RA, Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan sebagaimana engkau berpuasa di dalam bulan Sya’ban?. Nabi SAW bersabda:
    • قَالَ : “ذلِكَ شَهْرٌ يَغفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ ، وَهُوَ شَهْرٌ تُرفَعُ فِيْهِ الأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ العَالَمِيْنَ ، فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عمَلِيْ وأَنَا صَائِمٌ”.
  • Maksudnya: “Itu adalah bulan yang mana manusia sering lalai akannya iaitu bulan yang berada di antara Rejab dan Ramadhan. Bulan tersebut adalah bulan bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Rabb al-‘Alamin (Allah SWT), maka aku suka ketika amalanku diangkat dalam keadaan aku sedang berpuasa”. [Riwayat al-Nasa’ie, Kitab Puasa, Bab Puasa Nabi SAW, no. Hadith 2317]
  • Di dalam hadith pertama yang diriwayatkan oleh Usamah bin Zaid menunjukkan bahawa Nabi SAW lebih gemar amalannya diangkat ketika baginda SAW dalam keadaan berpuasa. Tambahan pula, bulan Sya’ban adalah bulan yang sering manusia lalai disebabkan bulan ini terletak antara dua bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan dan juga salah satu daripada bulan Haram (Rejab). Telah berkata Ibn al-Qayyim RA:
  • “Amalan diangkat dan dibentangkan kepada Allah SWT: Amalan tahunan diangkat pada bulan Sya’ban sebagaimana dikhabarkan oleh Baginda SAW dan amalan mingguan pula diangkat pada hari Isnin dan Khamis”. [Lihat: Hasyiah Ibn al-Qayyim bagi Sunan Abu Daud,12:313]
  • Selain itu, hadith ini juga menunjukkan bahawa kita digalakkan untuk beramal dan melakukan ketaatan pada waktu manusia sedang lalai. Ini kerana, perbuatan ini amat disukai dan dikasihi oleh Allah SWT.

 

TARIKH BULAN SYAABAN & NISFU SYAABAN 2023/1444H

Berikut adalah merupakan tarikhnya iaitu:

  • Awal Syaaban (1 Syaaban) = 22 Februari 2023, Rabu
    • Kita akan menyambut kedatangan 1 Syaaban setelah masuk waktu Maghrib, 21 Februari 2023 ini (Selasa).
  • Nisfu Syaaban (15 Syaaban) = 8 Mac 2023, Rabu
    • Ttarikh malam Nisfu Sya’ban akan disambut pada 7 Mac 2023 (Rabu) selepas masuk waktu Maghrib.

 

CARA NIAT PUASA SUNAT SYAABAN

Berikut adalah merupakan cara niat puasa pada bulan Syaaban iaitu:

  • Nawaitu Shauma Ghadin ‘An Adaa’i Sunnati Sya’bana Lillaahi Ta’Aala
  • Bagi memudahkan, memadai berniat dalam hati seperti ini:
    • Sahaja aku berpuasa sunat Syaaban esok hari kerana Allah Taala

 

AMALAN BOLEH DILAKUKAN BULAN SYAABAN

Berikut adalah merupakan antara amalan yang boleh anda lakukan iaitu:

  1. Mendirikan solat fardu di awal waktu dan perbanyakkan solat sunat
  2. Perbanyakkan beristighfar kepada Allah SWT
  3. Perbanyakkan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW
  4. Perbanyakkan membaca dan mentadabbur Al-Quran
  5. Perbanyakkan berdoa dan bermunajat kepada ilahi

ARTIKEL BERKAITAN:

6 thoughts on “CARA NIAT PUASA SUNAT SYAABAN (Kelebihan Bulan Sya’ban)”

Leave a Comment