CONTOH PERJANJIAN SEWA RUMAH TERKINI(FLAT,TERES,KONDOMINIUM,SOHO,RUMAH KEDAI)

CONTOH PERJANJIAN SEWA RUMAH TERKINI (FLAT,TERES,KONDOMINIUM,SOHO,RUMAH KEDAI)

CONTOH PERJANJIAN SEWA RUMAH

 

 

Kepada pemilik rumah yang ingin memberi sewa rumah kepada penyewa,anda perlu menyediakan  CONTOH PERJANJIAN SEWA RUMAH bagi memudahkan urusan dan melindungi hak masing-masing.

KENAPA PERJANJIAN SEWA RUMAH PENTING?

Perjanjian Sewa Rumah penting kerana untuk mengelakkan hal berikut berlaku:

  • Elakkan penyewa gagal bayar sewa rumah
  • Elak kes menceroboh rumah yang disewakan
  • Elak kes diarah berpindah (penyewa baharu menyewa rumah tersebut)
  • Elak kes rumah rosak

CARA  SEDIAKAN CONTOH PERJANJIAN SEWA RUMAH

  1. Perjanjian sewa perlu dibuat selepas semua dokumen ditandatangani serta bayaran deposit dibuat iaitu sebelum penyewa masuk ke rumah.
  2. Bagi memastikan perjanjian sewa itu sah di sisi undang-undang, pemilik perlu menjelaskan duti setem dan dokumen ditandatangani di hadapan saksi.
  3. Penyewa juga dinasihatkan untuk menurunkan tandatangan ringkas di setiap helaian muka surat perjanjian bagi menunjukkan mereka telah membaca setiap kandungan yang ada dalam perjanjian
  4. Perjanjian sewa boleh diubah walaupun tempoh perjanjian belum tamat, dengan syarat kedua pihak bersetuju untuk membuat perjanjian tambahan secara bertulis dan disaksikan oleh pihak ketiga.

 

TERMA TERKINI PERJANJIAN SEWA RUMAH

Dalam perjanjian sewa ia mengandungi terma-terma penting dan butiran seperti berikut:

  • Nama penyewa,
  • Nombor telefon,
  • Peranan dan tanggungjawab kedua belah pihak
  • Tindakan yang akan dikenakan sekiranya kedua belah pihak melanggar perjanjian sewa
  • Tandatangan Pemilik (Tuan Rumah), Penyewa, dan Saksi
  • Duti setem

CONTOH PERJANJIAN SEWA RUMAH(FLAT,TERES,KONDOMINIUM,SOHO,RUMAH KEDAI)

Berikut adalah contoh perjanjian sewa rumah yang boleh dibuah mengikut kesesuaian/persetujuan pemilik rumah dan penyewa:

PERJANJIAN PENYEWAAN RUMAH UNTUK KEDIAMAN

 

PERJANJIAN ini dibuat pada ……………………….…..haribulan………………..……….. di antara pihak berikut:

 

‘Tuan Rumah’

(Nama) …………………………………………………….……………….

 

(No Kad Pengenalan) ………………………………………………………

 

‘Penyewa’

(Nama) ……………………………………………………………………… (No.Kad Pengenalan) ………………………………………………………..

 

BAHAWASANYA

 

  1. Tuan Rumah adalah pemilik sah dan berdaftar bagi rumah di alamat ……………………………………………………………………………………………… (selepas itu disebut sebagai “Rumah tersebut”).

 

  1. Tuan Rumah bersetuju menyewakan kepada Penyewa dan Penyewa bersetuju menyewa dari Tuan Rumah untuk seluruh ruang rumah tersebut serta menggunakan segala kemudahan-kemudahan yang diadakan.
  2. Penyewaan ini adalah untuk tempoh selama……………….bermula pada………..…..dan berakhir pada …………………tertakluk pada syarat-syarat yang terkandung di dalam surat Perjanjian ini.
  3. Penyewa bersetuju membayar kepada Tuan Rumah sewa bulanan sebanyak (Ringgit Malaysia…………………………….RM:…………..sebulan hendaklah di bayar terlebih dahulu pada……………….haribulan (tiap-tiap bulan).
  4. Penyewa bersetuju membayar sejurus selepas menandatangani perjanjian ini sebanyak (Ringgit Malaysia……………………………………….. ( RM………………….) sebagai bayaran cagaran dan sebanyak (RM…………………..) bagi bayaran air dan api sebagai pendahuluan untuk memenuhi syarat-syarat yang terkandung didalam perjanjian ini.
  5. Penyewa ialah penama berdaftar dalam borang Maklumat Penghuni Rumah.

BORANG MAKLUMAT PENYEWA

  • Nama
  • Kad Pengenalan
  • Tel. Bimbit
  • Alamat Tetap/Asal
  • Telefon
  • Pekerjaan
  • Alamat Pejabat
  • Tel. Pejabat
  • Faks
  • Tempoh Sewaan
  • Jumlah penghuni

PERHATIAN: SEGALA MAKLUMAT YANG DIBERIKAN ADALAH SEBAGAI RUJUKAN BAGI PIHAK TUAN RUMAH DAN IA DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI SULIT SERTA TIDAK AKAN DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN SELAIN DARIPADA PROSES PERJANJIAN PENYEWAAN RUMAH UNTUK KEDIAMAN INI.

TANGGUNGJAWAB PENYEWA

  1. Membayar sewa pendahuluan pada hari seperti mana ditetapkan.
  2. Bertanggungjawab membayar segala bil-bil air, elektrik dan telefon yang dikenakan pada Rumah tersebut semasa penyewaan ini berjalan.
  3. Penyewa bertanggungjawab secara peribadi dan / atau bersama untuk membayar bayaran sewa dan bayaran perenggan (2).
  4. Tidak mengunakan dan/atau membenarkan Rumah Tersebut dan/atau sebahagian daripada Rumah tersebut digunakan untuk apapun jenis perniagaan atau urusan perniagaan tanpa kebenaran bertulis dari Tuan Rumah.
  5. Tidak menyewakan atau menyerahkan samada secara keseluruhan dan/atau sebahagian dari ruang rumah tersebut kepada orang lain tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Tuan Rumah dan sekiranya penyewa mengingkari kehendak dan maksud perenggan ini maka Tuan Rumah berhak mengutip kesemua bayaran sewa yang dibayar oleh orang lain dan/atau seterusnya Tuan Rumah berhak mengambil apa-apa tindakan seperti mana yang ditetapkan dalam surat perjanjian ini.
  6. Tidak membenarkan dan/atau melaksanakan apa-apa perubahan bentuk dan/atau perubahan tambahan samada dibahagian luar atau bahagian dalam Rumah Tersebut walau dengan apa cara sekali pun tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Tuan Rumah.
  7. Tidak akan menyimpan dan/atau membiak sebarang haiwan didalam kawasan rumah dan/atau dimana sahaja dalam Rumah Tersebut.
  8. Tidak akan meletak dan/atau menyimpan didalam Rumah Tersebut apa jua bahan beracun dan/atau bahan merbahaya yang mudah meletup dan/atau yang mudah sangat terbakar kecuali setelah memenuhi tuntutan undang-undang dan mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa berkenaan dan persetujuan Tuan Rumah.
  9. Menjaga kebersihan seluruh luar dan dalam bangunan Rumah Tersebut termasuk ruangan kaki lima, ruangan tangga serta jalan disekeliling Rumah tersebut sebagaimana ditentukan oleh Tuan Rumah atau pegawai-pegawai atau wakil-wakil yang diberi kuasa olehnya.
  10. Menjaga dan memastikan keadaan didalam Rumah Tersebut sepanjang tempoh penyewaan ini supaya sentiasa didalam keadaan baik dan boleh diduduki (susutan biasa dan kerosakan oleh api, ribut taufan atau lain-lain bencana alam dikecualikan).
  11. Tidak melakukan dan/atau membenarkan sesiapa sahaja melakukan apa saja perbuatan sumbang atau salah laku atau sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang di Rumah Tersebut yang mana ianya boleh menganggu suasana atau ketenteraman atau rasa tidak senang penduduk di kawasan tersebut.
  12. Membenarkan Tuan Rumah atau wakil yang telah diberikan kuasa olehnya atau pekerja-pekerja yang di upah pada bila-bila masa sahaja yang munasabah memasuki Rumah Tersebut untuk membuat pemeriksaan atau pembiakan kepada Rumah Tersebut yang mana Tuan Rumah menganggap adalah mustahak.
  13. Bertanggungjawab membaiki sebarang kerosakan yang disebabkan oleh penyewa atau pekerja-pekerja yang diupah penyewa atau pelawat dengan kebenaran Penyewa kepada kawasan bangunan, longkang ataupun lain-lain bahagian yang berkenaan atau membayar balik kepada Tuan Rumah semua perbelanjaan-perbelanjaan yang dibelanjakan bagi membaiki kerosakan itu yang disebabkan oleh penyewa.
  14. Menyerahkan kembali Rumah Tersebut dengan keadaan baik, bersih dan aman kepada Tuan Rumah apabila tempoh perjanjian penyewaan ini tamat ataupun ditamatkan mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian.

TANGGUNGJAWAB TUAN RUMAH

  1. Akan membayar Cukai Pintu,Cukai Tanah, Indah Water, Bil penyelenggaraan yang dikenakan ke atas Rumah Tersebut.
  2. Membaiki sebarang kerosakan besar yang menimpa ke atas Rumah Tersebut yang mana ianya bukan di sebabkan oleh kelalaian dan juga membaiki apaapa kerosakan biasa yang disebabkan oleh “Fair Wear dan Tear” dan Tuan Rumah bertanggungjawab bagi mengawas dan mengurus segala kerja-kerja pembaikan ke atas Rumah Tersebut di sepanjang tempoh penyewaan ini.
  3. Memastikan langkah-langkah keselamatan rumah telah dibuat sebelum Penyewa mendiami Rumah seperti pemasangan grill pintu dan tingkap, tombol pintu dan tingkap berada dalam keadaan baik, sistem pendawaian rumah dan bekalan air boleh digunakan dengan baik dan selamat.
  4. Tuan Rumah akan mengembalikan wang cagaran kepada Penyewa pada hari penghujung penyewaan ini tertakluk kepada syarat-syarat di mana wang cagaran boleh digunakan oleh Tuan Rumah bagi menjelaskan sewa rumah yang tertunggak dan/atau untuk perbelanjaan membaiki apa jua kerosakan atau kemusnahan daripada perbuatan sengaja atau cuai atau lalai pihak Penyewa, kakitangan dan/atau wakilnya dan untuk sebarang bayaran yang dikenakan ke atas Penyewa mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian ini

dan/atau perbelanjaan yang di tanggung oleh Tuan Rumah untuk tujuan mengekalkan keadaan rumah seperti keadaan semasa perjanjian ini ditandatangani.

  1. Tuan Rumah berhak untuk menamatkan tempoh penyewaan ini sekiranya berlaku perlanggaran atau bila mana Tuan Rumah berkehendakkan semula Rumah Tersebut bagi apa-apa tujuan dengan mengemukakan tidak kurang dari Satu bulan (1) notis bertulis kepada Penyewa.
  2. Penyewa berhak menamatkan penyewaan dengan member notis bertulis tidak kurang dari satu (1) bulan bertulis kepada Penyewa.
  3. Penamatan oleh Penyewa tidak akan melepaskan Penyewa dari membayar kepada Tuan Rumah apa-apa bayaran yang tertunggak seperti yang dinyatakan dalam perjanjian ini.

 

…………………………………

Tuan Rumah / Pemilik

Nama:

Tarikh:

 

…………………………………

Penyewa/Ketua Rumah

Nama:

Tarikh:

 

…………………………………

 

Saksi

Nama:

Tarikh:

 

…………………………………

 

Saksi

Nama:

Tarikh:

 

Baca tentang CONTOH SURAT PERJANJIAN JUAL BELI TANAH

Leave a Comment